Tuesday, 17 June 2014

World Cup 2014 : 11 Tips Elak Mengantuk & Kekal Cergas di Pejabat



Assalamualaikum...

Wuhuuu... demam World Cup dah mula dahhh... :)




Nampaknya nanti ada yang berjemaah jadi zombie atau bermata Panda bila masuk pejabat :)

Panda original memang comel.. Orang yang mata panda kurang comel :)


Lagipun World Cup kali ni berlangsung sama dalam bulan Ramadhan.  Kalau dari satu segi yang baik, pasti tak susah isteri nak kejutkan sang suami untuk bangun bersahur sebab suami dengan mudahnya boleh terjaga disebabkan alasan nak tonton World Cup.. Tak perlu kejut pun ;)

Saya memang bukan peminat bola dari dulu pun. Tapi suami saya memang sanggup berjaga untuk tonton World Cup ni.  Kalau dulu masa kami masih duduk di apartment, tiba-tiba boleh terjaga sebab terkejut ada jiran yang menjerit/bersorak untuk pasukan yang mereka sokong.  Adoii

uitt bahaya ni pakcik.. takkan tidur sini kot..

Biasanya kalau sangat-sangat mengantuk ada harapan keesokan hari ada yang masuk pejabat lambat, silap-silap ada yang pergi ambil cuti sakit (MC) atau cuti kecemasan (EL).. Keadaan ini memang membuatkan pretasi kerja menurun.  Kalau beginilah gayanya, boleh mengamuk bos-bos.. Silap haribulan boleh dapat notis amaran pula.. Kalau di pejabat lama saya ada harapan tak naik gaji dengan alasan tidak perform..

Nauzubillah..

Ataupun mana yang dapat datang bekerja, pasti tak tahan menahan rasa mengantuk tu.  Pasti ada yang terlelap di depan komputer. Lagi ganas boleh tidur bawah meja pula :)

siapa biasa buat camni?? angkat keyboard!! ;)

Kalau bukan di bulan puasa boleh la nak minum air kosong ke kopi kaw-kaw ke.. dan makan kudap-kudap untuk bantu kurangkan mengantuk.. Tapi bila dah masuk bulan puasa nanti macam mana pula??

Jadi, di sini saya nak berkongsi tips untuk menangani masalah MENGANTUK yang memang jelas sekali akan dialami oleh peminat-peminat World Cup.. Dengan amalkan TIPS ini,  World Cup dapat, prestasi kerja harian masih MANTAP!


Alololo.. comel betul :)

11 TIPS KEKALKAN KECERGASAN DI PEJABAT

1. Hanya Tonton Game TEAM Kegemaran

Tak perlu belasah pulun nak tengok semua game atau semua team.. Hanya Team yang anda minat dan sokong sahaja.

Boleh rujuk jadual yang yang sertakan di bawah ok untuk tahu bila waktu siarannya.



klik gambar untuk tumbesaran :)

Suami saya sokong Germany dan Brazil.  Jadi sebaiknya hanya tonton game yang melibatkan 2 team ini sahaja.  Kalau ikutkan jadual di bawah ni, game yang melibatkan team Germany dan Brazil ni hanya 6 hari aje.

Oleh itu, anda takkan jadi Panda setiap hari selama sebulan pada musim World Cup ini..

Rancang dengan baik :)

2. Tidur Lebih Awal

sleep like a baby :)

Waktu ideal yang disyorkan untuk tidur sekiranya berhajat untuk bangun super awal ini adalah pada jam 10.00 malam untuk mendapatkan rehat secukupnya.  Rehat yang cukup akan menjamin prestasi harian anda pada hari esok.

3. Set Minda / Niat Untuk Bangun Awal

buat camni, bos perasan tak??..

Ini adalah tips yang biasa saya gunakan setiap hari.  Saya akan set dalam minda, niatkan, bayangkan dan berdoa untuk bangun pada waktu-waktu tertentu contohnya nak bangun memasak untuk sahur atau bangun sepertiga malam untuk menunaikan tahajjud.

Ditambah juga usaha fizikal iaitu set alarm di telefon/ jam loceng..

InsyaAllah, kadang-kadang belum berbunyi pun jam loceng/alarm, memang dah terjaga dari tidur.

Cuba okay :)

4. Bersahur + BerBOLA

Alang-alang bangun untuk menonton bola, jangan pula meninggalkan sunat bersahur.. sambil menonton bola sambil bersahur.  Pahala sahur dapat, Bola pun dapat! :)

Tapi dah alang-alang bangun sebelum subuh tu, jom kita tunaikan solat tahajjud 2 rakaat dulu :)..
Dapaaaat lagi satu PAHALA.  Dunia dapat, Akhirat pun insyaAllah dapat! :)


ni kalau kantoi dengan bos huhuuuu... habis laaaa...

5.  Dengar Muzik


Dengar muzik yang boleh meningkatkan kecergasan.  Janganlah muzik keroncong/klasik.. harus lebih layu mata tu :)
Kalau dapat menari sekali atau menyanyi sekali lagi baik..

