Monday, 24 June 2013

Vaksin dos ke-3 : Kerunsingan itu...

Assalamualaikum...

Rentetan kes Ammar Naufal kena hives selepas suntikan vaksin DTaP semasa suntikan umur 3 bulan. Boleh rujuk entri ini


dan ini juga..


Semasa check up 4 bulan (tiada jadual untuk imunisasi) di KK yang sama, saya tanya nurse yang check tu dan saya tunjukkan gambar2 yang saya ambil. Beliau sahkan tu memang allergik. Penerangan yang diberi sama macam apa yang saya baca tentang hives dan kemungkinan Ammar akan dalam bahaya disebabkan pengecutan otot/saluran pernafasan dll.. Beliau turut sarankan masa 5 bulan (bila datang untuk imunisasi dos ketiga), saya perlu bagitahu nurse bertugas so maybe perlu jumpa doktor or refer ke hospital untuk kes saya. Dan berpesan kalau terjadi lagi lepas imunisasi cepat2 pergi ke hospital bahagian kecemasan.


Dan akhirnya tiba juga tarikh temujanji 5 bulan pada 19 Jun lepas. Beberapa hari rasa berdabar2 dan runsing sangat takut kalau2 kesan allergik tu berulang. Siap prepare untuk stay bermalam kat rumah mak lepas imunisasi tu (sebab lebih dekat dengan hospital) dan monitor sepanjang masa.  Tak putus-putus berdoa semoga Ammar tak mendapat mudarat.. Memang tak dapat fikir apa2 kemungkinan pun.. berserah aja pada Allah..

Lepas ukur berat/tinggi, saya suarakan lagi kesan allergik pada nurse yang bertugas hari tu. Tunjuk lagi gambar2 Ammar. Beliau rujuk pada doktor untuk keputusan.. Doktor putuskan Ammar tak perlu ambil dos ketiga tu.. Skip terus. Bulan 6 nanti terus dengan Hepatitis B saja..

Dalam pada blur tu rasa bersyukur dengan keputusan tu.. Mungkin tu petunjuk dariNya.. Alhamdulillah.. 

Sahabat saya umi ada tag saya link kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM & Jakim berkenaan isu halal vaksin.  Buat masa ni fokus kerisauan saya lebih pada kesan sampingan serius pada Ammar sebab Ammar dah alaminya. Isu halal insyaAllah saya yakin pihak terbabit telah jalankan tanggungjawab mereka.. 

Dalam artikel tu ada maklumat yang memang saya cari-cari iaitu berkaitan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.  Kita boleh buat aduan tentang sebarang kesan sampingan ubat/pelalian yang diambil.. Bagi kes Ammar saya download borang aduan di portal tersebut untuk kes AEFI (Adverse Events Following Immunisation), saya isi dan ada bahagian yang Klinik Kesihatan kena isi.. 

oh nampaknya saya tertinggal satu lagi borang daa.. untuk kesan serius kena isi borang Adverse Drug Reaction (ADR) juga. Nampaknya kena gi KK lagi la.. 


Alhamdulillah.. 
terima kasih Allah.. 
segala ketentuanMu adalah yang terbaik buat hambaMu..

Tuesday, 4 June 2013

DIY : Pasu Bunga Pen untuk Chekgu

AsSalam...

Happy belated Teacher's Day! 
hehe Hari Guru dah lepas dah pun ;)

Just nak share hadiah hari guru yang saya buatkan untuk teacher Husna.  Mula2 nak ajak dia buat sekali tapi disebabkan Husna demam pulak hari tu, takde la nak kacau.. bior rehat aje. Hadiah ni pun lewat seminggu bagi sebab perancangannya nak buat lain tapiii hmm.. hmm... pengurusan masa yang lemah sekarang membuatkan semua perancangan takat tinggal sebagai perancangan sahaja.. 

Masa school Husna celebrate Teacher's Day, Husna dah siapkan 6 kad ucapan untuk teachers nya.. So gift ni 'pelakon tambahan' aje la.. :)

Husna buat kad2 yang ada tulis THANK YOU tu + kolaj2 bentuk bulat/4segi etc.. 
Ni dia..
DIY Pasu Bunga Pen untuk Cikgu



Idea ni dapat dari Crafty Kitchen. Dia punya lagiii cute.. Ingatkan nak buat sejibik cam dia tapi tak jumpa pulak benda2 nya walaupun macam senang nak cari huhu...

Saya tak jumpa :
1. Glue gun (entah campak dalam kotak mana masa pindah rumah haritu, belum dijumpai lagi huhu)
2. Pasu seramik kecil
3. Wood decoration..
4. Kacang yang sesuai (sebenarnya rasa kalau letak kacang nanti lama2 kacang tu berkulat..errr entah la ye..)

So saya ubah suai & ganti mana-mana yang patut...

Barang & alat yang saya guna:




1. pelilit bunga warna hijau (floral tape)
2. pemotong dawai bunga.. (err tipu ni.. saya tak jumpa, so guna parang & chopping board hehe)
3. pen (yang ada tutup pen)
4. bunga plastik/hiasan

5. getah (rubber band)
6. cawan plastik IKEA
7. gula-gula & coklat

cawan plastik IKEA & gula-gula tu adalah dari baki gift Majlis Aqiqah Ammar Naufal (sebab tak cukup net nak balut huhuu)

Caranya mudah je.. 
1. Potong batang (dawai) bunga plastik dalam 2 inci panjang
2. Ikat batang bunga tu kepada pen dengan menggunakan getah (rubber band). Spread/jarak2 kan getah tu sepanjang batang bunga so that dia tak bulky kat satu point aje..
3. Lilit bunga & pen guna pelilit bunga hijau (floral tape). Panjang lilitan ikut suka tapi just pastikan tak mengganggu penutup pen untuk proses buka-tutup pen :)


4. Masukkan gula2 & coklat dalam cawan plastik
5. Cucuk pen yang siap ke dalam cawan..
6. Siap sudaa!


Sesuai juga jadi hadiah hari ibu :)

Monday, 3 June 2013

7 tahun bersama..

AsSalam...

Today is the day! 


3 Jun 2006 - 3 Jun 2013
7 tahun telah berlalu..
lebih banyak tahun mendatang akan dihadapi bersama..
semua dengan izinNya

dan penyeri hidup kami sehari-hari..


syukur Alhamdulillah.. 
segala puji bagi Allah Ya Rahman, Ya Rahim
semua ini adalah rezeki dariMu yang Allah Ya Razzaq, Yang Maha Memberi Rezeki
terima kasih atas nikmat & kurniaanMu yang tidak ternilai ini.. 
jadikan kami dari kalangan orang2 yang beriman & bersyukur..