Salam...
Ingat tak kisah Baby Hana yang saya post semalam? bagi yang tak tahu boleh
klik siniSaya berkesempatan menghantar emel kepada ibu baby Hana iaitu Puan Rohaiza untuk bertanyakan keadaan sekarang baby Hana. Ini adalah jawapan dari ibunya.
"Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada saudari. Maaf kerana tidak menerangkan secara detail mengenai kisah Hana. Saya fikir tak ramia yg berminat utk baca tambahan pula jika terlalu panjang. Email itu mula saya send pada 13/4/10. Alhamdulillah saudari dapat menerima dan sudi membaca coretan yg tak seberapa dr saya. Dengan kata-kata semangat dari saudari..bagaikan datang satu kuasa dalam diri saya. Tetapi saya sering rasakan kuasa itu kadang-kala ada..kadang-kala hilang. Mudah-mudahan Allah kekalkan keyakinan saya padaNya. Hana masih belum boleh menghisap dan menelan. Kudrat Hana belum kuat utk itu. Sebenarnya itulah yang paling saya harapkan agar Hana blh menghisap & menelan. Tapi masih belum Allah izinkan. Tangan Hana agak aktif bergerak, kaki kanan masih bersimen,kaki kirikurang bergerak. Mata Hana masih tiada tumpuan. Jika berjaga mata Hana akan terbuka tanpakelip2. Mungkin kerana urat sarafnya tegang. Buat pengetahuan saudari, saya mengambil cuti 2bln untuk menjaga Hana dengan harapan puteri kesayangan saya akan beransur sihat. Banyak masa saya luangkan bersama. Mungkin ini ujian agar kami menjadi lebih erat. Betapa saya menjaga Hana ketika dalam kandungan. Sehari pun saya tidak lupa memakan pil2 yang doktor bekalkan. Seawal kandungan 3 bln saya mengambil folic acid agar otak bayi saya berkembang baik. Susu anmum, air soya, buah-buahan...segalanya saya ambil bagi memastikan kandungan saya sihat. Tapi...kami diuji di saat akhir. Baru saya sedar bahawa ada kuasa yang maha Berkuasa. Dia boleh merubah sesuatu dalam sekelip mata. Kun fa ya kun..
Setakat ini perkembangan Hana masih belum boleh menghisap & menelan. Saya terlalu berharap agar Hana berupaya menghisap & menelan dngan sendiri. Pergerakan tangan agak aktirf tetapi pergerakan kaki Hana agak perlahan, di tambah pula dengan kaki kanan yg patah. Jika berjaga, mata Hana tidak berkelip dan masih tiada tumpuan.
Saya tidak putus-putus berdoa kepadaNya. Kadang-kala saya rasakan diri saya tidak sempurna dan layak untuk mendapat nikmatNya. Oleh yang demikian, saya mohon bantuan kalian. Manalah tahu jika ada di antaranya doa dari orang2 yang rapat dengan Allah. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa saya iaitu ibu kepada zuriat yang tidak ternilai harganya pada saya.
Di kesempatan ini..saya merayu agar saudari selitkan doa yang berterusan buat Hana agar dipulihkan kerosakan pada otaknya, dijauhkan dr kecacatan dan dibukakan segala pintu rezeki untuknya. Amin"
Saya mohon kawan2 panjangkan kisah baby Hana ye.. berat mata kita memandang, berat lagi beban yang ditanggung oleh keluarga ini..
Terima kasih semua..
nota: sesiapa yang nak hantar email kepada puan rohaiza, alamat emelnya ialah
rozex_3056@yahoo.com
YA Allah , Kau berikan lah kekuatan buat Pn Rohaiza dan Kau sembuhkanlah anaknya.
ReplyDeletesedih baca pasal anak die.. xtau la mcm mana perasaan kite kalu bender tu jadi pd anak sendiri... Nauzubillah..
salam liza....
ReplyDeletebo nur dptkan email ibu hana nie? ramai yg mintak dr nur... cz nur ade buat n3 hana sebelum nie...
tq
alamat email puan rohaiza = rozex_3056@yahoo.com
ReplyDeleteterima kasih semua..
yani: ya, betul..kalau dugaan tu kene pada kita, tak tau la setabah itu kah kita..
sedih tgk baby2 camni.. mudah2an bby nih beransur sembuh.. amiin.....
ReplyDelete