Skip to main content

Alahan dengan imunisasi baby?

Salam...

Selasa petang bawa Ammar ke KK untuk injection 3 bulan. Nurse kata akan 'dedar' (light fever)..

Malamnya badan Ammar sangaat panas. Check suhu 38degree. Dan benda yang agak musykil tu bila badan dia naik merah2 cam gambar2 di bawah. rupa macam melepuh (bukan ruam biasa). Bila suhu  badan Ammar tinggi aje naik merah camni. Dan dia akan sangat tak selesa dan meragam serba tak kena.

Bila lap2 badan dia, suhu badan surut, merah ni akan berkurang dan hilang..





Saya dok fikir allergik je tapi takkan la allergik dengan injection tu kan? susah la camtu nanti...

2nd night dah siap nak bawak ke emergency Hospital Sungai Buloh pukul 4pagi. Tapi by the time sampai depan pagar hospital, badan Ammar tak panas and clear dah.. Tak jadi nak masuk dok pikir berapa jam pulak nak tunggu dengan anak2 kecil ni... karang disebabkan kategori 'tak urgent' tu... (dah beberapa kali bad experience dengan pediatric emergency kat PPUM buatkan tak yakin nak masuk)

So pagi the next day gi klinik kanak2 je.. Doktor pun kata macam allergik dan maybe badan Ammar tengah ambil masa nak 'sesuaikan' diri dengan injection tu..

Dua hari cuti jaga Ammar. 

Dan ajaibnya lepas tu ok je, demam pun takde dah... Syukur Alhamdulillah.. semua dengan izinNya..


Comments

  1. Owh.. alhamdulillah dah ok ammar. Lia kat nak pi inject MMR azfar, tak p lg. takut... huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..
      tapi lepas baik tu seminggu jugak demam ammar on-off..
      sampai sekarang still berjaga2 gak ni...
      doa aje la..

      Delete
  2. Alahai siannya.
    Pelik juga..kalau injection 3bulan,injection baru ke? Atau dos kedua hepatitis..sorry terlupa..malas nak gi cek buku.hehe..kalau dos kedua,sepatutnya tak alergik kot.sebab da pernah amik pertama ok...unless..injek 3 bulan ni yang lain....cuba ko check..

    Atau.....demam wat naik rashes..panas dalam.suami yaya kan doc,aku pernah gaks tunjuk dia,aaron ke aleesya, eh,lupa...ruam badan,bijik2 spread gini.dia cakap,ruam panas dalam sebab demam...tapi tak sebesar ammar la...

    Kalau injek setahun ye...nak kena pastikan anak takde alergik telur.kalau alaergik telur,mmg tak leh amik...cam anak kakak ipar aku...

    Alhamdulillah,ammar da ok tu.. :) budak budak nak membesar gini gaya...kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap aku 2nd dos hepatitis.
      ni pun 1st time aku experienced camni.. memang tak suspek ruam panas sebab memang lain sangat... tu sebab aku ingat alergik..
      sekarang hari2 monitor suhu badan dia..

      Delete
  3. Tula kan liza....skrg ni org mcm tgh sibuk taknak vaksinkan baby... (ke dah lama, aku je yg baru tau?hehehe). Lagi banyak baca, lagi takut rasanya...aku mcm dah 50-50 je nak teruskan ke tak bg vaksin kat baby...ko baca link ni, munirah yang bagi kat aku...ntah2 kat ko pon dia ada bagi kot... http://www.hizbululama.org.uk/highlights/1432ah/shawwal/Islam_Vaccines_and_Health.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh takde.
      ni 1st time aku baca. semalam baru baca yg kat FB.
      aku rasa ada kaitan gak dengan adverse effect tu la..
      risau gak lepas baca artikel tu, nak continue atau tak vaksin ni..

      Delete
  4. Hi Liza, regret read of your baby not well.
    Kesian tengok bada dia.
    But kids are much tougher than we think and I'm sure he'll be fine in no time.
    Majah dia lebeh, lots of TLC.
    You have a nice day, and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the advice UncleLee :)

      and thanks for dropping by. have a nice day :)

      Delete
  5. iya mmg sekrg ada kesan sampingan la..sbb damia pun kena lps injection je mesti naik hives..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, damia pun ade kena hives ye..
      since hives ni bukan normal, kita as parents kena extra hati2/alert dengan sebarang perubahan. so boleh bertindak pantas.. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …