Friday 7 November 2014

OmegaGuard Untuk Ibu Hamil & Menyusu

Assalamualaikum dan hai :)

Tahun 2014 dah hampir nak melabuhkan tirainya :). Hmm kat pejabat sekarang pun masing-masing tengah standby nak hadapi musim banjir nanti. SYMP!

Ok, taknak cerita pasal banjir ke ape eh.. nanti bila tiba musimnya saya cerita lah :)

JAGA PEMAKANAN SEMASA HAMIL DAN MENYUSU


Sebelum kahwin dan mempunyai anak, saya memang peminat makanan yang pedas-pedas. Mesti ada sambal cili/ cili api. Kalau takde, tak kick! Dan saya jarang memilih makan. Semua boleh balun. Takde pantang. Alhamdulillah, perut saya boleh tahan juga, takde nak angin-angin ke, sakit perut ke bila makan.

Tapi sejak mula pregnant anak 1st, saya mula ubah.  Sebab, kalau kita mengandung dan menyusu badan, memang biasanya kita memang kena jaga pemakanan kita.. Sebab apa yang ibu makan tu, khasiatnya akan sampai kepada anak. Malah keburukannya pun..

Macam saya, masa menyusu, kalau makan nangka ke walaupun 1 ketul kecik, perasan mesti perut baby angin. Kalau makan terlebih pedas, baby macam sakit perut, nak jadi cirit birit. So baby akan tak selesa, meragam, asyik menangis, tak boleh tidur.

So sebagai ibu kenalah pilih makanan yang baik-baik aje kan.. Kalau mengandung, apa yang ibu makan, akan 'disampaikan' kepada bayi melalui plasenta/ uri. Kalau baby dah lahir pula, nutrien tu disampaikan melalui susu ibu.

BERKORBAN DEMI ANAK


So bila sepanjang tempoh mengandung dan menyusu badan, memang terpaksa berkorban la.. tak boleh makan sebarangan walaupun makanan kesukaan huhuuu... Dan kalau ada makanan tu baik untuk baby, walaupun kita tak suka, kita akan paksa diri untuk telan jugak.. demi anak kan :)

Dan ibu perlu pula ambil supplemen. Penting diambil semasa mengandung dan selepas bersalin. Kalau masa mengandung, ibu-ibu selalu diingatkan untuk ambil asid folik dan kalsium. Dan berdasarkan kajian, satu lagi nutrien penting yang perlu diambil semasa mengandung dan menyusu adalah Omega-3. Tapi amat jarang kita tahu tentang manfaatnya.

Kali ni saya nak share tentang Omega-3. 

MENGAMBIL OMEGA-3 SEMASA HAMIL


Omega-3 perlu diperolehi dari diet pemakanan atau suplemen sebab ia tidak dihasilkan oleh badan kita. 

Kajian menunjukkan bahawa 2 jenis keluarga Omega-3 yang sangat bermanfaat adalah EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic). 

EPA berfungsi menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, DHA pula menyokong otak, mata, dan sistem saraf pusat. Jadi penting untuk wanita hamil dan menyusu.

IBU MAKAN, ANAK PUN DAPAT KESANNYA


Omega-3 mengandungi DHA yang penting dalam pembentukan otak bayi, mata dan jantung.  DHA ni sangat penting untuk janin yang masih dalam kandungan dan bayi yang telah dilahirkan sehingga berumur 18bulan tapi badan bayi tak dapat nak hasilkan sendiri DHA. 

DHA ni bayi akan dapat dari ibu iaitu dari plasenta (semasa masih dalam rahim) dan melalui susu ibu (selepas lahir). Jadi ibu-ibu perlulah tingkatkan pengambilan diet makanan yang tinggi kandungan DHA ni.

KEBAIKAN DAN MANFAAT OMEGA-3 SEMASA HAMIL


Omega-3 sangat penting untuk perkembangan saraf dan penglihatan bayi. Semasa dalam kandungan, janin akan memperolehi Omega-3 dari tubuh ibu untuk perkembangan sistem sarafnya. Dan selepas lahir, bayi akan mendapat nutrien Omega-3 dari ibu melalui susu ibu.

Sekiranya ibu kurang mengambil diet makanan yang mengandungi Omega-3, kandungannya di dalam tubuh ibu akan semakin berkurangan. Malah untuk setiap kehamilan berikutnya, ia akan semakin berkurangan.

