Tuesday, 30 April 2013

Kesan sampingan vaksin baby -- Hives

Salam...

Rentetan dari komen ayu dalam entri alahan Ammar dengan imunisasi baby, saya kira memang ada kemungkinan adverse effect tu..



Lepas saya terbaca isu vaksin yang tiada pengesahan halal di FB, saya cuba cari maklumat berkaitan kesan sampingan vaksin kepada baby.

Rupa-rupanya saya tak silap.. kemungkinan besar apa yang Ammar alami itu sememangnya kesan sampingan vaksin yang dipanggil Hives.


Apa itu Hives?

What are hives?
© Dr P. Marazzi / Photo Researchers, Inc
Hives, also known as urticaria or welts, are swollen areas on the skin. They usually itch. They can show up in different shapes and sizes, but are usually well defined, with a pale, central, raised area surrounded by a red border. 
Hives are common, but not contagious. They typically last for a few hours to a few days, but it's possible to have them for months at a time.
Hives may disappear from one area of your child's skin — only to crop up elsewhere.  
(artikel dari : Babycenter.com)

Berdasarkan artikel yang saya baca dari www.immunizeforgood.com, kesan sampingan bagi vaksin biasanya mild saja.. 




Namun begitu, masih terdapat reaksi alergik yang serious yang mana salah satu daripadanya adalah Hives

Bila saya baca artikel ni, memang mengucap panjang.. Astaghfirullah... simptom ni adalah sangat berbahaya juga... boleh menyebabkan anaphylactic shock yang boleh menyebabkan maut disebabkan sistem pernafasan baby yang membengkak.. 

Sehingga hari ini saya masih monitor keadaan Ammar setiap hari terutamanya perubahan suhu badannya. Sejak entri lepas, Ammar demam on-off hampir seminggu lebih.. Memang menggusarkan perasaan dan fikiran saya.. 

Ya Rahman Ya Rahim.. 
sembuhkan Ammar Naufal seperti sediakala..
sejahterakanlah, lindungilah anak-anakku dari kejahatan dunia.. 

14 comments:

  1. owh ok.liza, ni skadar pndapat aku lah k.aku tamau bc pun tentang fb tu.hehe..

    kalau aku lah,aku cube dapatkan nasihat paed tentang ini.ur own trusted paed yg boleh bincng secara tbuka..dr a to z..

    aku pernah ambil tau,hives dan alergik ni...so,bila dapat jumpe paed,dgr pndapatnya..kmudian fikirkan yg tbaik..samaada perlu atau tidak truskan vaksin.make ur own decision bdasarkan naluri ko sbg ibu.

    pd aku,skang ni memang byk da pnyebaran dakyah..jangan amik imunisasi dan sbgainya..kalu kita mula bcmpur dgn grup2 gni..cara bfikir kita pun da lain..tpulang kan pada pilihan masing2kan.adakala..kita sbg ibu tak smestinya sehaluan cr bfikir..masing2 tiada salahnya jugak kan..

    kalu cara aku dan suami pula..kitaorg lebih suka percaya pada naluri dlm besarkan anak2.sakit sihat bijak pandai anak.
    dr keyakinan kita ini lah,akan tbina kebaikan yg kita sndiri yakini tuk anak.aku memamg jenis x mudah ikut2 pnyebaran atau kate2 org.hehe.aku lah..so far..alhamdulillah.naluri aku pada anak2 tepat dan mbawa kbaikan pd mereka.

    tentang halal,no comment.benda ni da jadi viral info pass dari satu org ke satu org.byk dakyah2 disebarkan.tpulang pd masing2 nk ikut laluan mana

    tapi..tuk aku..kawan aku sndiri doc di spital gov,die sndiri kate,apa apa vaksin dr gov,memang gov pastikan da dpt pngesahan halal jakim...
    ada kawan kpd kawan aku,pernah keje nurse kt jeddah.imunisasi yg duk gembar gembur halal tak halal kt mesia..kat sana tak jd isu pun.negara islam,arab lg.. :) takan arab tak aware pun kan.

