Assalamualaikum dan hello.
Jualan Al-Quran dan Jualan Gudang Karangkraf. Bermula 25 Januari - 4 Februari 2024 jam 9.00 pagi - 7.00 malam di Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Sabtu lepas hantar kakak ke Terminal 17, memang laluan akan lalu sebelah Karangkraf. Ternampak banner Jualan Al-Quran termasuk jualan buku-buku lain di Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Balik dari hantar kakak singgah sekejap. Zara kata nak beli Al-Quran untuk dirinya. Baru sahaja masuk Juzu' 1 Al-Quran. Selepas ulang alik selak semua pilihan Al-Quran, Zara pilih Al-Quran Waqaf & Ibtida' saiz B5 warna putih. Katanya mudah nak baca sebab saiz huruf yang agak besar. Harga asal RM50 selepas diskaun dapat harga RM37.50.
Ada jualan buku-buku ilmiah, novel, rehal, poster-poster doa/jawi dan lain-lain tapi tak berani nak belek-belek takut terbeli lagi buku. Sebab dalam proses declutter barang-barang termasuk koleksi buku. Tapi akhirnya terbeli juga 1 set buku baru Bayyan Linnas 😂. Jualan juga ada dibuat secara online. Boleh layari https://www.karangkrafmall.com/.
#buku #alquran #jualangudang #jualanbuku #karangkraf