Monday, 4 December 2017

PHILIPS Pressure Cooker : Nasi Terung Korea Chef Baek Jong Won (Gajibap)

Assalamualaikum dan hello :)

Kali ni just nak share resipi Nasi Terung 'adaptasi' resipi dari Chef Baek Jong Won dari slot Home Food Rescue. Nasi Terung a.k.a Eggplant Rice atau dalam bahasa korea Gajibap 가지밥 .

Guna Philips Pressure Cooker. Kemain dah sekarang rice cooker dok dalam stor dah haha.. Semua balun masak pakai Philips Pressure Cooker. Kerja keras 'beliau' sekarang ;)


Pelajaran bahasa korea sikit,
Gaji 가지 = Terung
Bap 밥 = Nasi



NASI TERUNG KOREA (EGGPLANT RICE) 가지밥 GAJIBAP
Inspired dari rancangan Home Food Rescue (Chef Baek Jong Won)

Bahan:
2 cawan beras - basuh dan tos
2 1/2 cawan air
4 tbsp minyak zaitun
1 batang daun bawang - hiris halus
1/2 cawan daging ayam/ lembu kisar
2 biji terung panjang - potong memanjang dan hiris setebal 0.5cm
2 tbsp kicap cair

Cara:
1. Basuh beras dan tos
2. Panaskan minyak zaitun, tumis daun bawang sehingga sedikit layu(untuk jadikan minyak daun bawang)
3. Masukkan daging ayam/ lembu kisar, kacau hingga masak
4. Masukkan terung, kacau sebentar
5. Masukkan kicap cair dan kacau untuk ratakan pada terung
6. Masak sehingga sedikit layu. Tutup api dan ketepikan.
7. Masukkan beras dalam inner pot dan air
8. Masukkan terung tadi ke atas beras dan ratakan.
9. Masak dengan mode 'steam'/'congee' KPT 10 minit
10. Siap masak, release pressure, gaul rata nasi dan terung.
11. Hidang bersama sos kicap dan side dish lain.

Nota:
* Jumlah air mengikut preference. Saya suka masak nasi ratio beras: air = 1:1.5 cawan
* Mode 'steam'/'congee' buat KPT 7minit pun boleh tapi saya suka 9-10 minit hehe.
* Guna mode 'rice' 14 minit pun boleh je :)


SOS KICAP

Bahan:
1/4 cawan daun bawang - hiris halus
1/4 cawan daun kucai -hiris halus
1 cili hijau/ cili api (kalau nak extra pedas) - cincang
1 tbsp serbuk lada kasar
1/2 tbsp gula perang/ madu
1 tsp bawang putih cincang
1 tbsp minyak bijan
1/3 cawan kicap cair
1 tsp bijan-tumbuk

Cara:
Campurkan semua bahan. hidang.

Boleh makan dengan side dish lain macam kimchi ke, stew ke.. apa-apa la.. ;D
Tu je.. wassalam..

2 comments:

  1. Sis, lepas set congee or steam kene set kpt. Nape sis suka kpt 10 min?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep kalau guna mode tu kena set KPT sebab default masa dia dalam 15/20 minit. lama tu. tapi boleh juga guna mode rice terus. default masa 14minit tak boleh ubah.

      kalau nak cepat boleh guna KPT 7 minit. Tapi suka 10 minit sebab rasa 'konfem' masak elok hehe... preference sendiri aje ;)

      Delete