Assalamualaikum dan hello :)
Hari ni masih masuk ofis lagi ni tau. Dah masuk 38 minggu 2 hari.
Baby belum mau keluar lagi huhu :) Kalau permanent staff mesti dah ambil cuti 2 minggu dah ni. Nasib aje lah sebab pegawai kontrak, kerja aje lah sambil-sambil cakap kat baby suruh lahir awal sikit hehe...
Last Thursday checkup kat hospital, doktor siap check bukaan. Katanya 'just tip of a finger' aje.. Belum lagi.. Doktor advice banyakkan berjalan.. Baikkk..
Jumaat lepas satu lagi beban kerja terbesar saya dah selesai. Baik sungguh baby ni nak juga tunggu sampai hari audit Anugerah Pejabat KKR tu. Ikutkan perasaan biar aje orang lain yang handle. Tapi hari Khamis yang MC pun bertalu-talu call, sms, whatsapp masuk tanya pasal kerja.. hemmm.... itulah jadinya bila tak siapa ambil peduli. Asyik bagi alasan tak pandailah, tak tau lah.. Liza lagi pandai lah.. emmm...
Baru je dapat MC pertama untuk tahun ni, tu pun serba tak kena semua. Fikirkan tanggungjawab, datang juga lah Jumaat. Taknak rasa tak best pulak kan..
Rasanya dah tak ada benda-benda besar yang under saya sekarang. Anugerah dah selesai, printing SOP dah diagihkan pada orang lain. So boleh tenang-tenang dah. Boleh bersalin dengan tenang hehe...
Keperluan beg hospital rasanya dah lengkap. Tinggal angkat gi hospital aje :D.
Ok baby!
No comments:
Post a Comment