Monday, 19 May 2014

Homecooked Ala-ala western :) : Resipi Mixed Herbs Roasted Chicken, Sos Black Pepper, Grilled Vege, Mediterranian Rice & coleslaw




Assalamualaikum...

Dah lama tak masak set ala-ala Nandos.  Dulu-dulu pernah try buat set ala-ala Nandos ni [klik sini].  Kali ni teringin nak buat tapi tukar style sikit.  Kali ni tak guna sos Nandos, ganti dengan sos black pepper pulak.  


 Aliff Rayyan memang pandai ambil hati Ummy dia ni.. asyik cakap "sedapla ummy masak, terima kasih ummy".. suruh dia tukar, cakap Alhamdulillah dulu, syukur pada Allah dulu baru berterima kasih pada makhluk.. walaupun ibu sendiri :D

Ammar Naufal pun berselera makan (Ammar memang suka makan). Tapi yang paling dia suka, coleslaw! Siap kena sorok bawah meja (kami makan bersila, meja rendah ala-ala jepun).  Ammar nampak coleslaw dalam pinggan orang lain pun dia boleh 'kaut' terus masuk mulut.. hihiii..

So saya share resipi disini.. boleh olah ikut selera masing-masing :)

Resipi ni Alhamdulillah boleh kata ngam-ngam untuk kami 2 dewasa 3 kanak-kanak. Cuma nasi ada berlebih sikit. Semua pakat ratah lauk je :)

###################


Mixed Herbs Roasted Chicken

Tak pasti nak bagi nama roasted ke grilled.. Tapi saya masak guna pemanggang/kuali ajaib HIG tu


1/2 ekor ayam - potong 2 bahagian
1 tbsp herba campuran kering (mixed herbs)
1 tbsp serbuk bawang putih
2 tbsp sos tiram
sedikit garam

Cara :
Gaul/ratakan ayam dengan bahan perap
Masukkan dalam pemanggang ajaib, tutup dan masak dengan api perlahan
Selepas dalam 8 minit, terbalikkan dan teruskan memasak sehingga ayam masak sepenuhnya

Notakaki : Boleh potong kecil semasa menghidang macam style nasi ayam atau biarkan je seketul besar. 

Mixed Herbs - beli kat Tesco. Serius saya rasa memang sedap buat perap ayam atau apa-apa western food


###################
Black Pepper Sauce

  

1 peket Perencah Berlada Hitam (Black Pepper Mix) Maggi
2.5 cawan air
2 tbsp sos tiram
1 tbsp sos tomato
1 tbsp tepung jagung + 2 tbsp air (optional)

Campurkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung (sekiranya guna), dan masak sehingga mendidih.
Kecilkan api dan biar reneh dalam 5-8minit sehingga agak-agak pekat.

Notakaki: sos nampak cair bila panas. tapi akan lebih likat/pekat bila dah sejuk 

Kalau buat sos black pepper saya suka guna yang ni berbanding yang botol. Tak pun buat from scratch je.. Sos lebih tu boleh simpan makan ngan burger ke..sandwich ke.. masak daging black pepper ke..


###################

Grilled Vege


1 batang timun jepun (zucchini) - hiris
1 batang lobak merah saiz kecil - hiris
1 labu bawang holland (bawang besar kuning) - potong dadu besar
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu besar
2 ulas bawang putih - cincang/tumbuk
1 tbsp mentega
secubit garam
secubit serbuk lada hitam

Panaskan mentega dan tumis bawang putih dalam pemanggang ajaib dengan api sederhana kecil
Masukkan semua bahan lain dan gaul rata
Tutupkan pemanggang ajaib, kecilkan api dan biar masak dalam 3-5 minit sehingga agak-agak layu sikit.

###################




Mediterranian Rice

2.5 pot beras - dibersihkan
Air secukupnya - seperti masak nasi biasa
1 cawan sayur campuran beku (frozen mixed vege)
1 tsp serbuk stok ayam (optional)
3 tbsp mentega
2 ulas bawang putih - cincang/tumbuk
Setitik pewarna kuning telur (optional)
Garam secukup rasa

Cairkan mentega dan masukkan bawang putih
Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak seperti biasa.

Coleslaw

Kobis - hiris halus
Lobak merah - hiris batang mancis halus
Mayonis - secukupnya
Gula - secukup rasa

Gaulkan semua bahan
Simpan dalam peti sejuk sehingga masa menghidang

Notakaki : coleslaw sedap dihidang semasa sejuk

###################

Tu aje :D
Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment