Tuesday, 24 February 2015

Selamat Tinggal Wahai Ubat Batuk!

Assalamualaikum dan hello :)

Saya doakan anda yang membaca blog ni sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Allah :)

Sihat atau sakit, kedua-duanya pun merupakan 'nikmat' dari Allah. Kalau sihat, kita dapat menjalankan segala aktiviti harian dengan baik tanpa masalah. Dan sekiranya kita sakit, itu juga suatu nikmat kerana dengan kesakitan itu, selalunya mendekatkan diri kita kepada Pencipta kita..

Kira macam win-win situation jugakan keduanya? :)

Kalau diikutkan saya dalam kategori yang amat jarang diserang penyakit. Kalau cuti sakit company tu jarang sangat luak. Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan yang Allah beri ni.

Tapi ini tak bermakna saya tak pernah sakit. Pernah... dan ditakdirkan bila sesekali sakit, biasanya teruk dan lama pula ambil masa nak sembuh. Contohnya batuk.

UBAT BATUK SEBOTOL TAK CUKUP!
Sejak dulu-dulu lagi kalau saya batuk memang ambil masa yang saaaaangat lama sangat nak baik. Selalunya sebulan hingga 2 bulan baru baik.

Ubat batuk?? memang tak cukup 1 botol. Kena pergi klinik 2-3 kali untuk dapatkan ubat batuk tambahan sebab walaupun habis sebotol, batuk memang belum sembuh.

Jangan cakap jenis ubat batuk yang mana.. rasanya berpuluh jenis ubat batuk dah cuba tapi belum jumpa 1 jenis pun yang serasi atau boleh sembuhkan batuk dengan cepat.

Batuk pula bukan batuk perlahan punya. Selalu batuk kuat yang macam nak terkeluar anak tekak. Tekak memang jadi sakit, perit, kering dan gatal.

Dan batuk kadang-kadang berserta darah. Mungkin disebabkan tekak jadi luka akibat batuk yang berlarutan.

ADUH! TERKUCIL PULA
Paling tak best adalah setiap kali batuk kuat, kadang-kadang boleh terkucil. Jadi kena sentiasa pakai pantyliner/pad sepanjang hari.

Saya selalu standby pakaian extra dalam kereta kot-kot kalau terkucil terkena pula pada pakaian yang dipakai. Masalah pula bila nak solat nanti.. terutamanya jika di pejabat.

Dan yang paling merisaukan saya kalau kena batuk masa mengandung/ hamil. Sebab masa mengandung ni tak boleh sebarangan nak makan ubat sesuka hati. Lagi-lagi ubat batuk.

BABY TAK BERGERAK
Masa saya mengandungkan Husna dulu, saya batuk teruk juga. Disebabkan tak berani nak pergi klinik biasa, jadi saya pergi dapatkan rawatan dari klinik mengandung sebab pastilah ubat batuk yang diberi sangat selamat untuk ibu mengandung.


Malah bila saya baca label pada botol ubat tu, ada maklumat dos untuk kanak-kanak. Lebih yakinlah saya untuk makan ubat tu.

Lepas saya makan ubat batuk tu, keesokan harinya saya langsung tak rasa pergerakan baby. Seharian!

Saya jadi panik juga sebab sebelum tu baby memang sangat aktif bergerak. Tiba-tiba langsung tak bergerak, rungsing fikiran jadinya. Terus saya buat check-up di klinik mengandung.

Alhamdulillah, lepas scan semua doktor kata takda apa-apa yang perlu dirisaukan. Doktor terangkan, mungkin sebab ubat batuk tu menyebabkan baby tidur juga.. Ubat batuk kan selalunya membuatkan kita mengantuk.. :) So baby pun terkesan juga..

Ok, saya panik sendiri.. maklumlah, mengandung anak pertama.. sure takut kan..

Masa saya mengandungkan Zara pun saya diserang batuk lagi.. Saya cuba juga elak dari makan ubat batuk dengan amalkan semua petua-petua yang saya dapat dari internet dan rakan-rakan.. Tapi malangnya takde apa yang berkesan..

