Tuesday, 17 November 2009

Aliff Rayyan melihat duniaaa...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. dah 45 hari berlalu selepas kelahiran Aliff Rayyan ke dunia..

Aliff Rayyan
Bayi lelaki yang kami namakan Aliff Rayyan ni lahir pada 4 Oktober 2009 jam 1.06petang.. waktu azan zuhur berkumandang.. mulanya tarikh jangkaan adalah 27 Oktober 2009 tapi baby nak kuar awal.. cam kakaknye jugak yang lahir pada usia 35minggu. Aliff pulak 36 minggu..
Berat semasa lahir 3.9kg..lahir secara normal lagi.. actually tak tau pun berapa berat baby mase preggy.. dah bersalin baru tau baby besar..

Camne leh bersalin awal?..

Lanjutan yang kes kene masuk wad sebelum tu (yg driver jabatan tolong antar balik tu ;D) [klik sini], doktor suspek aku ade diabetes sebab baby cam besar.. so hari jumaat tu dapat call dari klinik suruh datang malamnye sebab memang confirm ade diabetes.. tinggi pulak bacaannye dalam 13 camtu.. 

baru umur sehari tapi dah pandai keluarkan tangan ye
So jumpe doktor malam tu, dengar penerangan bagai..pastu die check bukaan, dah ade bukaan 2jari pulak dah.. pastu kuar pulak sikit air ketuban..aiyoo..so kene tahan wad.. doktor bajet bersalin malam tu.. 

Dahtu malam berlalu tanpa ape2..sebab air ketuban dah tak kuar, sakit pun takde.. 

But disebabkan ade diabetes, kene pulak check darah berkali2 sehari dengan suntikan insulin lagi.. jumaat berlalu, sabtu pun berlalu camtu.. doktor cakap boleh balik hari ahad..pulak dah.. aku dah frust sangat dah.. dahler sabtu tu aku ngan adik2 aku plan buat bbq kat umah..so aku sorang2 dok hospital sambil family2 aku bersuka ria..isk isk..

Pagi ahad tu mase mandi saya cakap ngan baby, "Baby, kalau nak kuar, kuar lah hari ni.. takmo masuk kuar wad lagi.. ummy takde bajet hehe.."

mata sepet :)
So tengah2 berehat, tak semena2 jam 9.40am dushhh.... pecah air ketuban.. cam mase husna.. memang dah sah akan bersalin hari tu.. Terus call husband bagitau.

Terus panggil nurse bagitau air ketuban dah pecah.  Nurse bagitau tunggu kejap sampai dah stop keluar air yang menderu-deru tu.. So lepas tukar kain, dibawa pergi ke bilik bersalin.  Masa tu dalam pukul 11 lebih.  Pasang alat CTG untuk check heartbeat baby semua sambil tunggu bukaan lebih besar. 

Masa contraction awal-awal boleh la lagi tahan sakit. Tapi bila bukaan masuk 6cm memang dah tak tertahan dah.  Klinik takde bagi injection tahan sakit. Yang ada just gas untuk sedut tiap kali sakit je.. Memang aduuhhh tak tahan sungguh. Bersungguh-sungguh sedut gas tu. Walaupun kesannya tak la kuat sangat tapi kadang-kadang terkhayal jugak lah.. 

Husband pun ada sama dalam bilik bersalin tu.  Memang saya nak dia ada setiap kali saya lahirkan zuriatnya. Mujur juga husband bukan seorang yang mabuk darah ke.. kalau tak mau pengsan dalam bilik bersalin :)

Ayah azankan
Bila contraction dah kuat sangat sampai terasa nak uk-uk (cam nak buang air besar), saya bagitau nurse. Tapi dihalang dari teran sebab katanya bukaan belum penuh lagi. Aduh terpaksa tahan la pulak. Beberapa ketika baru nurse bagi teran. Doktor pun dah bagi green light untuk teran, teran lah kan..

Tapi aduhai saya ni nama je dah pernah bersalin. Tapi rupanya tak pandai teran. Banyak kali kena marah dengan nurse.. "bukan macam tu, bukan teran kat mulut, salah! salah!".. adoiii

Rupanya saya salah teknik teran. Patutla selalu jadi lama je tempoh nak bersalin tu.. nurse ajarkan nak teran macam nak buang air besar/ macam sembelit hehe. Tumpukan tenaga teran tu kat 'bawah' bukan kat dada/mulut. 

Dah entah berapa kali cuba tak dapat gak baby keluar, husband dok jerit "sikit lagi, sikit lagi.. dah nampak rambut".. etc.. tapi tak jadi balik... Sudahnya doktor cakap, "kalau pukul 1 tak bersalin gak, kena guna forsep & vakum lah ye..kalau guna forsep lagiiii sakit tau".. seakan-akan menakutkan saya juga doktor ni...

Aliff with nenek & Nyang
 
So saya tekadkan dalam hati, bisikkan kat baby, 'kita kena berjaya jugak tanpa guna forsep!' So lepas tu cuab lagi.. Akhirnya pukul 1.06pm berjaya juga lahirkan baby. Doktor takde buat episiotomi kali ni so kira natural birth lah kan.. keluar-keluar je baby, nurse jerit.. "Besarnya baby, besarnya baby!".. cepat-cepat nak bawa timbang.. lepas tu dia jerit "3.9kg!! patutlah susah nak keluar!"

So begitulah kelahiran Aliff Rayyan yang seberat 3.9kg.. baby sebesar ni memang sedapp aje pegang. Keras mantap tak lembik.. so tamatlah kisah menunggu nak bersalin.. bermulalah episod kurang tido malam sebab jaga baby hehe...

Sekian...

Friday, 2 October 2009

Sakit nak bersalin ke?

Salam...
Lama tak menjenguk sini.. tak sempat pulak. Raye pun dah berlalu.. dan yang pasti aku masih dapat pulun ketupat rendang mase raye.. baik betul baby ummy sebab bagi ummy makan sedap2 dulu..

Minggu ni ade tragedi sket.. hehe..saspens..
Isnin cam biase la gi keje.. rase cam lame tak drive.. yelah seminggu cuti kan, ade driver tetap (en.suami lah).. hari berlalu cam biase sampailah after lunch.. dalam kol 2 lebih tu sakit kat seluruh abdomen tak hengat.. sakit giler.. duduk sakit, diri sakit, jalan sakit..siap turun naik tangga nak hilangkan sakit tapi tak jadi gak.. membe dah soh balik je gi klinik sebab takut sakit nak bersalin jer.. haru pulak kalau terberanak kat opis ni kehkeh.. disebabkan sakit tak surut2..kol 3 lebih decided nak balik.. ingat nak drive sendiri slow2 tapi bos tak bagi.. bos ngan kwn2 try call driver2 bahagian kitorang but semua takde. kebetulan ade org cwgn jalan kat opis, die dapat carik sorg driver untuk hantar aku balik umah.. hihi.. malu ler pulak..
neway thanks to en.yusof sebab tolong hantar balik. en.suami take over untuk antar ke klinik dari umah mak sebab opis die dah dekat situ pun.. kereta ku yang kecil tu tinggal kat opis la.. en.suami gi amek ngan kawan die pas ofis hour.

dah wat check-up takde tanda2 nak beranak pun that day.. jalan pun tak bukak lagi.. but kene gak tahan kat wad in case betul2 terberanak pulak pas tu.. maklumlah 1st baby pun terberanak awal, 35wks jer.. so standby gak lah.. sama cam masa Husna, aku kene amek 2 injection untuk kuatkan baby's lung every 12hours, sekali kol 6pm and the next one 6am. Ingatkan pastu dah boleh cabut dah.. memang aku tak berapa gemor dok wad ni..seksanyer.. tup tup kol 8am lebih, nurse bgtau aku kene puase, takleh makan/minum air sebab diorg nak amek darah untuk check kencing manis kol 1pm.. pulak dah.. diorg bg breakfast kol 6.30am tu pastu kene berlapar sampai kol 1 pulak.. aiyoo.. haus giler aku.. so kol 1pm nurse datang ambil sampel urine & darah. then kol 2pm dan 3pm ambil lagi sampel.. 3.30pm baru dapat makan.. cam kebuluran pulak haha..

mase kol 1pm tu ade tragedi pulak.. kuar2 toilet ntah camne aku leh tergelincir pulak depan pintu toilet tu.. sempat gak tahan sebelah tangan nak elakkan jatuh terduduk terhentak tapi terhentak gak sebelah kanan.. yang tak dapat diselamatkan ialah kepala aku, memang hentam habis kat dinding.. sakit giler.. sampai hari ni masih sakit lagi kepala tu.. aku tak bgtau nurse pun.. yang pasti pastu aku rase bengong sket.. banyak bende aku terlupe contohnya nak mintak surat mc ngan ubat.. kesan kes tu, aku susah nak tido sebab sakit pinggang teramat sangat (maybe sebab jatuh terduduk tu). setiap jam aku terjaga sebab sakit.. aku harap2 kesakitan ni tak kekal sampai bile2.. aku terima sebagai dugaan preggy kali ni.. mudah-mudahan mase bersalin dipermudahkan Allah.. amiinn..

