Wednesday, 5 August 2009

Jambatan

Semalam dapat satu emel dari Adly, bunyinye begini...

Salam,

Satu perjumpaan bagi program di atas akan diadakan bersempena lawatan wakil dari JICA dan Ethiopian Officials. Saudari sekalian dijemput hadir bagi program tersebut mengikut jadual program seperti di bawah:

Rabu (5/8/2009)
Tempat: Bilik Mesyuarat Gemilang
Masa: 9.00pg - 1.00ptg
Topic 1: Asset Management
Topic 2: Bridge Management Plan


Khamis (6/8/2009)
Tempat: Bilik Mesyuarat Gemilang
Masa: 2.15ptg - 4.15ptg
Topic 3: Bridge Management in Malaysia
Topic 4: Bridge Management System : JKR BMS


Jumaat (7/8/2009)
Tempat: Bilik Mesyuarat Gemilang
Masa: 9.00pg - 12.00 t/hari
Topic 5: MRR2 Bridge Inspection & Rehabilitation Works
2.15ptg - 5.00ptg
Lawatan tapak ke MRR2 Kepong

So pagi ni berkejar2 lah aku.. sebelum naik tingkat 3 tu sempat lagi jenguk pantry sebelah Bilik Latihan kot-kot breakfast dah ade.. memang nasibku baik, dah siap hidang dah kuew tiow goreng ngan kuih talam.. sapu dulu, karang lapar pulak masa presentation tu..

Tengok jam dah 9.05 masa masuk bilik mesyuarat tu. Ada 2 wakil dari Ethiopia dan sorang orang Jepun.. kene dengar betul2 ape diorang cakap sebab lain slanga nye kan..
First session tu ngantuk yakmat.. Rabiatul maintain je tapi die kate ngantuk gak.. haha.. Second session baru ok, mungkin sebab dah minum air teh panas yg dihidangkan.. nak amek nescafe, jag tu dok depan org Jepun tu.. hihi.. ape yang dekat aje la..

Hohoho..besok ade lagi.. Jumaat pun full day dengan mende ni.. petangnya ade lawatan tengok MRR2 lagi..

Actually bukan skop kerje aku skarang tapi kitorang ade program mentor-mentee so mentor aku ketua unit bahagian bridge lah.. so ni sekadar pengisian tambahan ilmu untuk mendedahkan staf2 baru dengan seluruh operasi bahagian/cawangan.. Bagus lah kann..

No comments:

Post a Comment