Assalamualaikum dan hello 🌸
Kasi topup freezer |
Jumaat minggu lepas order ikan dari Facebook Hasil Laut Sekinchan Kak Omel. Kali ini order kerang 2kg, lala 2kg, jenahak sangkar, siakap, kombo (jenahak, siakap, bawal emas, bawal hitam, senangin, talapia + free 1 ikan rakyat ). Sejak order dari sini dah kenal nama-nama ikan jugalah. Cuma ikan rakyat ni masih lagi banyak tak dikenali 😅.
Dah kali ke-5 ni order ikan dari Hasil Laut Sekinchan Kak Omel. Kali ni order ikan fresh. Ada time offer Scammer Box, order Scammer Box pula 😅. Order ikan ini melalui FB Live page mereka.
Dari segi harga Wallahua'lam tak tahu nak kata mahal ke murah ke sebab rasa hasil laut kat mana-mana pun mahal. Selalu jarang beli ikan/ seafood kalau singgah kedai, sebab harganya ehemm. Tapi tak tahulah dengan FB ni boleh pula lock itu ini, lepas tu tengok jumlah kena bayar telan air liur 😅
Yang best beli ikan macam kat sini, ikan semua siap siang dan dipek asing-asing kalau ikan besar. Ikan kecil ke ikan besar ke semua siap siang. Sesuai sangat untuk yang malas siang ikan macam tuan tanah 🙈. Kita boleh request nak slice atau kalau salmon boleh request fillet. Boleh juga request tak perlu siang.
Payment selalu kena selesaikan sebelum jam 8.00 malam kalau nak terima ikan keesokan hari. Kalau lewat kira akan delay lah delivery. Order baru ni selamat diterima Sabtu jam 1.00 tengah hari. Sempatlah sampai lepas balik dari kelas renang.
Ada naik kegemaran Ammar - kerang dan lala |
Ikan-ikan ini delivery by HSH Transportation SB. Bagus sekarang dah siap ada tracker. Dulu inform ikut Whatsapp je. Dan kurier akan call dulu bagitahu nak hantar. Biasa-biasa order dalam pukul 9.00 pagi dah sampai. Kali ni agak lewat, tengah hari sampai.
Besar kan bawal emas ni. Ikan siap siang dan pek asing-asing kalau besar. |
Siapa berminat bolehlah cuba order sekali. Tapi bagi poskod dulu dalam komen untuk check sama ada coverage kurier sampai ke tempat anda ke tak. Join FB Live Hasil Laut Sekinchan Kak Omel. Follow dan set high/favourite notification so boleh tahu anytime bila diorang online. 😁
Sekian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment