Skip to main content

Wajib ke bagi makanan pejal kepada bayi selepas 6 bulan..


Bila Aliff dah masuk umur 6 bulan, dah mula ada suara2 bertanya bila nak bagi Aliff makan..
aku just boleh kata "nanti..nanti.. sabor..sabor.."

Pastu ada pulak macam2 pendapat.. ada yg kata "anak lelaki ni tak boleh biar lapar..nanti nangis 'buah' die jadi besar (angin pasang)", " lelaki ni makan banyak, susu tu tak mengenangkan. tu setakat hilang haus ajer, kene bagi makan.."
ada jugak yg cakap "4 bulan dah boleh bagi makannn.., ok ajer.."

well, kebanyakan pakar kesihatan dan pakar penyusuan bersetuju, yang terbaik adalah untuk menunggu baby sehingga 6 bulan sebelum memperkenalkan makanan pejal. Dah banyak research dibuat tentang isu ni but maklumat ni masih tak sampai kepada semua parents. (kadang2 sampai but level nenek2 ni yg tak sampai lagi..).

Pada umur 6 bulan ni, kebanyakan baby dah bersedia utk diperkenalkan dgn solid food (but bukan paksa makan yer..hanya perkenalkan. if baby still reject, ikut saja..maknanya dia belum bersedia..)

Walaubagaimanapun, kita tak perlu rigid, utk perkenalkan solid food masa baby 6 bulan.. boleh delay. Malah ada doktor2 recommend utk delay bagi solid food sehingga baby masuk 1 tahun..

Ada kebaikan utk delay solid food..iaitu:

1) Bagi baby lebih protection dari penyakit.Imuniti paling banyak diperolehi if baby exclusive BF.
2) Memberi masa utk sistem pencernaan baby utk lebih matang. Kalau awal sgt dah beri makan, makanan tak dicerna dgn baik dan akan sebabkan masalah lain cth: angin, sembelit, perut sebu dll.
3) Mengurangkan risiko alergi pada sesetengah makanan
4) melindungi baby dari iron-deficiency anemia.
5) melindungi baby dari mendapat obesiti masa dewasa
6) Membantu ibu utk maintain milk supply
7) membantu menjarakkan kehamilan. sebab BF ni antara kaedah utk perancangan keluarga.
8) memudahkan utk permulaan dlm memberi solid food kpd baby kemudian hari .

untuk lihat artikel penuh sila klik sini.

So kenapa nak rush? baby tu akan makan juga akhirnya..
pada aku takde masalah kalau baby delay ambil solid food.. kalau lewat bg makan tu adalah satu keburukan/mendatangkan penyakit pulak pada baby lelaki (angin pasang tu), kenapa pulak dalam Islam ada hukum najis mukhaffah/najis ringan iaitu air kencing anak2 lelaki yg belum sampai umur 2 tahun yg minum susu ibu sahaja..
Kalau macam tu mmg kalau tak beri anak makan sampai 2 tahun pun takpe. Even, ada sorg member forum bgtau, ada wanita arab bgtau dia, wanita2 arab mmg hanya breastfeed anak sehingga 2 tahun. Bila dah 2 tahun, baru anak tu diperkenalkan dgn solid food..takde hal pon..

Dulu2 orang bagi makan kat baby seawal 4 bulan.. (actually aku pernah dgr baby 2 bulan pun dah ada org bg makan).. konon2 tak jadi apa pun..hidup ajer..ok betul tak jadi apa masa tu. mungkin bila dewasa masalah timbul. obesiti, diabetes, darah tinggi etc.. aku pernah baca ada kajian kata wanita yg kene diabetes masa preggy ni ada kemungkinan diberi makan terlalu awal masa baby. tapi ye la.. kalau dulu2 org buat silap, takkan sampai zaman sekarang yg moden, lambakan ilmu dihujung jari ni masih nak teruskan amalan yg tak betul tu??

tak bolehkah kita berubah??

Kenapa orang kita ni pelik??

Aliff aku akan mula perkenalkan solid food mungkin lusa. Aliff baru 6 bulan 5 hari.
Kalau ikut aku, nak tunggu jer dulu.. pasal malas nak gaduh jer.. ALiff pun setakat minum dalam 9oz jer sehari..so, lapar sangat ker die..??

Comments

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …