Monday, 23 September 2013

Langsai pinjaman PTPTN ~ Diskaun 20%

hanya sehingga 30 September 2013.

Tinggal seminggu aje ni..

Kepada kawan-kawan yang nak langsaikan sekaligus hutang PTPTN akan dapat potongan 20% dari jumlah baki pinjaman yang tinggal..

Cepat-cepat pergi cawangan PTPTN terdekat, langsaikan sekaligus baki pinjaman untuk dapat diskaun 20% tu..

Senarai cawangan PTPTN klik sini.  Siap ade peta dan maklumat lokasi GPS.  Minggu ni PTPTN extend waktu operasi sehingga 6.00 pm (biasanya 5.00 pm).. 

Alhamdulillah saya dah selesaikan..walaupun baki hanya ada RM153.08 je even jadi takde diskaun sebab ade kos insuran pulak dah tapi ok la.. selagi tak langsai, selagi tu rasa susah hati :). Siap terus dapat surat pelepasan pinjaman dah.. legaaa... Alhamdulillah...


Thursday, 12 September 2013

Please 'Like' us : Little Rayhan's :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

klik gambar di atas

Dengan rasa rendah hati, buat sahabat-sahabat yang mempunyai Facebook, mohon sahabat2 dapat 'Like' page baru kami Little Rayhan's (SA0257599-T).  Kedai yang masih baru/kecil ni diusahakan oleh suami saya dan saya bantu sikit2 yang mampu.

Selain di FB, Little Rayhan's boleh diakses melalui laman sesawang www.littlerayhans.com.my dan juga di  blogspot iaitu di littlerayhans.blogspot.com

Page ni masih baru memandangkan kami baru je nak berjinak-jinak dengan biz ni.. produk pun masih belum banyak tapi InsyaAllah akan ditambah dari masa ke masa.. buat masa ni hanya ada bodysuit, sleepsuit, jumper/romper, comfy pants, infant/baby socks.. Kami dalam perancangan untuk menambah Cloth Diaper, T-shirt (boy/girl).

Diharap berkat doa dan sokongan sahabat semua, Little Rayhan's boleh berkembang maju dan ada rangkaian sendiri pada suatu hari nanti InsyaAllah..

Sahabat-sahabat juga boleh mencadangkan apa-apa produk yang sesuai ditambah dalam kedai 'kecil' kami ini ok :)

Terima kasih pada semua yang telah 'Like'..
Moga Allah turut lapangkan rezeki kalian di dunia & akhirat :D

Thursday, 22 August 2013

Guide Me All The Way

Assalamualaikum... 
Lama tak menjengah blog ni. Salam aidilfitri buat kawan-kawan.. mohon diampunkan segala khilaf dan dosa saya selama ni.. samaada dari penulisan, percakapan, bahasa tubuh..anything.. :) dan kiranya ada salah silap kawan-kawan kepada saya, saya telah maafkan anda semua :)

Ramadhan tahun ini saya kira amat bermakna buat saya.. Alhamdulillah, Allah beri 'hadiah' terbaik untuk sepanjang 31 tahun saya berdiri di muka bumi ini.. mungkin itu petanda Allah masih sayangkan saya dan tak mahu saya terus lalai & lupa.. insyaAllah..saya cuma bermohon dan berdoa agar diberi kekuatan oleh Allah untuk terus istiqomah..walaupun berdikit-dikit.. insyaAllah..

Syawal dikejutkan pula dengan berita saudara-saudara Islam kita di Mesir. Semoga Allah memberi pembalasan yang keras keatas orang2 yang berbuat kezaliman dan Allah memberi ganjaran syurga kepada para syahidin..

Kali ni saya nak share satu lagu dari Maher Zain. Lagu ni saya 'kenal' masa bulan Ramadhan lepas. Mulanya hanya dengar sekadar lagu, tapi bila saya hayati liriknya, Subhanallah.. sebenarnya lagu ni macam sebuah doa dari seorang hamba kepada Penciptanya.. memohon keampunan, memohon bimbingan.. memang menyentuh perasaan.  Sebahagian lirik ni saya masukkan dalam doa saya sehari-hari.. dan lagu ni sentiasa mengundang air mata..


