Friday, 9 September 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Nasi Goreng Fishcake & Sosej Lada Hitam dan Tips



Assalamualaikum dan hello :D

Baru dapat bersiaran. Minggu ini kesibukan dengan urusan audit dalaman di CSFJ. Selaku urusetia, kena jadi auditee juga. Banyak yang perlu diuruskan. Tapi itu hal di pejabat lah. Sampai rumah, dah perlu tukar 'topi' dan 'uniform' juga. Jadi mak, chef dan lain-lain :).

Nak buat pengakuan, sejak dapat dan guna Philips Pressure Cooker (PPC), rasa macam malas pula nak masak dengan dapur gas. Pulak dah hehe... Senang kerja sangat bila guna PPC ni. Even, masa penyediaan lagi lama dari masa masak. 

Ok kali ini nak share resipi masak Nasi Goreng Fishcake & Sosej Lada Hitam guna PPC. Dua menu ni masak sekali jalan tau. Siap 2 menu dalam 7 minit sahaja. Amacam? :). Nasi goreng fishcake ni dilihamkan dari menu Nasi Goreng Yong Chow kat Orchid Bistro. Actually macam nasi goreng cina aje pun.

 

Macam mana masak sekali jalan? 

Senang aje. Masak 2 layer. Bahagian bawah (dalam periuk PPC) masa nasi goreng, atas masak sosej lada hitam ala-ala teknik kukus. Untuk masak macam tu kena ada peralatan tambahan iaitu mangkuk tahan panas macam stainless steel, pyrex, seramik dan lain-lain. Dan satu lagi alatnya adalah pelapik periuk, lapik pengukus atau 'trivet'.

Saya guna lapik periuk yang dibeli di Aeon Big bahagian alat memasak. Kena ukur dulu diameter dalam periuk takut nanti tak muat. Dan kakinya kena cari yang 'bulat' atau tak tajam so tak akan mencalarkan dasar periuk PPC.



Ok jom kita tengok resipi sempoi ni. Jangan lupa baca Nota/Tips yang ada ye.

Sosej Lada Hitam PPC
oleh : Norliza Othman


4 batang sosej ayam (hiris) - kalau beku pun tak apa. Tak perlu thaw :)
2 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 labu bawang besar (potong baji)
3 biji cendawan shitake kering (basuh dan potong)
1/2 biji tomato (potong baji)
daun bawang (potong 1inci)

Cara :
1. Gaul semua bahan dalam mangkuk tahan panas (kecuali tomato & daun bawang).
2. (Lihat langkah no.5 - 9 dalam resipi Nasi Goreng Fishcake)


3. Dah siap masak, masukkan hirisan tomato dan daun bawang, gaul-gaul. Boleh biarkan sekejap untuk bagi haba yang tinggal memasakkan tomato & daun bawang.

Nasi Goreng Fishcake PPC
oleh : Norliza Othman


Bahan-bahan:
2 cawan beras
2 cawan air (bergantung pada beras yang digunakan)
1/2 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 cawan hirisan kobis
1/2 batang lobak merah (hiris batang mancis)
Fishcake (yang bergoreng) hiris - kalau guna yang panjang boleh guna 2 batang
Garam
Serbuk Lada hitam

Cara-cara:
1. On PPC, tekan mode 'steam/stew', set 'keep pressure time (KPT)' sehingga 7 minit. Tekan 'start'. PPC akan mula pemanasan/ 'heating'. Masa ni kita boleh tumis-tumis apa yang patut.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih sekejap.
3. Masukkan hirisan fishcake dan kacau sebentar.


4. Masukkan beras, air, lobak merah & kobis. Rasakan garam, lada hitam.
5. Letakkan pelapik periuk/ 'trivet'

6. Letakkan mangkuk tahan panas (berisi sosej) ke atas pelapik tadi.
7. Tutup PPC, pastikan valve di 'sealed/pressure'.
8. Tunggu... sampai masak :)

9. PPC bunyi (tanda masa memasak tamat) dan akan automatik ke fasa 'keep warm'. Pusing valve ke 'vent' perlahan-lahan untuk keluarkan wap/tekanan. Berhati-hati dengan tangan anda ya, wap panassss :D


10. Gaul-gaulkan nasi. Boleh dihidangkan.

NOTA / TIPS MEMASAK DENGAN PHILIPS PRESSURE COOKER (PPC)
  1. Sekiranya PPC dah mula tunjukkan masa memasak walaupun penutup PPC belum dipasang, off semula PPC dan set semua 'steam/stew', KPT 7 minit dan tekan 'start'.
  2. Semasa proses pemanasan/'heating', panel PPC akan tunjuk 'pusing-pusing' je. Belum tunjuk masa lagi. 
  3. Proses 'heating' dan 'build up pressure' akan mengambil masa bergantung kepada jumlah bahan/cecair di dalam PPC. Harap bersabar ye sebelum anda melihat masa memasak 7 minit terpapar di panel PPC :D
  4. Sukatan untuk masak nasi dalam PPC biasa dicadangkan nisbah 1 beras : 1 air.  Tapi pastikan juga paras air dapat menutupi/sama paras dengan beras. Rata-ratakan beras dalam periuk. Sekiranya dengan nisbah 1:1, beras lebih tinggi dari air, cuba tambahkan air sekadar beras dapat tenggelam. Sebabnya kadang-kadang bahagian atas nasi tak cukup masak.
  5. Sekiranya nak letak sayur yang cepat masak/lodoh cth: sayuran berdaun, elak dari masukkan terlalu awal. Disarankan selepas masa memasak tamat dan wap telah dikeluarkan, masukkan sayuran tersebut, gaul-gaul dan tutup semula penutup PPC sebentar. Haba yang masih ada akan memasakkan sayuran tersebut.
  6. Masa nak pusing valve ke 'vent', pastikan tangan anda tak berada di atas lubang yang akan mengeluarkan wap panas itu. Boleh tolak perlahan-lahan guna senduk. Elak dari pusing valve sepenuhnya. Terkejut nanti dengan wap tu. Biar keluar perlahan-lahan. Boleh juga letakkan kain lembap atas lubang wap untuk elak air terpercik merata-rata (terutamanya kalau masak berkuah).
  7. Bila nasi dah masak, boleh segera hidangkan dalam bekas lain atau keluarkan dari periuk PPC. Sebab haba yang ada masih boleh memanaskan nasi dan seterusnya menjadi berkerak.
Ok selamat berPPC :D

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik..

No comments:

Post a Comment