Skip to main content

Termometer digital untuk bayi / anak kecil

A must have thing for all parents..

Maybe tak semua fikir camtu but at least untuk saya & suami, memang wajib ada...

Sebelum ada anak memang tak pernah ada pun termometer ni.. start ada anak tahun 2007, nak pulak Husna masa baby tiap2 bulan dia akan demam malam, pukul 3-4 pagi pergi klinik 24jam.. lepas2 tu memang kami simpan termometer ni kat rumah.. 

Mula2 beli jenis fever strip/ forehead termometer. Senang, letak kat dahi aje.. Dia akan ada perubahan warna kat strip tu. Nak tau suhu tengok kat mana perubahan warna tu stop. Tapi saya dapati suhu tu tak tepat so susah nak tau sama ada baby demam panas or light fever aje or ada signs ke arah nak demam..

Gambar hiasan (source pic : google)
Pastu saya beli pulak digital thermometer biasa yang boleh letak celah ketiak/ bawah lidah. Mudah jugak dan lebih tepat sebab tau suhu secara digital. Tapi masalahnya budak2 kecik ni susah nak suruh dok diam masa nak ambil suhu. Sebab perlu ambil masa sampai dia berbunyi (lebih kurang seminit kot kan? tak ingat..). 

Gambar hiasan (source pic : google)

At last saya beli digital ear thermometer. Kalau kat klinik kanak2 memang doktor biasa guna termometer telinga ni aje pun. Beberapa saat saje dah boleh dapat suhu badan. Termometer saya guna tu kalau demam dia bunyi lain dan display screen suhu tu tukar warna merah yang bermaksud demam la.. kalau tak demam screen tu warna hijau.. Senang kan? Cepat, mudah dan lebih tepat. Biasa2 termometer jenis ni jarang dapat harga bawah rm100. Biasanya lagi mahal ikut brand.

Gambar hiasan (pic source : google)

Sekarang memang kami bawa kemana2 termometer ni especially kalau travel mana/balik kampung ke.. senang.. Anak2 saya kalau demam terus suhu naik mendadak hampir ke 40degree. Biasa kalau ambil suhu badan 37degree belum kaler merah (demam) tapi saya tau tu petanda diorg akan demam. So boleh bersedia. 

Harini tengok kat web Groupon jumpa offer termometer ni.. klik sini untuk laman promo nye


pada saya murah sangat la kalau dapat rm49 aje.. offer tamat Sabtu ni je (23/3/2012 jam 00:00).. sape nak beli kena cepat :)

alahaiii nape la jaman saya dok beli benda2 ni takde promo2 cenggini huhuu...

p/s: sekarang terjebak dengan Groupon le pulak.. start pantang aritu terbukak web tu dah terbeli beberapa offer.. aiseymannnnnn...



Comments

  1. samalah.penting termometer ni.dapat exact temperature lagi bagus senang pantau turun naik kan,
    aku punya yang ada merah hijau. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? memang penting :)

      aku suka ade merah hijau tu sbb boleh tunjuk kat aliff as 'bukti' dia demam & kene makan ubat. anak bujang sorang tu mmg jenuh nak bagi ubat. sampai kena pegang 2 org hehe..

      Delete
  2. memang tengah tercari2 thermometer yg bagus untuk anak. jemput singgah blog saya juga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …