Skip to main content

Ke Sunway Lagoon Selepas 20 Tahun :)

Assalamualaikum dan hello :)

Kembali bersiaran..
Agak busy dengan kerja-kerja ofis especially musim lawatan panel untuk Anugerah Pejabat Terbaik.. Rasa dah beri yang terbaik.. Tunggu aje lah keputusannya.,. Redha :)

Ahad lepas bawa anak-anak main air di Sunway Lagoon. Lama dah kot janji dengan diorang ni.. Saya sendiri pun bila diingat-ingat balik, last pergi Sunway Lagoon ni tahun 1995 masa form 1 haha!! 

20 tahun lepas derrr... 


Sedangkan Sunway Lagoon tu punyalah dekattttt aje sepelaung je dari rumah mak. Lagi dekat lagi susah nak sampai kan :)

Gigih jugak nak pergi Sunway Lagoon ni Ahad lepas sebab free ticket expired 5 Mei 2015. Tinggal 2 weekend aje yang available. So redah aje la..

Saya berjaya dapat 4 tiket free untuk dewasa. Ada masa tu kat New Straits Times ada buat kumpul 5 warna voucher dapat 1 tiket free. Gigih la masa tu cari bos-bos punya paper NST sebab nak kan tiket free. Yang tak cukup, siap gi beli lagi. Sampaikan ahkak kedai kat kantin tu tanya "Ada apa dalam NST tu" hehe...


Gigih konon boleh la 1 family masuk free. Tapi bila hari collect tiket tu kat pejabat NST, rupanya dapat tiket Adult aje.. So untuk Husna dan Aliff terpaksa gak beli tiket lain. 2 dewasa lagi tu ajak my aunt dan my sis. Ajakan tu ala-ala paksa gak la hehe...
Sayang wooooo kalau burn je...

 


Tiket kanak-kanak yang ada MyKid RM69 seorang. Hishhh... nyesal pun ada gak tak pergi awal sebelum 1 April. Sebab dah ada GST. Before GST dulu tiket kids RM65.. Naik 4 hengget sudaaa... Nak tengok harga tiket bole layari website Sunway Lagoon ni ye.. 

Pagi Ahad tu ingat nak tunda plan ke this weekend sebab tak semena-mena kami husband n wife kena ceri beri pulak.. Entah apa silap makan hari Sabtu tu.. Tapi bila muka anak-anak dah muncung, start nak mogok bagai.. redah juga la... Mujur juga anak-anak takde seorang pun yang jangkit sekali kena ceri beri  ni.. Jauh kot nak berlari ke toilet... 

Asalnya en.suami taknak join. Alasan sakit kepala. So Ammar dan Zara ditinggalkan bersama-sama en.suami.  Pagi Ahad tu pukul 9.00 call my auntie nak join tak. Kena bebel la jugak sebab last minute sungguh..  hihiii.. Takpela.. Sunway Lagoon buka pukul 10.00 pagi pun... sempat aje...

Meanwhile suruh juga my sis call cousins kami yang lain-lain yang bujang-bujang ni kot nak join untuk free ticket yang en.,suami taknak tu tapi takde sorang pun yang free.. So ala-ala macam kena burn la 1 tiket tu.. sob sob...

Drive dengan Husna dan Aliff gi Subang untuk ambil my auntie then sms juga ke en.suami, tanye kot-kot die berubah fikiran nak join. Boleh la nak singgah rumah balik semula. Dah patah balik Sunway ke rumah mak untuk ambil my sis pulak. Call en.suami dia kata ok la, join sekali.. 

Hihiii.. happy!! 
Memang niat asal nak bawa whole family kan.. tiba-tiba taknak pulak.. kesian kat Ammar lah kena tinggal... Masa nak keluar pergi Subang dan rumah my mom tu memang Ammar dah siap-siap nak ikut tapi dia tak tahu asalnya dia kena tinggal dengan Ayah die.. 


En.suami cerita Ammar still pakai slipar dan beg galas dia sepanjang dalam rumah. Kalau betul-betul en.,suami taknak pergi kan alahaii.. kesian kot kat Ammar.. isk iskk.. hati mak-mak ni kan asyik touching aje kan..


Kat Sunway Lagoon kami tak habis explore semua park pun... Hanya sempat main 3 permainan aje then kebetulan guna stroller kena lalu Wildlife Park so dapat la anak-anak tengok haiwan-haiwan yang ada.. Fokus diorang just nak main air aje.. So kami spent 90% masa kat water park je..

Takpe la.. memang dah niat nak bawa anak-anak. Seronok sangat-sangat diorang.




 


Tak dapat dinukilkan wajah anak-anak yang riang gembira main air.. 
Bahagia kan perasaan tu :)
Terima kasih to my auntie n sis yang sanggup join last minute dan tolong tengok-tengokkan anak-anak main air :)

Comments

  1. Hi there,
    great post about Sunway Lagoon. :)
    You can also get great amazing deal for your Sunway Lagoon 6 Parks Tickets here:

    Buy Sunway Lagoon Tickets with Amazing Discount Promo

    Thank you! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …