Friday, 6 January 2023

Resipi : Kek Tiramisu Senang Dan Sedap (Tak Perlu Bakar)

Assalamualaikum dan hello 🌸

jatuh chenta 💕💕

Kek tiramisu antara my favourite dessert. Beli pun suka, buat pun suka. Kalau buat tiramisu biasa buat jenis yang 'no bake'. Chilled kan sahaja dalam peti sejuk. Kalau nak rasa macam aiskrim/mousse sikit boleh masuk dalam freezer. Hmmm memang layan 😋. Lupa diri tu tengah join program Weight Loss Challenge 😂.

Kalau buat tiramisu di rumah biasa guna resipi ini. Resipi legend ni simpan dari Tahun 2010. Resipi dari zaman join YahooGroups. Resipi ni digelar Tiramisu Mas sebab pemilik asal nama Mastura kalau tak silap yang dikongsikan dalam YahooGroups Resipidotnet. 

Letak sini untuk rujukan masa hadapan anak cucu 😘💜

Resipi : Tiramisu Mas
 
Bahan:
A – Bahan Cream
250gm mascarpone cheese atau philedelphia cheese
250gm whipping cream
100gm sugar
1tsp vanilla
1-2 Tb cocoa powder atau coffee powder atau mix
 
B – Bahan Cocoa syrup/coffee syrup
200ml air
100ml fresh/uht milk
2Tb cocoa powder atau nescafe atau mix
1tsp vanilla
 
C – Bahan Lain-lain
40-50 savoiardi/ ladies fingers/ sponge fingers
Cocoa powder for dusting atas
 
Cara:
1.       Pukul cheese dengan 50gm gula sampai gebu, ketepikan.
2.       Pukul whipping cream dengan 50gm gula sampai gebu, campurkan dengan cheese, gaul dengan senduk, masukkan vanilla dan cocoa powder atau nescafe. Gaul just until combine cukup.
3.       Sementara nak sediakan syrup bolehlah chill kan sekejap campuran tadi.
4.       Campurkan semua bahan syrup.
 
Penyediaannya.
5.       Sediakan tin/acuan (loose base better) 8X8 atau  9X9. Spray tin dengan non stick spray. (Guna tupperware/mangkuk kaca pun ok je tapi makan bersudu lah 😁)
6.       Mula-mula celupkan fingers dalam syrup dan susun dalam tin/acuan.
7.       Ayak cocoa powder sikit atas fingers tu.
8.       Masukkan separuh dari cream mixture tadi.
9.       Ulang dengan fingers, cocoa powder dan cream mixture di atas.
10.   Ayak banyak cocoa powder sampai cover keseluruhan atas kek
11.  Tutup dengan cling wrap, kemudian foil dan simpan dalam freezer dalam 1 jam, keluarkan dan chill overnight.

Kalau nak bagi kek tu layer tinggi, sama ada gandakan resipi atau buat dalam acuan saiz kecil dan layer kan beberapa layer. Hancuss dietku 😄


Selamat mencuba. 
Wassalam. 

No comments:

Post a Comment