Tuesday, 31 July 2012

Resipi : Agar-agar Milo Lapis Oreo



Salam 11 Ramadhan... 

Puasa kali ni memang wajib ambil sahur dan makan ubat tahan muntah.  Kalau takde ubat, collapse.. Puasa hari ke-6, dari lepas zohor sampai waktu berbuka, 5 kali keluar isi perut.  Sebab ubat dah habis.  No sahur+ubat, means tak daya la nak puasa..



Ooo ye, semalam masa jalan-jalan tengok resipi berbuka puasa, tertarik dengan resipi Agar-agar Milo Lapis Oreo kat blog hanamemories.  Pastu pulak nampak Kak Rima Bisousatoi.com pun ada buat.  Since semalam Pengarah dah approve utk potong waktu rehat setengah jam, dapatla saya balik awal sikit.  Singgah kedai beli barang-barang yang takde, shoot balik rumah terus buat. Letih gak la sebab terkocoh-kocoh nak siapkan. Sebab lepas tu nak gerak ke rumah mak untuk berbuka. 

En.somi cakap, sedap! and mak pun komen positif. Husna & Aliff takyah cerita, memang banyak kali kata sedap!. so definitely saya akan buat lagi bila-bila masa :D.  Nak buat pun tak susah..

Resipi ni saya c&p direct dari blog hanamemories.. minta izin ya tuan rumah :). Cuba tengok gambar-gambar diorg lagi cun melecun, buat hati tertarik punya nak cuba. Saya ni snap malam-malam dlm rumah mmg tak menggiurkan la :)



RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY
sumber asal : AlongRoz

Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
  • 750ml air
  • 160g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich
Cara-cara
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
  • Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.
Tips Melapis :
  • Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
  • Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

8 comments:

  1. salam ramadhan... alhamdulillah... cantik juga kejadiannya. klu buat lg anto umah saya ye.. hehehe

    ReplyDelete
  2. wah nampak best, tapi liza aku tak berapa paham la cara-cara no 2 dengan no 3 tu, nak kene asingkan agar2 tu lepas tu masukkan milo dalam tu ke?

    ReplyDelete
  3. mira:

    lepas step no.1 (periuk A), ko asingkan 2cwn adunan agar2 tu ke periuk lain yg kecik (periuk B). then mix milo dlm periuk B.periuk B dipanaskan dgn api kecil.

    then ambil 1cwn dr periuk B, curah dlm acuan agar2.bila dah set, curah semua dr periuk A+biskut oreo. tunggu set lagi. lastly curah yg periuk B.

    so layer die jadi milo->susu+oreo->milo

    ReplyDelete