    jadi..tpulang pada masing2kan tuk yakin apa yg diyakini tbaik tuk anak.aku slalu percaya,nak mbesarkan anak2,kena follow ur own mother instinct.same goes with halal.kalau ditanggung halal dr bdn yg sah,gunakan tanpa was2.kalu was2 jangan amik :)

    kalu dalam kes ammar,mgkn ko da ada alasan kukuh.tak dinafikan,dlm kajian saintifik,ada mbuktikan reaksi tubuh thadap imunisasi atau alergik pd sesuatu.so,dlm kes ko,aku sokong apa jua tindakan ko k.
    reaksi badan tiap org lain.mgkn ammar tak serasi..

    papepun
    mudahan ammar chat dan mbesar dgn chat k sama cm husna dan alif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ashra..
      pendapat/pandangan ko memang banyak benarnya.. alhamdulillah, sekurang2nya ade feedback dr member ko yg doc & nurse tu.. sekurang-kurangnya still ada pandangan lain..

      kes Ammar aku just risau penerimaan badan dia tu. masa kena tu perasaan bercampur2, panik, takut,taktau nak buat camne..

      since ni 1st experience, aku kena extra alert lepas ni untuk apa2 ubat/injection yg anak2 ambil. aku dah refer paed jugak and dia saran untuk teruskan imunisasi macam biasa

      semua benda yang melibatkan isu halal atau tak tu memang aku tak berani komen. aku letak keyakinan pada badan berwajib yg sedia ada kat malaysia ni untuk keluarkan fatwa/fakta nya.. sebagai orang yang takde kemahiran/kepandaian/kepakaran untuk nilai halal/haram, rasanya tak layak aku nak tetapkan sesuatu tu halal/haram.. sebab kita tak boleh suka2 menghalalkan yang haram atau mengharamkan benda yg halal..

      insyaAllah aku yakin pihak berwajib akan jalankan tanggungjawab mereka selayaknya.. :)

      Delete
    2. aku setuju dgn pendapat kawan2 semua. yg pasal vaksin nie rasenye dh jd viral kot kalau kat fb tue sampai ramai ibu2 yg konpius what to do. sahihla tahap kesihatan persekitaran kita nie xsama dulu dan skang. kalau xamek vaksin semua, ada safety precaution lain x yg nk dicadangkan? ataupon terus takde alternatif lain?

      sama la ashra, naluri keibubapaan tue mmg sgt penting, tak perlu terus percaya sebaran dakyah2 luar nie.

      Delete
    3. nozie,
      kalau dah dari FB memang viral la..

      cuma kita kena extra 'gali' sikit... benda2 macam ni perlu pengesahan orang2 yang berkelayakan/ade ilmu mendalam.

      Delete
  2. Liza, untuk makluman, masa Mawar kene injection MMR (1 tahun), esoknya mata dia bengkak sampai sepet rupa dia. Pastu ada bintik2 merah kat badan dia (tak timbul, bawah kulit). Aku bawak balik ke klinik, doktor kata alahan pada apa-apa makanan kot. Aku kata takde sebab masa tu dia cuma mkn nestum yang campur dalam susu (jarang-jarang makan nasi pun). Aku tanya, ni campak ke? Dia kata bukan sebab campak bintik dia timbul lagipun baru lepas kene enjet campak. Suhu badan tak panas sangat sampai tahap demam, tapi dia bagi ubat demam. Dia pun tak berapa pasti sebab apa dan katanya kalau demam dan bintik tak surut, dia akan refer ke hospital. Hari ke-3, syukur, mata Mawar dah tak bengkak dan bintik-bintik makin mengecik, badan memang tak demam pun so aku abaikan je la. Alhamdulillah dia sehat lepas tu.
    Cuma lepas aku didatangkan pengetahuan tentang vaksin ni, aku tengok gambar-gambar baby yang kena kesan sampingan vaksin tu, ada yang sebijik rupa macam Mawar kena.
    Tapi betul kata ashra, terpulang pada kita apa yang terbaik untuk anak kita. Tawakkaltu ilallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah mawar ok..

