Hari ini ada kursus SPK (Sistem Pengurusan Kualiti) sepanjang hari.. Jumaat, waktu rehat lebih panjang dari hari-hari biasa.. terasa nak melelapkan mata sekejap, takut mengantuk pula waktu kursus sesi petang nanti..
Esok, kenduri di rumah Anjang.. hmm.. belum buat lagi kek yang dia nak.. kek kosong aje..tanpa hiasan.. Tapi kali ini tak nak buat kek lah.. aku bercadang nak buat brownies.. resipi dah cari, akan aku post kan di sini dengan gambar hasilnya ya.. tapi kena tunggu hari Isnin lah.. Tengah berfikir dan berkira-kira, nak beli loyang cutter ke atau nak guna loyang biasa aje.. nak letak kacang ke tak nak.. hmm.. kedua-dua benda ni tiada dalam simpanan.. hmm fikir lagi.. fikir lagi.. fikir lagi..
No comments:
Post a Comment