Monday, 10 November 2014

Karipap Gergasi Kuala Selangor Memang Gergasi!



Assalamualaikum dan hello :)

Hari ni tiba-tiba nak cerita pasal karipap pulak.. Bukan nak cerita resipi karipap tau. Kalau nak resipi karipap yang saya pernah buat untuk pertama kali dalam hidup saya hihii..  boleh klik link ni [my-1st-ever-karipap]. :)




Saya bukanlah penggemar karipap. Tapi memang kuih ni antara paling glemer sebab pada saya karipap ni mudah dan tahan lasak :). Mudah sebab boleh buat sekali banyak then frozen kan. Nak makan just goreng. Maksudnya takdelah dan-dan tang tu gak nak kena buat untuk makan sebab tak tahan lama macam kuih talam ke.. Tahan lasak sebab kalau nak angkut gi mana-mana jaranglah senang benyek/penyek.

Tapi ada 2 tempat yang saya suka nak beli karipapnya iaitu Ikea dan gerai Karipap Gergasi Kuala Selangor ni..

Entri ni bukan untuk karipap Ikea tapi untuk Karipap Gergasi Kuala Selangor.


Mula-mula saya jumpa gerai jual Karipap Gergasi ni kat tepi jalan kat Kapar dah lama gak la.. tahun bila entah..rasanya sebelum 2013 lagi.. Selalu selisih je on the way balik ke Kuala Selangor. Tak pernah singgah masa tu. 

Bila saya pindah ke Kota Puteri awal tahun 2013, jumpa lagi gerai ni pun on the way ke Kuala Selangor juga (kampung nenek). Ada 2 gerai. Satu dekat dengan Cencol Bakar Kuala Selangor (3.3036273,101.2985179). Dan satu lagi dekaaat simpang tiga Jalan Kapar-Kuala Selangor berhampiran Taman Raja Udang (3.300752, 101.290061).

Ni ha gerai nye dekat dengan Cendol Bakar.. Akak ni pun baru nak buka gerai hihii...
gambar dari Google Streetview
Tak pastilah kalau semua gerai ni owner yang sama atau franchise :)

Rasanya? Rasa karipap lah hihii.. Sama aje.. tapi kelainan dari segi saiz. Isi memang mantop sebab penuh inti.. bukan penuh lompong hihii..


Biasa kami beli karipap ayam. Memang terasa ketulan ayam dalam tu.. Beli 2 biji pun dah cukup untuk 1 keluarga :)

Anak-anak memang terlajak excited lah dengan karipap gergasi ni.. 



Lama gak tak beli karipap gergasi ni. Maybe sebab kebanyakan masa kami balik kampung Kuala Selangor, timing nya tak kena. Kalau nak beli kena petang-petang lah.. Rasanya pagi/malam memang tak buka atau dah habis..

Ishh.. tiba-tiba rasa nak balik Kuala Selangor lah.. nak beli Karipap Gergasi lagi :) 

Saiz Karipap Gergasi Kuala Selangor di tangan saya :)

Saiz karipap bandau (read : bandar) di tangan saya juga.. huhu sedih :'(
Update @ 19.01.2015 : Ada beberapa orang contact saya nak beli karipap gergasi frozen.. saya ada letak infonya di entri lain.. Jemput baca ya --> Mana Nak Beli Karipap Gergasi Frozen Kuala Selangor


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

6 comments:

  1. sedap, besar... puas hati makan kalau beli kan...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. karipap rasa karipap juga hihii.. tapi saiz yang buatnya unik :)

      Delete
  3. Salam. Boleh tak kalau sy nak beli karipap gergasi yg frozen? kalau boleh tolong call no ni. 0136232720. ASAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf en.nazuan, bukan saya yang menjual. saya pun pembeli. tapi saya dah dapatkan nombor telefon dari penjual karipap gergasi tersebut. Encik boleh hubungi Ude 012-6079367

      Delete