      Selama ni pun aku selalu fikir kesan sampingan would just be demam sikit then ok la kan.. bila Ammar kena hives ni memang terkejut sangat la tambah dengan demam panas melampau, panik jugak nak menurunkan suhu badan die takut kena sawan pulak kan...

      doa dan tawakkal aje yg termampu.. dapatkan banyak info, pendapat expert & pilih apa yang terbaik..memang itu pun tanggungjawab kita as parents..

      cuma kebanyakan artikel aku baca suruh laporkan mana2 kesan sampingan serius pada badan2 tertentu kat negara diorg. aku tak sure kat malaysia camne..

      Delete
  3. Terima kasih berkongsi bersama.
    Saya baca ni baru teringat saya lupa nak pergi next appointment.

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bagus...insyaallah,bila kita letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah,Dia akan tunjukkan jalan terbaik untuk kita...semoga kita dapat membuat plihan yg terbaik untuk anak2.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui segala isi langit dan bumi.
      ilmu/pengetahuan/kepandaian kita sebagai manusia adalah sangat terbatas.

      mohon Ya Allah Ya Hafiz yang Maha Memelihara, Ya Muhaimin yang Maha Melindungi dan Ya Haadi yang Maha Memberi Petunjuk dapat membantu kita membuat pilihan yang tepat untuk mengelakkan kemudharatan terhadap agama, jiwa, akal, keturunan dan harta kita..

      insyaAllah..

      Delete
  5. Maaf kalau menyampuk tapi saya nak betulkan satu fakta, soal status halal.

    Semua vaksin tak dihasilkan di Malaysia dan vaksin2 adalah diimport. Sila mintak vaccine insert dari paed tu bila next time nak g vaccinate. Kat insert tu akn tulis siapa sebenarnya yg buat vaccine ni and kandungan2 dlm tu. Saya tak sure dari mana info "kwn dari gov" tu dpt mengatakan memang gov pastikan dpt pengesahan halal jakim. Vaksin hanya berstatus 'harus' (contohnya, rubella --> http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelalian-rubela-imunisasi-rubela). If tak percaya, sila email JAKIM untuk tanya tentang status vaksin2 ni. Lagipun, if betul kenyataan kawan tu mengatakan gov pastikan dpt pengesahan halal jakim, kenapa ada vaksin2 yang telah pun dikeluarkan fatwa oleh JAKIM yang penggunaannya adalah tak dibenarkan?

    Tak percaya? Sila rujuk link ini --> http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal

    Kesimpulannya... tak semua vaksin halal. Penting untuk parents amik tahu tentang apa yg masuk dlm badan anak kita. Tak kisah la nak pilih untuk vaksin atau tak, yg penting amik tahu. Apa kandungan vaksin tu, kesan2 nya etc.

    P/S: Saya juga antara parents yg tengah confius samada nak vaksin anak atau tak tapi saya jenis yg takkan amik tindakan selagi saya belum yakin and setakat ni masih study melalui buku, journal, research, etc. Salam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nana atas perkongsian link2 berkaitan. nampaknya kena extra 'gali' lagi ni :)

      saya ada baca juga pasal vaksin rotavirus yg tak halal tu suatu masa dulu yg agak kecoh juga. setahu saya vaksin ni kebanyakannya paed swasta yg offer. sy pasti "kwn dr gov" tu hanya memaksudkan vaksin yg diberi oleh gov yg tidak diragui status kehalalannya.. dr pembacaan sy, vaksin yg haram ni adalah yg di offer oleh klinik swasta cth: rotavirus, pneuomococcal etc

      untuk hukum 'harus', apa yg sy faham melalui fatwa tu adalah 'penggunaan vaksin' yg berstatus 'harus'. maka kalau taknak vaksin tu mmg tak berdosa.

      dan kalau keadaan tak darurat, mesti ambil vaksin yg halal saja. sekiranya takde alternatif vaksin halal+keadaan darurat, maka harus guna vaksin yg ada..

      dari link ni --> http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatwa/perubatan?page=5