SUSPEK TIBI
Sudahnya saya terpaksa juga serah diri untuk rawatan di klinik kesihatan. Disebabkan batuk yang agak lama dan kadang-kadang berserta darah, doktor siap suruh saya buat ujian kahak untuk kesan sama ada saya mendapat Tibi.


HAMPIR ACCIDENT
Tak tahan dengan batuk yang teruk, saya telan juga ubat yang doktor beri. Memang sebelum tu saya dah diberi amaran yang ubat tu menjadikan kita mengantuk tapi dah tak tahan dah..

Kesannya? memang amat amat amat mengantuk! Saya makan ubat masa di pejabat masa tu.

Mengantuk sangat, saya sampai lelap lebih 3 jam di pejabat. Masa memandu pulang ke rumah pun asyik terlelap. Sedar-sedar je dah hampir nak langgar guardrail (penghadang jalan). Bahaya sungguh!

Alhamdulillah takde kemalangan. Allah aje yang melindungi masa tu. Tak tahan sungguh mengantuk. Dah buka radio sekuat-kuatnya tapi still boleh lelap masa memandu. Sampai rumah pun terus lelap lagi sampai ke pagi esoknya..

Allahuakbar! Kesan mengantuknya lama sungguh. Serik dah. Taknak langsung telan ubat batuk tu sejak dari tu.

MENCARI ALTERNATIF
Sungguh!!! Allah Maha Mendengar..

Dalam pada saya mencari lagi alternatif kepada ubat batuk saya, dengan izin Allah, saya terpandang status FB kawan saya tentang petua beliau mengubati batuk beliau.

Caranya, beliau mengamalkan Vita C dan OmegaGuard. Itu aje!

Tanpa berlengah, terus sahaja saya amalkan kedua-dua produk ni dengan konsisten. Saya tambahkan Garlic Complex juga yang berfungsi sebagai antibiotik semulajadi.


Alhamdulillah dengan izin Allah, batuk saya dapat dikawal dan akhirnya sembuh sepenuhnya kurang dari 2 minggu. Tiada kesan sampingan mengantuk dan tiada lagi terkucil lagi.. Syukur Alhamdulillah...

Lepas dari tu, ada rakan MFMS saya beritahu OmegaGuard juga boleh membantu mengawal batuk kanak-kanak juga.. Oh! baru saya tahu.. Bolehlah saya amalkan untuk anak-anak saya sebab saya tahu ubat batuk pun tidak bagus untuk kanak-kanak. Malah OmegaGuard pun memang sangat bagus untuk perkembangan minda kanak-kanak. Dah terang-terang dapat 'bonus' tambahan disitu.

Sejak pengalaman batuk saya ni, saya memang dah jatuh hati dengan Vita C ni.. saya lebih konsisten mengambil 1 biji Vita C setiap hari sebab saya tahu ia baik untuk meningkatkan sistem imun badan. Rasa tak lengkap hari tanpa Vita C.


Dan kalau terasa ada tanda-tanda badan nak demam atau tekak dah mula sakit (petanda nak mula batuk), saya akan pastikan untuk ambil 2 biji Vita C.

Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik dari hari ke hari. In syaa Allah memudahkan saya menjalankan tanggungjawab saya sebaiknya setiap hari.

Ada pepatah yang mengatakan 'Health is Wealth'..
Betul ke betul??

Memang banyak benarnya kan?.. :D


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Ingin mendapatkan supplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Tuesday, 17 February 2015

Sedihnya Tak Dapat Sujud Lagi :(

Assalamualaikum dan hello :)

Nampaknya macam ramai dah mula bercuti balik kampung sempena Tahun Baru Cina ni. Bagus bagus.. balik kampung jumpa mak ayah banyak pahalanya.. :)

Mak ayah kita ni kadang-kadang kita balik jenguk mereka pun dah cukup menggembirakan mereka. Walaupun sekejap kan.. So kalau ada kesempatan balik tu, teruskan. Mana tau kot-kot masa tu lah baru tau ayah sakit lutut tak boleh nak solat macam biasa. Atau mak sakit-sakit pinggang. Tengok sendiri tentulah lain dari hanya dengar berita di telefon.

