Wednesday 27 March 2013

Pendaftaran Tahun 1 Sekolah Rendah Sesi 2014


Permohonan pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke tahun 1 sesi persekolahan 2014 dan 2015 Sekolah Rendah Negeri Selangor dah pun bermula pada 1 Mac 2013 sehingga 30 April 2013.

Step by step :

1. Isi borang secara online melalui laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor atau boleh juga terus ke link Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online
Kelahiran pada :
02.01-2007 – 01.01.2008 (Sesi Persekolahan 2014)
02.01.2008 – 31.12.2008 (Sesi Persekolahan 2015)

2. Selepas mengisi permohonan online, ibubapa perlu mencetak dokumen permohonan tersebut dan kemukakan ke sekolah yang dipohon untuk tujuan Perakuan Permohonan dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online.
Masa urusan : Isnin - Jumaat   8.00 pagi – 4.00 ptg.Tempat         : Pejabat Sekolah

3. Bawa bersama dokumen :
  • Sijil Kelahiran/Borang-W, atau Sijil Anak Angkat 
  • Bukti alamat tempat tinggal (Bil Elektrik atau Bil Air
  • Kad Pengenalan Ibu dan bapa/penjaga
  • Sampul surat putih bersaiz 115cm x 245cm (4” x 9”) dan setem 60sen

4. Semak keputusan permohonan bermula 16 Julai 2013


5. Ibu bapa perlu membuat Pengesahan Kemasukan ke Sekolah pada 1 - 30 Ogos 2013


6. Bagi yang permohonannya gagal, boleh buat rayuan secara online bermula 1 - 30 September 2013. 
  • sahkan dulu penempatan di sekolah asal (yg diputuskan JPN)
  • isi borang rayuan secara online. Tempoh hanya 1 - 30 September 2013
  • cetak maklumat Permohonan Rayuan + sertakan dokumen yang diperlukan, buat Pengesahan Rayuan di sekolah asal yang ditempatkan (guru besar akan memperakukan permohonan rayuan)
  • Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan selepas 15 November 2013
~~~~~ mak aii banyaknye stage die...


7. Murid lapor diri pada hari pertama persekolahan

nota : tatacara dan panduan permohonan yang lengkap, boleh rujuk disini

..............................................................................................................

Salam....


Adoii wa dah pening... 
laa ni en.suami dok tanya dah daftar Husna skolah ke belum.. 

buntu jugak tak pasti nak hantar Husna ke mana.  
Laa ni baru pindah Batu Arang. 
Nak hantar sekolah dekat dengan rumah ke?
dekat dengan ofis ke?
dekat dengan rumah mak ke?
sekolah agama lak camne?

arrangement untuk hantar-ambil camne?
naik bas ke? or van? or hantar-ambil sendiri?

kena transit somewhere gak lepas skolah..
kat mana lak?

haiyaaaaaa susahnye anak nak masuk skolah ni....

Husna next year dah masuk skolah rendah... 
oh my, aku sudah tuoooo nooo

nape anak ummy besar cepat sangat?? :'(

6 comments:

  1. alamak liza... qis pon nak sekolah dah tahun depannya..2014... huhu... tapi dah start ala kepeningan sket.. terasa kita dah tua kan kalo anak da sekolah.... cepat sgt masa berlalu... andai dapat... ku undurkan putaran... lalalala. (tak hengat lirik)... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. qis lahir 2008 ye.. so batch 2015 la ni.. dah boleh daftar sekarang gak tu

      memang pun terasa tua dah.. rasanya macam baru je dok sebilik ngan umi kat K07 tu.. rupenye dah terlalu lama ye huhuuu...

      Delete
  2. Mak ai...nak register masuk sekolah dah macam nak masuk U.....
    Macam-macam kan nak kene fikir kalau kita bekerja. Kalau kita tak bekerja, semua persoalan ko yg kat atas tu bole dijawab dengan petik jari je kan...huwaaa....nak pencen!!!!!!!!........... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laa..

      Dalam dilema gak ni.. pada aku terbaiknya kalau dapat hantar-ambil sendiri anak tu. rasa selamat sikit. tapi rumah dengan ofis dah 1jam perjalanan. buntu jugak tu. Haruslah aku cari kerja area berdekatan ke...

      dulu2 mak2 kita takde pun fikir sangat. dulu selamat. tunggu bas sekolah pukul 6pagi sorang2 tepi jalan pun takde fikir pape..

      sekarang nii menakutkan.. huhuuuu

      Delete
  3. kejap je anak da nak masuk sekolah kan.pejam celik..thanks sahring info,aku ni pun nanti nak kena blaja benyak benda apa nak kena buatkan..bukan senang nak dapat tempat sekolah yang kita nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm memang sekejap aje masa berlalu..

      nampak gaya macam strict jugak sistem nak pilih sekolah ni.. pertimbangan diorg macam jarak dr rumah/ada abang kakak sekolah sama/preschool kat sekolah tu.. so priority diorg bagi pada yg memenuhi kriteria. kalau dibuatnya tak dapat sekolah yang kita mohon tu, stages untuk rayuan tu pun melecehkan.. dan belum tentu rayuan tu diluluskan jugak..

      Delete