Friday, 30 December 2022

Kelandar Akademik Penggal 3 Sesi 2022/2023

Assalamualaikum dan hello 🌷

Sumber: FB YB Fadhlina

Cuti sekolah dah sampai penghujung. Tinggal 3 hari nak masuk sekolah untuk penggal 3. 

KALENDAR AKADEMIK PENGGAL 3 SESI 2022/2023

  • Kumpulan A - Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu
            Sesi persekolahan 1 Januari 2023 - 16 Februari 2023
            Cuti persekolahan 17 Februari 2023 - 18 Mac 2023

  • Kumpulan B - Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarwak. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya) 
            Sesi persekolahan 3 Januari 2023 - 17 Februari 2023
            Cuti persekolahan 18 Februari 2023 - 19 Mac 2023

Thursday, 29 December 2022

Buka Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Anak-anak - Info Penting

 Assalamualaikum dan hello 🌸

Cuti sekolah Guru Besar dah remind dalam group whatsapp kelas untuk ibu bapa bawa anak-anak buka akaun bank. Macam sekolah anak-anak ni suggest Bank Simpanan Nasional (BSN) atau Hong Leong Bank. Tak tahu kalau memang syarat macam ni atau ikut sekolah. Dan Guru Besar maklum akaun simpanan mesti atas nama anak sahaja bukan nama bersama ibu/bapa.

Saturday, 24 December 2022

Mak & Anak5 Join Kelas Renang

Assalamualaikum dan hello 😀.

Dah makin yakin dengan air nampaknya.

It's our 4th swimming lesson today. Alhamdulillah Mak dan anak-anak masing-masing ada progressSlowly but surely orang kata.

Tahun 2019 pernah niat nak hantar anak-anak kelas renang tapi lepas tu hilang dari ingatan. Bila tengok status whatsapp cikgu sekolah anak Mac tahun ni, trigger balik nak hantar kelas. Tengok pula seorang lagi kawan sekerja up status kelas renang anaknya, lagi rasa berkobar nak daftarkan anak-anak. Tapi itulah survey punya survey tak daftar-daftar juga ðŸ¤­

Thursday, 22 December 2022

Menonton Mechamato The Movie - Hall MBO Kecil (Family / Kids Friendly Hall)

Mechabotttt Mechanize!!

Sebelum masuk hall

Ahad lepas bawa 12 rakyat jelata menonton Mechamato The Movie. Anak-anak dan sepupu-sepupu masing. (Missing Nauraa seorang).

Ramai 'rakyat' kecil-kecil so kami cari MBO Cinema, hall MBO Kecil (family friendly/ kids friendly hall). Hall MBO Kecil ni ada playground dalamnya. Lampu pun malap je tak gelap sepenuhnya. Cuma suasana riuh sikit la ramai budak-budak layan playground 😆

Tuesday, 20 December 2022

Elak Renjatan Elektrik Ketika Banjir

Assalamualaikum dan hello.

Sedih baca berita 3 beradik maut akibat renjatan elektrik semasa banjir. Lagi sedih bila ada yang rekod dan sebarkan video jenazah. Innalillahiwainnailaihirojiun, Al-Fatihah.

Dulu-dulu bila orang cakap jangan bagi anak-anak main air banjir, saya pun tak faham sangat kenapa. Mungkin tak nak jadi hanyut/ lemas atau isu penyakit bawaan air sahaja. Dan bila dengar TNB potong elektrik pun macam fikir kenapa ye kena potong?