Kalau kat telefon, for sure mak ayah cakap.. "alaaa sikit aje sakitnya".. "sapu minyak panas aje"...


NIKMAT SUJUD YANG HILANG
Kadang-kadang kita rasa "alaa... ok je pun solat duduk.. Biasa je tengok orang-orang tua lain semua solat duduk. Tak pelik lah"..


Sebenarnya kita tak merasa. Kita tak berada dalam situasi yang sama!

Cuba kita sendiri yang sakit lutut, tak boleh nak sujud, duduk antara dua sujud dan nak bangun, sakit gilerr tau. Hanya yang pernah merasai sahaja yang faham.

Saya sendiri pernah injured di lutut, kesilapan masa bersenam. Sakitnya memang terasa azab juga. Solat memang terpaksa duduk atas kerusi. Terlalu sakit nak sujud dan nak bangun. Memang serupa style orang-orang tua dah ni..

Masa tu baru saya terfikir, macam ini lah agaknya mak ayah kita yang dok sakit lutut tu.. tak dapat solat macam biasa, tak dapat sujud, terasa hilang kenikmatan tu tau.. Saya yang hilang nikmat sujud beberapa hari pun terasa sedih, rasa tak lengkap, tak sempurna..  Apatah lagi kalau mak ayah kita bertahun-tahun menderita sakit lutut/sendi mereka tu..

Mesti mereka rinduu perasaan masa bersujud tu kan.. Mesti mereka sedih sebab tak dapat sujud lagi..

Dan kalau mak ayah kita ni kalau dah asalnya biasa aktif, bekerja keras, tiba-tiba sakit sendi, lutut, kaki segala. Tak boleh nak gerak sangat, kena pulak memerap kat rumah, mesti lah bosan kan.. Rasa kalau masa tu ada apa saja ubat yang boleh sembuhkan sakit sendi tu, harga ribu riban macam mana pun sanggup beli..

SET KESIHATAN SENDI UNTUK AYAH



Dulu ayah mertua saya pun pernah sakit lutut. Berbulan-bulan jugak tak ke ladang sebab sakit. So duduk aje la kat rumah. Masa kami balik kampung lepas tu, husband bekalkan Set Kesihatan Sendi kat ayah. Dalam set tu ada AJHT, Omega Guard dan Ostematrix. Kami siap-siap labelkan cara makan kat setiap botol. Mudah ayah nak baca dan makan ikut arahan..

2 minggu lepas tu husband call kampung nak tanya keadaan ayah macam mana kesan dengan pengambilan Set Kesihatan Sendi tu.. rupanya ayah dah ke ladang dah pun.. hihii... katanya belum la hilang sakit sepenuhnya tapi dah kira okay lah.. Tu yang bersemangat nak masuk ladang tu.. hihii..

Alhamdulillah...

NOW EVERYONE CAN KURUS
Kesihatan sendi kita ni bukan dah tua baru nak jaga. Awal-awal lagi semasa muda ni lah dah patut mula jaga sendi kita. Untuk masa depan kita juga.. Dalam group Batch 1 Now Everyone Can Kurus pun ada mengadu bila start bersenam ni baru terdengar bunyi-bunyi pada lutut semasa bersenam. Kami pun disaran ambil Set Kesihatan Sendi ni.

TESTIMONI SET KESIHATAN SENDI


Banyak sebenarnya testimoni untuk Set Kesihatan Sendi. Bila saya dok baca semua testimoni ni, rata-rata kebanyakan penggunanya mestilah mak atau ayah masing-masing.

Kesian jugak bila baca sebelum ni payah nak bangun, sakit tulang punggung, tak dapat nak sujud sebab sakit lutut, sakit pinggang betahun-tahun.. Kesian kan...

Tapi masing-masing sejak guna Set Kesihatan Sendi, semuanya dapat buat apa sahaja.. boleh solat macam biasa, boleh berjalan shopping lama, boleh naik tangga, boleh tarawih 20 rakaat, mengerjakan haji dengan selesa (walaupun perlu berjalan jauh)..

