Semalam makan malam di Restoran Ayam Penyet Ria. Terletak di Sunway Mentari.. Dekat sangat dengan rumah. Petang dalam jam 3.00++ dah call husband ajak makan kat situ. Mula-mula dia macam tak nak sebab kena stay kat office, dah janji dengan bos dia.. Kemudiannya husband sms kata okay but after 8pm and aku kena belanja dia..sabor je laa.. nak makan punya pasal, tunggu aje lah..
Aku order ayam penyet, empal penyet, nasi putih, gado-gado, keropok, air sirap bandung, teh ais & ais kosong je... Pada aku, ayam penyet sedap, empal penyet pun ok jugak. Tapi sambalnya memang pedas meletop.. fuhh berpeluh makan... pedas-pedas pun cicah jugak.. Gado-gado rasa biasa je tapi tak la tak sedap =D. Gado-gado rasanya kena order lewat sedikit sebab dah habis nasi baru makan gado-gado, kuahnya dah melembikkan semua keropok dalam hidangan tu.. Lain kali kalau ada terasa nak datang sini, aku nak cuba hidangan lain pula.. Nak cuba ikan keli penyet pulak.. Tak dapat nak letak gambar sendiri di sini sebab kamera tertinggal di pejabat.

Ni ayam penyet: ada ayam, sambal, kangkung, kobis, tempe & tauhu. Gambar ni di copy dari blog ini
Sebelum ini pernah makan ayam penyet kat The Curve. Pengunjung memang ramai but still pada aku rasanya biasa-biasa aje.. banyak pula hidangan yang dah habis masa tu.

Kali pertama makan makanan Indonesia adalah di Wong Solo di Ampang. Makan dengan kawan-kawan site U-Thant 1, lunch break selepas pemeriksaan penyerahan bangunan. Teringat pada arwah Mubin Ahmad Kamal (ex-officemate) yang memang gembira & excited sangat-sangat masa makan kat sana.. mungkin sebab bakal isteri orang seberang..(masa tu belum kahwin lagi)..(Mubin, semoga kau tenang di sana, Al-Fatihah..)
No comments:
Post a Comment