Hari Sabtu, kenduri kat rumah Anjang di Prima Saujana Kajang.. asalnya ingat petang sikit nak pergi sana.. tiba-tiba hari Jumaat mak bagitau ada kenduri kahwin cucu saudara ayah kat Taman Mastiara, Jalan Ipoh, hari Sabtu tu. mak telah mengarahkan untuk pergi.. bila bagitau Dolah, rupanya dia dah janji pulak dengan kakaknya nak mengemas barang-barang untuk pindah.. tak pulak dia bagitau sebelum ni.. so Dolah pergi rumah kakaknya, aku dan Husna tumpang kereta mak pergi Jalan Ipoh pastu terus ke Kajang.. Nak pergi Jalan Ipoh tu takde hal lagi but bila nak ke Kajang tu ikut Mahameru kena block pulak jalannya.. semua jalan masuk ke KL semua tutup.. traffic jam teruk jadinya.. menyusahkan betul.. polis divert jalan masuk ke Jalan Bangsar.. grrr..
So cerita brownies.. brownies ni leper je rupanya yer.. heheh.. tak pernah try lagi buat brownies.. disebabkan leper je, kena lah buat 4 kali adunan.. tak beli loyang cutter or kacang.. teringat ade almond flakes kat rumah, masukkan je dalam adunan before bake.. rasanye ok jugaklah.. not bad. mula-mula bakar 45 minit, nampak overbaked. Dahtu reduce masa kepada 30 minit pulak.. cam ok gak sikit.. tapi actually tak pasti macam mana sepatutnya rasa dan teksturnya. Kena beli kat luar jugak untuk compare.. resipi ni mudah je dan mendapat feedback yang baik dari orang-orang yang telah mencuba. Inilah resipinya, sumbangan Diella (resipi ini aku copy terus dari blog ini). Usu said, ni hasil yang paling malas yang pernah aku buat.. well, masih kene spend masa jugak untuk buat bende ni hehe..
nota: gambarnya still dalam handphone my husband.. kamera sendiri habis bateri pulak hari tu.
BROWNIES (sumber : diella)
Bahan-Bahan
250gm mentega
1½ cawan gula
4 biji telur
2 s/teh esen vanilla
½ s/teh baking powder
1 cawan tepung biasa
¾ cawan serbuk koko
½ cawan kacang (cincang)
½ cawan choc chips (optional) - aku tak letak
Cara:
1) Cairkan mentega di atas api kecil, matikan api dan masukkan gula. Kacau dgn whisk.
2) Masukkan telur dan esen vanilla dan terus kacau.
3) Masukkan tepung , baking powder dan serbuk koko. Gaul rata.
4) Masukkan kacang ( anda boleh juga masukkan choc chips ke dalam bahan ini atau taburkan hirisan badam di atas permukaan bahan sebelum dibakar )
5) Tuang ke dalam loyang yg telah digris ( 12" x10") dan bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan dgn suhu 180 darjah Celsius selama 25 – 30 minit - aku guna loyang 10"x10", bakar 30 minit
BAHAN CREAM COKLAT. - ni aku agak-agak je, tak timbang pun
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream
Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan marjerin.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan ke atas kek dan hiaslah mengikut citarasa anda.
No comments:
Post a Comment