Penyelidikan telah mengesahkan penambahan EPA dan DHA kepada diet wanita hamil memberi kesan berikut :
  • meningkatkan perkembangan penglihatan dan kognitif bayi.
  • mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
  • mencegah kelahiran pramatang ,
  • mengurangkan risiko pre-eklampsia dan
  • mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat
  • mengurangkan risiko ibu kemurungan (post-natal depression).
SUMBER OMEGA-3

Sumber terbaik EPA dan DHA ialah ikan air laut dalam seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Tapi ramai yang risau tentang keracunan merkuri atau toksin lain dalam ikan tu.

Atas sebab ini, supplemen minyak ikan/Omega yang adalah sumber paling selamat untuk mendapatkan EPA dan DHA. Suplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang bereputasi memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tanpa risiko keracunan.

DOS OMEGA-3 YANG DISYORKAN

ISSFAL (International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids) telah mewujudkan carta DOS MINIMUM yang disyorkan seperti berikut :

Bayi (1-18 bulan):
0-15 lbs : 32 mg / lb EPA + DHA

Kanak-kanak (18 bulan-15 tahun):
15 mg / lb EPA + DHA

Dewasa (15-115 tahun):
500 mg EPA + DHA

(dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)

Wanita Hamil dan Menyusu:
300 mg DHA setiap hari

TERUSKAN PENGAMBILAN OMEGA-3 SELEPAS BERSALIN


Sejak pregnant Zara, saya memang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang mana antara satunya adalah OmegaGuard Shaklee untuk mendapat khasiat DHA & EPA ni. Memandangkan saya sendiri bukan peminat/pemakan ikan. Jarang sangat saya ambil ikan dalam setahun hihii.. Telan OmegaGuard lagi mudah :)

Selain dapat 'menyalurkan' DHA & EPA kepada Zara melalui susu ibu, OmegaGuard juga dapat membantu memecahkan lemak-lemak terkumpul dalam badan saya ni, sebab ia juga sebahagian dari Set Slimming Ibu Menyusu Shaklee.

Untung kan? :)

Alhamdulillah, sejak lahir, Zara tak pernah lagi demam/selsema/batuk walaupun kakak/abangnya kadang-kadang ada yang demam/selsema/batuk.

Mungkin Zara pun mendapat khasiat Omega dari susu ibu yang dia minum :)

Dan bila 1hb haritu dapat info yang bulan ni item promosinya adalah OmegaGuard, memang super excited!!

Kenapa? Sebab 1 family dari atok nenek sampai anak cucu boleh ambil. Dari anak-anak umur 1 tahun dah boleh mula ambil. (Bawah setahun tu, kita galakkan penyusuan susu ibu lah kan :))

JOM TENGOK KHASIAT LAIN OMEGAGUARD SHAKLEE


Dah pernah ambil minyak ikan/ Omega-3??

Kalau belum, anda patut fikirkan untuk mula ambil/ consume dari sekarang. OmegaGuard Shaklee sangat sesuai untuk seisi keluarga tau. Jom sama-sama berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kita.

Tapi ada baaaanyak jenama minyak ikan/ Omega-3 di pasaran sampai tak tahu nak pilih yang mana kan?. Nak tau panduan memilih suplemen omega-3 yang berkualiti tinggi, meh tengok gambar ni okay! :)



Yang paling best lagi, OmegaGuard tengah promo ni!. Memang sangat-sangat murah kalau nak banding dengan jenama lain. Setanding dengan kualitinya sebagai Minyak Ikan Terbaik Di Dunia. Rugi sangat kalau tak ambil peluang ni.

***********************
PROMOSI NOV 2014!!
***********************
 OMEGAGUARD BUY 6 FREE 1
(SAVE UP TO RM200+)

* FREE MEMBERSHIP *
* FREE POSTAGE *
* FREE 1 BOTTLE OF OMEGAGUARD *
* MEMBER'S PRICE *
* CASH BONUS *

Promosi sah sehingga 30 November 2014 sahaja.
Cepat-cepat dapatkannya ya!!

2 comments:

  1. hehe.. sy dah ada omega tp xtelan lg.. pemalas betul nak makan.. ubat klilnik pon xmakan... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihii..
      makan nurul. kalau selalu fikirkan kebaikan untuk baby, mesti akan makan :)
      semoga selamat kehamilan dan bersalin nanti ok :)

      Delete