"Guide Me All The Way"

I know that You could easily
Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

I know that sometime I do
I do forget that my next breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my heart
‘Cause soon I’ll have to leave it [x2]

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way
[x2]

Guide me all the way
Don’t let me go astray

Ya Allah, bimbinglah kami ke jalan menuju syurgaMu, jangan Kau biarkan kami tersasar dari jalan yang benar.
Ya Allah, jadikan kecintaan terhadap dunia ini hanya ditangan kami dan jadikan kecintaan kepada akhirat itu dalam hati kami agar kami menjadi hambaMu yang bersyukur, beriman, dan bertakwa.. 
insyaAllah

Wednesday, 31 July 2013

Mencari malam 1000 bulan (Lailatul Qadar)

Assalamualaikum...
Kita sudah berada dalam fasa 10 hari terakhir Ramadhan.. 
Adakah ini Ramadhan terakhir kita? 


Al Qadr (Kemuliaan)
Surah 97 : 5 ayat

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar)
  2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
  3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan
  4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan
  5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.


Banyakkan amal dan berdoa. Bukan sekadar berdoa untuk kebaikan/kebahagiaan di dunia tapi mohonlah kebaikan di akhirat dan dipelihara dari siksa api neraka..

 Doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk dibaca pada malam Lailatul Qadar..


~ Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..
rezekikan kami untuk bertemu dengan malam LailatulQadar tahun ini 
dan panjangkan umur kami agar kami dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar pada tahun-tahun yang akan datang ~

Thursday, 25 July 2013

Semakan status permohonan tahun 1 sekolah rendah sesi 2014

Salam 16 Ramadhan..

sekejapnya dah separuh Ramadhan dah..huhu..
Takde upload apa2 entri iftar ke biskut raya ke sampai sekarang ni.. sebabnya rasa-rasa memang takde masak untuk iftar pun kot hehe... nak buat camne sejak dok jauh ni sampai rumah dah masuk time berbuka pun.. rezeki orang bazar ramadhan la nampak nya..
Biskut pun emmmm tak dapat dipastikan akan buat atau tak..

Hal sekolah Husna next year

Rentetan entri lepas :
Pendaftaran Tahun 1 Sekolah Rendah Sesi 2014 dan Dah daftar akhirnya......

Dah teringat nak semak keputusan permohonan ni sejak 15hb Julai haritu tapi dok tertangguh-tangguh.. Akhirnya hari ni berpeluang nak semak.. dan hasilnya..

klik untuk tumbesaran :)
permohonan berjaya! Alhamdulillah...
Next stage kena buat Pengesahan Kemasukan ke Sekolah bermula 1 - 30 Ogos 2013 nanti..


Monday, 15 July 2013

Ammar Naufal : 6 bulan = 1st meal

Salam...
14 Julai 2013 ~ Ammar dah 6 bulan :)

Alhamdulillah.. 

Ada 2 batang gigi bawah
Kuat menggigit..ouchh
Dah habis ngesot2 jelajah 1 rumah
Dah tertonggeng2, orang tua2 kata buat 'pondok'
Merangkak 1 step pastu terjatuh balik
Suka masuk barang dalam mulut
Lantai pun abeh kena jilat/hisap..grrrr

Dan dah perkenalkan makanan pepejal..

Susah nak amek gambar budak tecit ni..


1st meal, puri nasi.. :D

Wednesday, 10 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan :)

Salam Ramadhan semua :)
Hayati liriknya ok.. ;)



Lirik Lagu Ramadhan Tiba - Opick 

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
yang di janjikan kepada kita

Marhaban Ya Ramadhan 4X

Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata

Banyakkan amal hari-harinya pahala
Datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya

Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X

Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa

Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-ramadhan-tiba-opick.html#ixzz2YdATdDsg