Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Showing posts with label Solid Food. Show all posts

Monday, 15 July 2013

Ammar Naufal : 6 bulan = 1st meal

Salam...
14 Julai 2013 ~ Ammar dah 6 bulan :)

Alhamdulillah.. 

Ada 2 batang gigi bawah
Kuat menggigit..ouchh
Dah habis ngesot2 jelajah 1 rumah
Dah tertonggeng2, orang tua2 kata buat 'pondok'
Merangkak 1 step pastu terjatuh balik
Suka masuk barang dalam mulut
Lantai pun abeh kena jilat/hisap..grrrr

Dan dah perkenalkan makanan pepejal..

Susah nak amek gambar budak tecit ni..


1st meal, puri nasi.. :D

Sunday, 11 April 2010

Aliff Rayyan : 1st time mamamm..

Hari ini ummy men'soping'kan diri utk membeli barang2 utk Aliff mamam & barang2 lain. Kami gi Babyland SS2, BMS Organic Damansara & Babyjaya.

Seperti dijanjikan sebelum ini, hari ini adalah hari 1st tbg Aliff mamam selain susu ibu..

::husna nak posing jugakk::

So utk 1st meal, ummy bagi puri pisang.

-----------------------
Resipi : Puri Pisang
1 biji pisang emas
susu ibu/air masakBold
Cara:
Blend pisang bersama sedikit susu ibu/air masak.(ummy lecek jer sampai halus)
Siap..boleh mamam..
-----------------------


So 4 hari pertama Aliff kene mamam puri pisang sebelum ummy bagi cuba makanan lain pulak. (tujuan 4 hari tu adalah utk membolehkan kita kesan kalau2 ada alahan dan bagi time utk baby biasakan diri dgn satu2 makanan tu..)

Awal2 ni ummy akan bagi puri buah-buahan (pir, pisang) dulu..pastu puri sayur2 pulak (carrot, brokoli, kentang, labu etc)..bubur nasi nanti dulu ok..

reaksi Aliff : agak2 konfius ko
t. bila suap, ngap pastu luahkan balik. bila sudu nak sampai dekat mulut, Aliff nak tolak ngan tangan die..

::habeh comot satu badan..::