      Pada prinsipnya ulama sepakat bahawa makanan (termasuk perubatan) yang dibenarkan oleh Islam menggunakannya adalah bahan yang baik (toyyib) yang tidak mempunyai unsur-unsur yang merbahaya kepada kesihatan badan dan akal manusia. Al-Quran dan hadis telah memperakui bahawa setiap bahan yang asalnya halal dan bersih akan berubah hukum penggunaannya kepada haram jika wujud unsur-unsur najis ketika pemprosesan bahan tersebut dilakukan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:

      Maksudnya:

      “Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor”. (al-A`raf: ayat 156)

      Bahan ubatan yang menggunakan bahan yang diragui kehalalannya adalah haram. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

      Maksudnya:

      “Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia; apakah ia termasuk bahagian yang halal atau haram. Maka sesiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya maka dia akan selamat. Dan sesiapa yang mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan jatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang mengembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir jatuh kepadanya. Ingatlah, bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan”.

      Kefahaman dan penghayatan tentang aspek perubatan sangat penting kerana ia akan memberi kesan bukan sahaja aspek kejiwaan pesakit malah juga dari aspek ibadat pesakit tersebut. Umpamanya seseorang Islam yang memakan atau menggunakan bahan perubatan yang haram atau najis maka ibadatnya tidak akan diterima Allah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

      Maksudnya:

      “Setiap daging yang tumbuh daripada (perkara) yang haram, maka api neraka lebih layak baginya”. (Riwayat al-Tabrani)

      Walaubagaimanapun sekiranya tidak didapati oleh pesakit (atau orang yang memerlukan) melainkan dalam keadaan dharurat dan terpaksa menggunakan anggota haiwan yang tidak halal, maka tidak menjadi kesalahan kerana keperluan yang mendesak tersebut. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:

      Maksudnya:

      “Sesiapa yang terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, kerana sesungguhnya Al lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani”. ( al-Baqarah: ayat 173)

      wallahua'lam..

      Delete
  6. pendapat sy sebagai ibu muda yg masih tercari2 ilmu keibubapaan, ilmu kesihatan anak dan sluruh anggota kluarga dan segala ilmu di dunia ini, mmg terkonfius juga kdg2 untuk menetapkan garis panduan terbaik untuk anak2 slps mereka dilahirkan. Baca tntg vaksin, baca tntg susu ibu dan baca tntg mcm2 perkara lg. Dan diakhirnya saya dan suami percaya pd satu perkara , iaitu kuasa naluri seorang ibu dan seorang bapa.di smpg sentiasa memberikan makanan2 berkhasiaf dan vitamin tmbahn kepada anak kami. Alhamdulillah anak kami bakal memasuki umur 12 bulan lagi bbrp hr. Kesihatannya alhamdulillah demam hny sekali iaitu untuk tumbuh gigi . Tiada batuk2 atau selsemama. Dan kami memilih untuk tidak memvaksinkan anak kami. tetapi kami tidak menolak 100 peratus vaksin . Anak kami juga disuntik Vitamin K ketika lahir.

    Sy ( ibu) alah kepada suntikan vaksin. Pernah beberapa kali mencuba suntikan vaksin dan kesannya menunjukkan badan sy tak sesuai dengan vaksin. Sy sendiri sbgai ibu tak divaksin sejak lahir. Alhamdulillah hgga ke hr ni sihat.

    jadi nasihat sy, buatlah kputusan berdasarkn apa yg terbaik buat diri kita bukan meniru cara org lain. Kalau kita memilih untuk menvaksinkan diri kita biarlah kita tahu kenapa kita perlu berbuat demikian . Dan jika kita memilih untuk tidak menvaksinkan diri kita, biarlah kita tahu atas sebab apa. Hanya Allah yg lebih Mengetahui segalanya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih pn.unknown (sebaiknya kalau dikenali siapa yg komen ni lebih baik :))

      buatlah pilihan terbaik bukan untuk diri sendiri sahaja tapi juga untuk anak dan sebaiknya untuk masyarakat juga.

      wallahua'lam :)

      Delete