![]() |
| jatuh chenta 💕💕 |
Showing posts with label Resipi : Kek/ Muffin/ Cupcake/ Brownies. Show all posts
Showing posts with label Resipi : Kek/ Muffin/ Cupcake/ Brownies. Show all posts
Friday, 6 January 2023
Resipi : Kek Tiramisu Senang Dan Sedap (Tak Perlu Bakar)
Assalamualaikum dan hello 🌸
Kek tiramisu antara my favourite dessert. Beli pun suka, buat pun suka. Kalau buat tiramisu biasa buat jenis yang 'no bake'. Chilled kan sahaja dalam peti sejuk. Kalau nak rasa macam aiskrim/mousse sikit boleh masuk dalam freezer. Hmmm memang layan 😋. Lupa diri tu tengah join program Weight Loss Challenge 😂.
Wednesday, 4 July 2012
Muffins anyone?? (resipi muffin mudah)
Assalamualaikum semua..
Bila ditengok-tengok list post saya, ada la a few post yang tak dipublish.. sekadar status draft aje.. So post ni pun di antara yang terlepas untuk di publish kan... draft nye end of last year hehe..punya lah lama... so here it is..
ok, kali ni saya nak share resipi muffin yang saya suka buat sebab senang, mudah, dan rasa ok jugak dan die tak lekang (kalau guna solo cup) =D. Resipi ni saya dapat dari yahoogroup Resepi.net.
Saya memang suka guna solo/souflle cup ni sebab tak perlu nak guna muffin tray. Kalau guna jenis papercup biasa tu memang perlu guna acuan lain/muffin tray supaya boleh hold the shape.. rugi space wooo... :). But still, ramai lagi prefer papercup biasa tu sebab mudah nak bukak utk makan hehe...
Resipi macam ni kita boleh improvise jadi pelbagai perisa; muffin kiwi, muffin strawberry, muffin coklat (letak chocolate emalco) dan macam-macam lagi la ikut selero & kreativiti masing-masing :D
Muffin Blueberry
Sumber : Kat kotak self-raising flour cap blue key
Kiriman : Nini Rnet
300 gm self-raising flour
150 gm gula kastor
15 gm susu tepung
90 gm telur (anggaran 2 bj telur saiz B)
120 gm butter
165 gm air
30 gm madu
sedikit perasa vanila
Inti : Buah blueberi
Cara:
Panaskan oven pada 180C
Pukul gula, susu tepung, butter dan madu hingga kembang.
Masukkan telur perlahan-lahan hingga habis
Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan bersilih ganti dgn air hingga habis.
Kisar bersama buah blueberi. Saya pakai blueberi filling.........just letak kat atas je/ letak tengah2 adunan.
Letakkan adunan dlm acuan muffin lebih kurang 3/4 penuh. Masukkan ke oven dan bakar selama 20-25 minit.
Monday, 3 August 2009
Resipi : Brownies
Hari Sabtu, kenduri kat rumah Anjang di Prima Saujana Kajang.. asalnya ingat petang sikit nak pergi sana.. tiba-tiba hari Jumaat mak bagitau ada kenduri kahwin cucu saudara ayah kat Taman Mastiara, Jalan Ipoh, hari Sabtu tu. mak telah mengarahkan untuk pergi.. bila bagitau Dolah, rupanya dia dah janji pulak dengan kakaknya nak mengemas barang-barang untuk pindah.. tak pulak dia bagitau sebelum ni.. so Dolah pergi rumah kakaknya, aku dan Husna tumpang kereta mak pergi Jalan Ipoh pastu terus ke Kajang.. Nak pergi Jalan Ipoh tu takde hal lagi but bila nak ke Kajang tu ikut Mahameru kena block pulak jalannya.. semua jalan masuk ke KL semua tutup.. traffic jam teruk jadinya.. menyusahkan betul.. polis divert jalan masuk ke Jalan Bangsar.. grrr..
So cerita brownies.. brownies ni leper je rupanya yer.. heheh.. tak pernah try lagi buat brownies.. disebabkan leper je, kena lah buat 4 kali adunan.. tak beli loyang cutter or kacang.. teringat ade almond flakes kat rumah, masukkan je dalam adunan before bake.. rasanye ok jugaklah.. not bad. mula-mula bakar 45 minit, nampak overbaked. Dahtu reduce masa kepada 30 minit pulak.. cam ok gak sikit.. tapi actually tak pasti macam mana sepatutnya rasa dan teksturnya. Kena beli kat luar jugak untuk compare.. resipi ni mudah je dan mendapat feedback yang baik dari orang-orang yang telah mencuba. Inilah resipinya, sumbangan Diella (resipi ini aku copy terus dari blog ini). Usu said, ni hasil yang paling malas yang pernah aku buat.. well, masih kene spend masa jugak untuk buat bende ni hehe..
nota: gambarnya still dalam handphone my husband.. kamera sendiri habis bateri pulak hari tu.
BROWNIES (sumber : diella)
Bahan-Bahan
250gm mentega
1½ cawan gula
4 biji telur
2 s/teh esen vanilla
½ s/teh baking powder
1 cawan tepung biasa
¾ cawan serbuk koko
½ cawan kacang (cincang)
½ cawan choc chips (optional) - aku tak letak
Cara:
1) Cairkan mentega di atas api kecil, matikan api dan masukkan gula. Kacau dgn whisk.
2) Masukkan telur dan esen vanilla dan terus kacau.
3) Masukkan tepung , baking powder dan serbuk koko. Gaul rata.
4) Masukkan kacang ( anda boleh juga masukkan choc chips ke dalam bahan ini atau taburkan hirisan badam di atas permukaan bahan sebelum dibakar )
5) Tuang ke dalam loyang yg telah digris ( 12" x10") dan bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan dgn suhu 180 darjah Celsius selama 25 – 30 minit - aku guna loyang 10"x10", bakar 30 minit
BAHAN CREAM COKLAT. - ni aku agak-agak je, tak timbang pun
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream
Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan marjerin.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan ke atas kek dan hiaslah mengikut citarasa anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)