Mesti seronok mak ayah tu kan..

Meh saya share kan beberapa testimoni yang dikongsikan pengguna lain.
 
sakit lutut dah kurang
  
 
   
badan lenguh-lenguh dan sakit pinggang tiada

urat kaki dan tak sakit, kaki pun tak lenguh lagi
 

 

sakit lutut kurang, dapat tarawih 20 rakaat

sakit akibat slip disc

radang sendi hilang

sakit sendi, tulang punggung berkurang, mudah nak solat

Tak sakit lutut walaupun jalan jauh semasa menunaikan haji

Sakit belakang hilang dalam masa 3 hari
FEBRUARI BULAN ISTIMEWA : PROMOSI SET KESIHATAN SENDI
Memang istimewa sungguh bulan Februari ni. Ada 2 item dalam Set Kesihatan Sendi yang tengah promosi iaitu Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dan Ostematrix (kalsium). 



Bulan Februari yang sinonim dengan nama bulan kasih sayang ni, apa kata kita hadiahkan kat mak ayah kita kat kampung tu Set Kesihatan Sendi ni.. tanda kasih sayang kita pada mereka? :)

Ini antara bakti yang dapat kita curahkan selagi mereka masih ada bersama kita.. in syaa Allah..

Wassalam..


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Ingin mendapatkan supplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Monday, 16 February 2015

AWAS!! Anda Pernah Makan Ubat Ajaib Ini?

Assalamualaikum dan hai :)
Salam Isnin semua.. semoga semua berada dalam tenaga yang super duper hebat nak melalui minggu baru ini dan saya doakan agar semua urusan anda dipermudahkan Allah... aamiin..

AWAS!! UBAT AJAIB YANG DIHARAMKAN!!
Baru-baru ni ada kawan share dari FB Kementerian Kesihatan berkenaan ubat tradisional yang diharamkan penggunaannya sebab mengandungi steroid dan tidak berdaftar dengan KKM. 


Kebetulan pulak seorang kawan bagitau nenek beliau memang ambil ubat tu bertahun-tahun. Tapi bila ter'miss' satu hari tak makan, katanya badan rasa macam nak hancur. Tapi kalau makan memang segala kerja boleh buat. Kuat. Cergas. Macam orang muda.



Tapi itulah pun kesan pengambilan steroid. Memang macam ubat ajaib. Sakit hilang sekelip mata.. Tapi ingattt... kesan pengambilannya amat-amat berbahaya... Ia boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang, hilang penglihatan, tulang rapuh dan sebagainya.. Boleh rujuk portal MyHealth untuk info steroid..

Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor atau ahli farmasi sahaja. Bukan ikut suka-suka ye..

KENAPA TAK CARI UBAT/SUPPLIMEN YANG SELAMAT?? 
Orang-orang tua macam mak ayah kita memanglah bila dah dimamah usia, banyak lah sakit -sakit badan, sakit sendi, lutut, punggung..

Dan mak ayah kita ni kalau ada aje kawan-kawan kata ubat ni bagus, jamu ni hebat, makjun ni ajaib!.. Memang dengan cepat aje mak ayah kita ikut beli dan makan. Tak dikisahkannya berdaftar atau tak dengan KKM atau selamat ke tidak.. Janjiii sakit hilang! Kalau boleh sekelip mata hilang!

Nak salahkan diorang pun tak boleh jugak. Maklumat sebenar tak sampai kepada mereka. Info hanya dari kawan-kawan surau ke.. jiran-jiran aje..

Dalam keluarga saya sendiri ada yang sukaaa sangat beli ubat di toko jamu, ubat dari seberang. Ubat yang doktor klinik bagi tak mujarab baginya. Pergi klinik saja-saja aje. Tapi ubat pergi beli yang sah-sah tak didaftarkan dengan KKM. Dah tentulah tak tahu bahannya selamat atak tak..

So as anak-anak ni, itulah tugas kita untuk cari solusi yang selamat dan berdaftar dengan KKM. Kalau ada disokong dengan ujian klinikal, tu lagi terbaik.

