Friday 23 September 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Pulut Durian

Assalamualaikum dan hello :)

Busy minggu ni. Dah selesai kerja berkaitan audit dalaman, sekarang kena concentrate untuk anugerah pejabat pula.  Mula-mula nak marah juga bila dapat task yang sama ni, bertahun. Sebab dah bagitahu bos awal-awal bagi pada staf lain sebab asyik-asyik liza, asyik-asyik liza. Kerja pecah kepala je bagi kat liza emmm.. Lagipun idea sama, tak fresh. Kalau bagi pada staf lain, idea berbeza, nampak lah kelainannya, inovasinya, kreativitinya yang lain dari biasa. Tapi dah SYMP, terpaksa terima juga. Nak buat macam mana? kulikutif je :).


Ok, kali ni just nak share percubaan masak pulut durian. Honestly, saya tak pernah makan pulut durian. Dan actually, pulut sendiri pun saya kurang gemar sebenarnya. Tapi anak-anak saya memang suka makan pulut. Maybe ikut selera ayah mereka kot. Durian, saya suka. Tapi anything yang masak bersama durian, saya tak suka hehe... 

Husband request masakkan pulut durian masa cuti Aidiladha haritu. Pening juga nak layan permintaan masakan yang saya tak pernah masak/ makan ni. Tapi jarang sangat (or tak pernah) saya kata 'no' bila husband/ anak request nak makan itu ini. Kalau boleh diusahakan, saya usahakan juga lah. So lepas google sana sini, husband pun guide sikit-sikit... Taraaaa.... inilah hasilnya. 


Dah siap tu saya cuba juga makan, tapi emmmm tak lalu tekak lah. Maaf huhu... Saya cakap dengan husband, tak makan tak apa kan.. janji apa yang dia nak makan, saya boleh buatkan...hehe... 

Pulut Durian ni saya masak guna PHILIPS Pressure Cooker sahaja. Memang mudah sangat dan cepat. Pulut jadi lembut dan gebu sampai ke malam pun masih lembut lagi. Saya makan dengan sambal ikan bilis baru lalu hehe...


Mudah je..

Pulut Durian PPC
oleh : Norliza Othman

Bahan :
4 cawan pulut
4 cawan air
(nisbah pulut : air = 1 : 1, jadi boleh kurangkan ikut suka)

Cara :
Pulut dibasuh, tos dan masukkan dalam inner pot (tak perlu rendam)
Masukkan air ikut sukatan
On mode 'steam/stew'
Ubah KPT (Keep Pressure Time) kepada 7 minit
Knob di 'sealed'
Lepas siap masak, boleh gembur dan hidangkan.

Bahan lain:
Gula melaka/ gula kabung/nisse yang diparut
Santan segar dimasak sebentar dengan sedikit garam
Isi durian




Pulut 4 cawan sebenarnya terlalu  banyak untuk kami sekeluarga. Biasanya kalau masak nasi pun maksimum 2 cawan beras dah memadai. Ni sebab nak habiskan stok pulut yang ada :)
Jadi sukatan pulut tu ikutlah biasa makan banyak mana hehe....

Ada kawan yang bagitahu, pulut yang dia masak ada yang jadi kurang masak. Saya tak pasti jenis-jenis pulut yang ada kot berbeza-beza. Pulut ni saya beli dah siap timbang (pre-pack) di Hero Market je. Belum cuba lagi pulut jenama lain. :D

Apapun saya bersyukur sebab berbaloi adanya PHILIPS Pressure Cooker di rumah sekarang. Even husband  pun puas hati gadjet ni digunakan sepenuhnya hehe... Terima kasih abang sebab sponsor :).. Lepas ni boleh sponsor Air Fryer pulak hihihiii....

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik.. 

4 comments:

  1. Tq..blh cuba sb dh lama guna periuk ni


    ReplyDelete
  2. Saya cuba buat pulut kuning guna cara ni. T ksh berkongsi cara. Pulut tak rendam pun. Ok dan lembut. Saya pakai 2 cawan pulut dan air guna 1 3/4 cawan bercampur santan. Cuma kalau buat lain kali saya nak try kurang 1 1/2 cawan saja. Sbb saya suka pulut rasa keras sikit. Apa2 pun t ksh ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Alhamdulillah menjadi ye :D.
      Terima kasih share tips pulut kuning tu. Boleh jadi panduan rakan-rakan lain juga :D

      Delete