Thursday, 10 December 2020
Sulaman : Tutorial PE Design 10 - Keychain Nama Snap Tab
Wednesday, 18 November 2020
Sulaman : Tutorial Cara Save / Convert Fail Sulam Format EMB kepada PES, JEF, DST Sekaligus
Assalamualaikum dan hello π
Saturday, 24 October 2020
Sulaman : 14 Benda Wajib Ada Untuk Sulaman Mesin
Assalamualaikum dan hello π.
Ini cuma sebagai panduan asas sahaja dan boleh diubahsuai ikut keperluan sendiri.
Kebanyakan bahan/alat boleh dibeli melalui online cth Shopee. Sebab tak banyak kedai fizikal yang menjual bahan sulaman terutamanya WSS dan stabilizer.
Wednesday, 19 August 2020
Resipi Waffle Yang Senang Aje Pun :) (Buttermilk Waffle)
Assalamualaikum dan hello:)
Rasa lama tak buat waffle kat rumah. Hampir terlupa waffle maker Russell Taylor dalam gerobok ππ. Tiap kali nak buat waffle mesti google balik resipi. So kali ni simpan sini senang nak rujuk sendiri.
Tak susah mana pun nak buat waffle sendiri walaupun tak guna tepung premix. Guna bahan-bahan yang biasa je kat dapur. Resipi ni ambil dari Anna Olson my favourite chef hehe. Resipi Buttermilk Waffle.
Sunday, 16 August 2020
Asbab PKP berjaya membaca..
Baca novel aje lah pun. Fiksyen π
Antara buku yang berjaya dihabiskan |
Assalamualaikum dan hello π.
Masa berkurung start PKP Mac tempoh hari memang banyak keluar kempen membaca kan. Walaupun mula-mula agak suam sikit nak mula maklumlah bertahun juga tak buka buku ni. Ralit dengan segala macam media sosial. Rugi. Berjam juga habis menghadap sudahnya.
Banyak apps yang offer untuk baca buku online tapi banyak jumpa yang kena beli ebook tu. Yang boleh baca novel free, tak jumpa. Sehinggalah jumpa apps PNM eReader. PNM stands for π Perpustakaan Negara Malaysia. Means, boleh pinjam buku TANPA keluar duit (or beli). Yeahh boleh baca novel freeπ.
KLIA2 dan PKPP
Assalam...
KLIA2 in PKPP.
Serius lengang. Sunyi sangat.
Banyak kedai tak beroperasi dan peliknya McD pun tutup π°. Staf kat FM bagitahu, since start PKP Mac tutup sehingga kini.
Nampak serius.
Dalam pada ada yang ok ok kerja dan pendapatan tak terkesan sangat dengan PKP (dan stages seterusnya), boleh nampak industri pelancongan terkesan sangat. Nak pula mostly border semua tutup.
Tak ketahuan berapa jiwa yang terkesan. Moga dipermudahkan urusan semua insyaAllah.
Wsalam .
Tuesday, 7 January 2020
1st post of 2020
Alhamdulillah 2020 is here, finally.
Kalau dibandingkan masa awal-awal diwujudkan Wawasan 2020 dan compare dengan 2020 sebenar yang sekarang ni, memang banyak perbezaan dan kemajuan. Dari zaman sekolah belanja 50sen dah cukup beli air dan makanan, sekarang anak-anak pun kena bawa duit dalam lingkungan rm5 untuk dapat macam mana kita dapat dulu. Dari zaman naik bas loncat-loncat, sekarang dah guna LRT, MRT je. Banyak lagi pembangunan dan kemajuan yang kita lihat. Syukur atas nikmat.
Review tahun 2019, banyak benda tak achieve dan banyak masa terbuang especially dengan medsoc. Blog pun 2 post aje tahun lepas hahaha. Tahun ni ada azam nak contribute more to other people. Kalau bukan dari segi kewangan pun, jariah dari segi penulisan, ilmu, tutorial, tunjuk ajar, review or anything yang boleh bantu orang dari pelbagai segi.
Tahun berganti means umur semakin meningkat. Moga jadi orang yang lebih baik.