BILA SAKIT, MAHAL PUN TAK KISAH DAH
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan
5. Masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Biasa tak dengar hadis ni? Ingat dan rebutlah 5 perkara ni.. Salah satunya adalah masa kita sihat sebelum kita sakit. Sepatutnya masa kita sihat, kita usahakan untuk kekalkan kesihatan tu. Jaga kesihatan, jaga pemakanan, lazimkan senaman, amalkan pengambilan supplimen, pelihara jasmani dan rohani.

Tapi lazimnya kita bila tengah sihat, jarang nak ambil berat. Ye lah, tengah sihat kan.. rasa membazir pula nak invest masa dan wang untuk senaman atau pemakanan yang sihat dan supplimen.

Tapi bila sakit, masa tu tak berkira-kira dah nilai wang. Sanggup aja keluarkan berapa pun kos asalkan dapat sembuh. Biasanya dah tentulah kos mengubati sakit tu berganda-ganda lagi mahal dari kos maintenance ketika sihat kan..

Teringat masa ayah saya sendiri tiba-tiba sakit lutut dan pinggang. Tak boleh nak berdiri tegak atau berjalan. Sakit!! Masa tu ada kawannya datang bawa satu alat (tak pasti namanya) yang beliau beli untuk hilangkan sakit-sakit sendi tu.. Katanya harga RM10,000! Pergghh.. Terkedu dengar harga tu.. Sedangkan Set Kesihatan Sendi yang saya syorkan sebelum tu pun harganya tak cecah RM500 pun...

set kesihatan sendi shaklee yang saya syorkan pada ayah
Teringat juga satu segmen kat radio, ada seorang pemanggil tu call mengadu dan cerita yang beliau tengah usaha secara alternatif nak ubati penyakit kanser kot. Ubat tu satu botol harga RM8000. Masa tu fikir, murah lagi Vivix, selamat, halal dan berdaftar dengan KKM lagi...

Tapi itulahkan.. kalau kita awal-awal dah cuba langkah pencegahan kan lebih murah... bila dibiarkan berlanjutan, kos nak mengubatnya berkali-kali ganda lebih mahal..

JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!
Tapi walau apapun ubat, perubatan alternatif, supplimen yang ada dipasaran, sebagai pengguna, janganlah kita hentam semberono aje beli dan guna. Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu cari produk yang terbaik, selamat, semulajadi, berkesan, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan untuk yang Muslim, tentulah produk yang Halal..

Berhati-hati okay bila memilih mana-mana produk/ubat. Tubuh badan kita ni hanyalah pinjaman dari Allah. Jadi, setiap apa yang kita buat/makan/pakai akan dipersoalkan oleh Allah..

Jaga kesihatan jasmani, jaga kesihatan rohani.
Jagalah amanah ini sebaiknya ya :)

Wassalam..


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Ingin mendapatkan supplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Friday, 13 February 2015

Perginya Seorang Tokoh Menemui PenciptaNya ~ Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Dalam Kenangan

Assalamualaikum..

Terasa masih sebak sejak mendengar berita pemergian seorang tokoh besar agama dan politik negara kita, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat..


Seakan-akan sukar untuk percaya. Tapi setelah membaca berita dari media arus perdana dan FB anakanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, ialah hakikat yang terpaksa kita terima..
Kembalinya seorang tokoh sanjungan semua menghadap Ilahi..


Walaupun tak pernah bersua muka, tapi ketokohan beliau sentiasa memberi aspirasi kepada saya. Kerendahan hati beliau sungguh sentiasa menyedarkan hakikat bahawa siapa pun kita ini di mata manusia, tapi kita tetap hanya seorang hamba..

Kembalinya beliau dijemput PenciptaNya pada malam Jumaat penuh berkah.. Dikunjungi lautan manusia dari pelbagai kaum dan agama.. pelbagai pegangan politik, sahabat dan lawan..
Bukti mulianya peribadinya..
 







   






Perginya ditangisi setiap jiwa, in syaa Allah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akan berada dalam kalangan solihin.. 

Tenanglah damailah engkau di sana...