Friday, 17 September 2010

Aidilfitri 1431H

walaupun ada banyak masa nak update blog.. tapi tahap kemalasan lebih tinggi hehe..

Sana sini mood raya masih terasa. Untuk saya, tahun ni beraya di Kuala Selangor sahaja, makanya kemeriahan suasana raya tu hanya terasa sampai raya ke-3 sahaja. Raya ke-4 saya dah tercongok kat pejabat hehe..

Kat pejabat wat pe? errr cam takde pape sebab semua kerja dah settle before raya.. so buat la ape yg patut =D

Sepatutnya raya tahun ni giliran di kelantan tapi disebabkan cuti dah takde extra, tak dapat la saya balik. husband opis die tutup seminggu, patutnye boleh je die balik and saya dah cakap takpe kalau die nak balik kelantan ngan husna.. tapi die memilih untuk raya ngan saya. mulanya saya fikir+yakin dia akan tetap balik kelantan walaupun saya tak balik hehe (berdasarkan pengalaman2 lampau).. rupenye tak..terima kasih abang =D

kami balik kuala selangor petang khamis (pasalnya saya masih kerja hari khamis tu). packing barang pun pas saya balik keje aritu (err teruk tolll). ikut ijok. alhamdulillah..selamat sampai dalam masa 1jam lebih sikit.. hehe.. dekat ajer =D

raya?
cam standard aje..

malam raya:
ketupat atok dah masak
tolong usu wat kuah kacang
tolong anjang wat rendang daging
tolong alang prepare bahan untuk popia
gosok baju2 raya

raya 1st:
lepas subuh ada 'naik orang' kat umah (kenduri kecil2)
bersiap2 di pagi raya
solat sunat aidilfitri (err saya tak gi pun)
siap2kan anak2
beraya & bergambar (standard le ni).
gambar sekeluarga dengan mak+ayah takde pulak tahun ni pasal mak+ayah sampai pas solat jumaat (singgah solat jumaat kat masjid kuala selangor). diorg balik lepas solat sunat aidilfitri pasal ayah kene jadi imam kat masjid kat ngan umah kitorang tu.
beraya kat umah sedara2 kat bukit belimbing
tengah malam pas anak2 tidur- siapkan cupcakes

:: aliff sedang 'bersarapan pagi' ::

:: keluarga saya =D ::

:: adik beradik ~ rasanya dah lama tak cukup korum =D ::


raya 2nd:
jamuan untuk anak2 yatim fully organized by jarijemariEVENTS
raya kat tanjong karang (sedara2 belah ayah)

:: anak2 yatim menikmati hidangan ::

:: orang kuat majlis.. ya, my family saaangat banyak perempuan ok ::

:: 80pcs cupcakes for anak yatim ::

:: m&m cupcakes ::

:: berlatarbelakangkan rumah arwah atok (sebelah ayah) di tengah sawah. rumah ni dah jd rumah tinggal. tengok la titi nak ke rumah tu..dah reput dah ::

raya 3rd:
tengok tv hehe
(err aku wat ape ye.. heh lupe le pule)
petang-malam tu prepare western style dinner (black pepper chicken chop nyum nyum..)
gerak balik kl kol 11pm sampai umah kol 12.15am


::our big western style dinner::

raya 4th dan seterusnya:
gi keje wakaka =D

sekian..

Selamat hari raya kepada semua kawan2.. harap dimaafkan segala salah silap, terkasar bahasa/penulisan.. maaf zahir dan batin..

3 comments:

  1. apsal muka ko nampak lain? penampilan raya eh? hehehe..selamat hari raya liza, maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  2. wah..meriahnya suasana raya..
    aku suka la latar belakang rumah atuk ko tu.cantik..aman damainya ada sawah padi...

    sori..lama tak jenguk blog ko..btw,btul la kata hailwa,muka ko lain sket..emm,nmpk slim hehe. =) comeeee je.

    ReplyDelete
  3. lizaaaaa comel nye cuppies tuuuuu =)

    ReplyDelete