Bara bara bara...bere bere bere.. :)

Tapi jangan pula buka muzik kuat-kuat di pejabat.  Pasang headphone/earphone sahaja ye.. Nanti menggangu orang lain pula.. Dan pasang pun dalam volume yang perlahan sahaja. Sekadar boleh dengar pun dah ok.. Tak perlu mencederakan gegendang telinga anda..

6.  Buat sesuatu kerja yang menarik


Kalau asyik menghadap minit mesyuarat mesti mengantuk..

Jadi cuba tukar sikit. Contohnya kerja yang perlukan tumpuan tapi menarik macam grafik, photo editing ke  atau mungkin google website yang boleh menarik minat kita ke..

7.  Kunyah kudapan

Ada yang sarankan kunyah ais batu, pen atau pensil pun boleh. Sebab bila kita mula mengunyah tu, akan hantar signal ke otak yang kita sedang sedia untuk makan..


Jadi, kalau kunyah apa-apa kudapan pun insyaAllah boleh membantu.. takkan nak kunyah pen pensil kot kan ;)

8. Basuh Muka


Basuh muka dengan air sejuk atau biarkan badan kita sejuk sikit cth: halakan kipas kepada kita ke...

Teringat tips nak bagi baby yang asyik tidur taknak bangun menyusu masa pantang.  Tu pun disarankan tanggalkan semua baju baby, just tinggalkan diaper aje..

Bagi baby sejuk sikit untuk senang sedarkan dia dari tidur.. Kalau hangat je badan memang sedap la tidur :)

9.  Tidur Sebentar (Power Nap)

owhhh... jangan tertidur semasa memandu..

Sekiranya perlu travel ke mana-mana, jika mengantuk, tidur sebentar. Orang kampung saya kata Power Nap :).

Tidur dalam 20 minit insyaAllah membantu mengembalikan kecergasan..



10. Makan Makanan Berkhasiat    



Bukan makan berat ya..Elakkan sarapan yang tinggi karbohidrat.  Hanya kudap-kudapan sahaja bukan sampai kekenyangan. Extra kenyang bermakna extra mengantuk :)

Elakkan minum terlalu banyak minum berkafein.  Minuman begini hanya beri 'kesegaran' sekejap aje.. Tapi selepas beberapa jam, kita hanya akan 10 kali ganda lebih letih dan lesu.

11. Ambil Supplimen Terbaik

Dalam keadaan biasa, tubuh kita memang tidak mampu untuk mengekalkan kecergasan dan akan mudah hilang fokus sekiranya terlalu kerap tidak mendapat tidur/rehat secukupnya.
Malah saya pernah lihat orang yang pengsan akibat kekurangan tidur yang agak drastik.

Walaupun saya bukan peminat bola atau menonton World Cup, saya turut mengamalkan supplimen untuk mengekalkan kecergasan saya.  Ini kerana setiap hari saya perlu bangun pukul 4.30 pagi untuk persiapan ke pejabat dan hanya tiba dirumah hampir jam 10.00 malam.  Masih lagi perlu uruskan keperluan rumah sebelum tidur.

Dan pernah juga saya terpaksa menyiapkan tempahan sehingga 3.30 pagi tapi perlu bangun semula sebelum 5.30 pagi disebabkan perlu menghadiri seminar.  Ajaibnya, sepanjang seminar seharian itu saya tidak mengantuk langsung! Syukur Alhamdulillah...

Untuk memastikan saya sentiasa cergas dan bertenaga, saya konsisten mengambil supplimen No. 1 di Malaysia ini.

Disini saya mengesyorkan kepada anda SET TENAGA WORLD CUP!!



Sama dengan set yang saya amalkan setiap hari.. Memang SUPER AWESOME!!
ANDA AKAN RASAI PERUBAHANNYA!

Vita-Lea - Sebagai sumber 24 multivitamin dan mineral untuk sel badan. Meningkatkan kecerdasan dan ketahanan sel badan.

B-Complex - Sebagai sumber anti-stress. Almaklumlah bila dan ngantuk dan lesu tentula stress kan.

Ostematrix - Sebagai sumber kalsium dan magnesium untuk menjadikan tidur kita sangat berkualiti walaupun tidur hanya beberapa jam saja. Tidur yang berkualiti membuatkan badan kita segar bugar bila bangun tidur nanti.

ESP - Sebagai sumber protein untuk menjana tenaga segera. Ia juga membekalkan tenaga berpanjangan (amat sesuai untuk berpuasa ). Tugasnya juga untuk mengoptimumkan penyerapan nutrien lain.


Saya dah amalkan!  Saya dah rasa!  Memang Best!
Dah dah la tu...

Terima kasih kerana sudi membaca.

Saya doakan anda dapat manfaat sepenuhnya sepanjang FIFA 2014 ini. Enjoy BOLA!

TIDUR BOLA!
MAIN BOLA!
INGAT BOLA!
MAKAN SHAKLEE!

No comments:

Post a Comment