Thursday 30 October 2014

Jeruk Mangga Asam Boi vs Chewable Vita-C Shaklee

Assalamualaikum dan hello!


JERUK MANGGA ASAM BOI

Siapa tak kenal Jeruk Mangga Asam Boi..
Hebat sungguh penangan Jeruk Mangga Asam Boi ni.
Bukak FB je penuh newsfeed dengan jeruk ni..
Viral !

Dari mangga ke epal ke kedondong.. tak tau lepas ni apa pulak..
Memang ngences / kecur air liur tengok gambar tu
Sedangkan saya bukan peminat jeruk pun
Tapi jadi teringin jugak bila tengok gambar-gambar tu
Siap save lagi cara-cara nak buat hehe.. (tapi tak buat-buat jugak..)

Member team MFMS bagitau suaminya siap sound lagi sebab dok meratah jeruk mangga ni..
"Tak elok makan banyak sangat jeruk tu.." komplen suaminya..

Betul jugak kan?...

KESAN MAKAN JERUK & ASAM SECARA BERLEBIHAN

Hakikatnya jeruk dan asam bukanlah makanan segar. Khasiat dalam buah tersebut dah berkurangan atau hilang terus semasa proses penghasilannya yang mengambil masa yang panjang.

So khasiat seperti Vitamin C TIADA dalam jeruk dan asam tu.

Ramai berpendapat makan asam dan jeruk ni boleh menghilangkan pening, mual dan mabuk dalam perjalanan dan semasa peringkat awal kehamilan (morning sickness). Namun begitu, pengambilan jeruk dan asam secara berlebihan akan menjejaskan tahap kesihatan tubuh, apatah lagi buat ibu-ibu hamil, dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kandungan.

Berikut antara sebab mengapa jeruk atau asam tidak boleh diambil terlalu kerap :

  • Jeruk dan asam mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi
  • Pengawet digunakan adakalanya bahaya dan boleh memberi kesan tidak baik pada kesihatan
  • Pengawet seperti aseid benzoik boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang
  • Ada jeruk yang menggunakan bahan pengawet bahaya untuk kesihatan bagi memastikan jeruk tahan lebih lama
  • Pewarna tiruan yang digunakan adakalanya boleh mengakibatkan alahan termasuk kerengsaan pada perut dan kulit

Saya dulu masa pregnant tak pernah teringin benda-benda masam. Jeruk apatah lagi. Walaupun morning sickness teruk, tak terasa nak makan jeruk & asam ni.. Maybe sebab saya dah set dalam minda saya 'jeruk tak bagus jadi amalan apatah lagi masa pregnant'. 

Pernah juga beli jeruk masa outstation di Pulau Pinang, tapi lamaaaa baru habis.


Untuk penggemar jeruk dan asam ni, atau ibu-ibu hamil, ADA ALTERNATIF TERBAIK untuk menggantikan jeruk dan asam ni. Dia punya rasa masam... memang TERBAIK, memang MARVELOUS!

Tulis ni pun terasa kecur liur dah hihii..

Apa dia alternatifnya?
CHEWABLE VITA-C SHAKLEE


KELEBIHAN DAN KEBAIKAN CHEWABLE VITA-C SHAKLEE

** Membantu mencantikkan dan menyegarkan kulit
** Antioksidan, so kulit nampak lebih awet muda
** Membantu penghasilan kolagen dalam badan dengan lebih baik
** Meningkatkan imunisasi/ sistem pertahanan tubuh - so sangat jarang demam /selsema
** Tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah lebih sihat

Dengan mengunyah Chewable Vita-C, air liur membantu memecahkan Vitamin C. Membolehkan ianya diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan pengambilan atau pengunyahan Vitamin C setiap hari membolehkan Vitamin C diserap dengan lebih berkesan.

Yang paling best, Chewable Vita-C Plus Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 100% natural.


BAGUS KE BAGUS?

Bagus tak alternatif ni? :)

Fikirkan lah yang terbaik untuk diri kita dan juga anak-anak. Ingat ye terutamanya ibu-ibu hamil. Jangan sesekali makan asam atau jeruk lagi dah. Ambil je Chewable Vita-C ni. In syaa Allah selesai masalah loya-loya tu, badan pun jadi lebih sihat. 

Tak percaya takpe, cuba rasa je dulu.
Tak cuba tak tau, dah cuba baru tau.

Chewable Vita-C juga boleh diambil oleh kanak-kanak. Memang disyorkan pun :)
Anak-anak in syaa Allah akan jarang demam, selsema dan batuk..

Ammar Naufal - Raja Chewable Vita-C
Anak saya Ammar Naufal memang suka giler dengan Chewable Vita-C ni. Siap kena sorokkan botolnya sebab dia pandai buka sendiri. Kalau tak dihadkan, mau sebotol boleh habis sekali hadap :D

Pilihan di tangan kita.
Pilih yang TERBAIK! :D

8 comments:

  1. hrmmm nasib baik sy xterliur sgt.. hahhaa..

    ReplyDelete
  2. pernah rasa tapi tak boleh lawan cicah dgn kicap+gula+cili padi. saya mmg x minat mangga. cuma suka jambu air madu. tapi cicah dgn rojak makbee gak sedap. kalu dah xde, baru cicah kicap pedas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh.. terliur pulak baca mangga cicah kicap+cili padi+gula..
      lagi sedap dan fresh tu dari jeruk :)

      Delete
  3. Salam pekenalan..saya follow sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan yaati. terima kasih singgah sini :)

      Delete
  4. sedap plak jeruk penang tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit-sikit boleh la niza.. jangan amal selalu :)

      Delete