Thursday, 17 September 2009

Bedak talkum bayi

Tadi ronda-ronda kat forum susuibu.com ade mommies yang bincang isu ni.. hmm nampaknye aku ni ketinggalan jugak lah..

ARKIB : 18/02/2009

Bedak talkum undang maut?

PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.


artikel dari:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive

Tuesday, 15 September 2009

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum kawan2 semua..
Memandangkan hari lebaran bakal tiba tak lama lagi.. saya mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat apa2 kesalahan saya kepada kawan2 semua.. kepada pelanggan-pelanggan Berrylicious Cakes, jutaan terima kasih saya ucapkan.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..

Bebel lagii..

Jelesnyer nengok kengkawan yang still bergelumang ngan kekkers and cuppies.. wa ni dok cuti lelame konfem berkarat otak, tangan pun kaku ler nanti.. huhu sedihnyer...kalau bukan disebabkan tak larat, sure masih wat projek baking ni.. takpela... isk isk..

Thursday, 10 September 2009

Majlis Berbuka Puasa UtmViking Zon KL

Majlis ni dah lepas, hari Sabtu 5/9/2009 di kediaman Uzaini & Ayu Haris.

Asalnya planning beria tapi tak jadi.. but yang ni memang takde rancang lame2.. petang2 jumaat Uzaini call kalau boleh datang hari Sabtu and aku kate ok. Then Sabtu pagi aku sms je tanye jadi tak, tengok2 jadi pulak.. pas zohor gi Carrefour Subang Jaya tengok2 ape aku nak prepare untuk pot luck tu. Then Uzaini call tanye aku bawak ape, since aku kat depan ayam, aku decide le nak buat ayam black pepper.. sampai umah dah kol 5pm, siap2kan barang, kol 5.30pm baru dapat start masak. Siap, gi mandi, solat, 6.15pm kitorang bertolak ke Selayang.. Huh pantas sekali =D

Sape yang ade? Tuan rumah a.k.a Uzaini, Ayu, Baby Iffah, Aku, en.suami, Husna, Hailwa, Sa, As (wife Sa), mamat, Zurin, Wari, Kluang (Shahid), lagi sorang aku tak sure (adik As/Sa kot)..

Bile tengok gambo yang Uzaini post kat emel, hish beso nyer aku.. memang tak gemo amek gambo mase preggy, kembang semacam hehe =D..

ok, layan lah gambar2 nye yer.. ihsan dari Uzaini. tq






Resipi : Popia Daging Lada Hitam


Semalam sesaje buat popia ni untuk makan after tarawih.. kire cam supper lah.. selalu popia inti sayur je, but kali ni try buat lain dari lain.. Semalam goreng 11 ketul jer, habis jugak walaupun makan berdua je ngan suami..

Semalam makan popia ni dengan mayonis dan sos cili, makan begitu aje pun ok gak. Rasenye inti ni boleh jugak dimakan dengan salad/coleslaw & roti bakar ke.. & boleh jugak dijadikan inti telur bungkus.

Resipi : Popia Daging Lada Hitam Maveles
(Dapat dalam 20 biji popia)

Bahan:
kulit popia
250g daging kisar
1/2 biji (60g) lada benggala (dadu kecil2)
1/2 biji bawang besar kuning (dadu kecil2)
100g kobis (dihiris nipis) + lobak merah (hiris nipis & memanjang cam mancis)
1 1/2 sudu makan lada hitam biji (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tomato
sedikit minyak untuk menumis


Cara:
1. Tumis bawang merah & putih sekejap, masukkan lada hitam dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan kacau sekejap.
3. Masukkan kicap, sos tiram & sos tomato. Masak sehingga air dari daging hampir kering.
4. Masukkan lobak merah, kobis, lada benggala & bawang besar. Kacau sehingga air kering.
5. Bila inti dah agak sejuk boleh letak 1 sudu makan bumbum (agak2 lah yer) kat kulit popia dan gorengkan.. siap sedia untuk dimakan..

Nota: inti mungkin akan berminyak sangat kalau pakai banyak minyak mase menumis. Boleh letak inti dalam penapis untuk toskan minyak.. tapi saya belasah je nak cepat hehe..