Saturday 21 June 2014

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


tompok merah dan ketulan di bahagian bawah payudara

Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

tompok merah di bahagian atas payudara

Bagaimana nak tahu simptom mastitis? 
Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah :
  • Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudara
  • Rasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayi
  • Mula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)
PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan kena bengkak susu.  Bukan tahap bengkak biasa-biasa aje.. 

Tapi sehingga demam, ada tompok-tompok merah kat payudara.  Rasa yang sangat sakit dan panas kalau tersentuh.  Kadang-kadang sampai tak keluar pun susunya walaupun bengkak.

Tiap kali bersalin kena camnilah.. Biasanya kena hari ke-3 atau ke-4 lepas baby lahir.  Sebab susu macam tiba-tiba keluar dengan super banyak tapi baby masa tu kan masih minum sikit-sikit.. Dan biasanya bermula dengan payudara sebelah kiri. 

Mungkin disebabkan posisi penyusuan yang kurang sempurna disebabkan kekok.

ANAK PERTAMA GAGAL PENYUSUAN

Masa anak pertama, tiada ilmu breastfeeding.  Malah sepanjang masa pregnant asyik baca tentang kehamilan dan proses bersalin.  Yalah kan.. pengalaman pertama yang tak dapat nak dibayangkan macam mana..  Masa tu rasa 'takpe lah mesti mak/makcik boleh guide untuk proses breastfeeding'.

Malang sekali, telahan saya tersilap.  Keluarga saya rupanya masing-masing pun tak practise pun exclusive
breastfeeding ni.  Malah ada saudara saya yang cakap 'Lebih sanggup tak bagi anak menyusu badan daripada rasa sakit akibat kena bengkak susu'.  Oh sedih! :'(

Jadi masa saya kena mastitis, saya disuruh letak kobis.

Masa kena tu saya pun taktau nak cari bantuan siapa. Saya tahu kalau  nak sesi bersama Lactation Counselor (LC) ni perlu bayar.  Masa tu saya tak kisah, bayar RM1000 pun saya sanggup.  Asalkan saya dapat selesaikan masalah mastitis dan berjaya menyusukan anak saya.  

Tapi malangnya, saya gagal dapatkan bantuan LC sebab saya cuba sms/ call  tapi tak berjawab-jawab. (Masa tu belum wujud lagi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC).

So dengar cakap keluarga, saya letak lah kobis tu.  Siap letak the whole day, the whole night.  Tu silapnya.  Silapnya saya tak tau kobis tu kalau dengan cara itu boleh stopkan pengeluaran susu terus.  :'(

The next day, bengkak memang amazingly hilang tapi akibat dari perbuatan tu menjadikan payudara keras
macam batu! Macam ada ketulan batu dalam tu. 

Dah tambah satu kerja lain pulak nak me'lembut'kan balik.. So kena mandi pancuran air suam sambil sikat-sikat.. urut-urut perlahan, pam sikit-sikit nak 'lembut'kan ketulan tu..

Dan lepas pantang saya dah kering susu.. 

Sayang sekali anak pertama saya gagal susukan dia..
Semuanya sebab tiada ilmu dan refer pada orang yang salah!

ANAK KEDUA & KETIGA : BERULANG KEMBALI

Ya, memang berulang kembali.

Cuma masa ni saya agak bersedia.  Syukur Alhamdulillah, masa ni saya dah bertukar tempat kerja dimana access kepada internet yang amat mudah.  Saya dapat cari maklumat awal dari internet tentang bagaimana nak hadapi atau rawat sendiri mastitis/ bengkak susu dari rumah (home-treatment).

Perkongsian saya di lama susuibu.com pada tahun 2010

So macam mana caranya?

CARA MERAWAT BENGKAK SUSU/ MASTITIS DI RUMAH

1. Makan Vitamin C 
Bila kena mastitis ni, biasanya kita akan demam.  Since baby pun baru lahir saya tak rasa nak telan ubat sebab baby menyusu.  So pengganti ubat demam terbaik adalah Vitamin C.

Disarankan ambil pil/tablet bukan buah-buahan.  Tengah pantang kan?? Kalau saya, jadi bentan juga.. Demam menggigil sebab buah-buah bersifat sejuk.


Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

Saya akan makan Vitamin C bila sahaja ada tanda-tanda nak demam macam rasa seram sejuk, mula nak menggigil ke.. biasanya kita sendiri akan tahu kondisi tubuh badan kita kan? :)

2. Tuam Panas dan Tuam Sejuk Berselang-seli

Tuam panas  -
Tuam panas ini bertujuan untuk mengurangkan sedikit bengkak dan membantu aliran susu lebih baik.
Antara caranya boleh jadi mandi pancuran air suam atau kain yang dicelup air suam atau botol air yang diisi air suam atau macam mana sekalipun lah.  Pancuran air tu hala directly pada bahagian yang bengkak.

Kain yang dicelup air suam panas
Mandi pancuran air suam panas.. tahap kepanasan yang paling boleh tahan okay
Kita tuam panas ni sambil pam/ menyusukan bayi. Untuk clearkan saluran susu yang tersumbat. sambil pam tu boleh guna sikat biasa dan sikat cik B dari atas/luar ke arah areola atau boleh juga urut secara circular di tompok-tompok yang bengkak perlahan-lahan..

urut mana-mana ketulan dengan cara circular/memutar secara perlahan-lahan
Tapi satu masalah lain; kalau tuam panas ni adalah susu akan sentiasa keluar dan keluar dan keluar..
Tapi disebabkan ada saluran susu yang tersumbat/ tersekat/ block akan menyebabkan payudara lebih bengkak dan sakit

So the next step membantu..

Tuam sejuk -
Caranya boleh guna ketulan ais yang dibalut dengan kain atau kalau ada ice-pack pun boleh.. Kelopak kobis yang sejuk dari peti sejuk pun adalah salah satu teknik tuam sejuk.

Letak kelopak kobis yang telah disejukkan dalam peti ais
atau gunakan air kiub yang dibalut dengan kain
Tujuan tuam sejuk ni untuk 'sekat' atau 'renjat' atau memperlahankan pengeluaran susu dan melegakan payudara yang 'panas' dan sakit. Ia juga membantu mengurangkan rasa tidak selesa

Amaran: 
Tuam sejuk tak boleh lama-lama.. sebab boleh stop kan pengeluaran susu terus macam apa yang berlaku pada saya masa anak pertama.

Selang-selikan tuam panas dan sejuk. Sebab kita nak clear kan saluran yang tersekat dan dalam masa yang sama kita taknak pengeluaran susu terganggu jadi kena buat selang-seli sehingga semua saluran susu clear dan susu dapat flow dengan baik..

3. Makan Bawang Putih Mentah Sehingga Simptom Mastitis Hilang
Antara khasiat bawang putih adalah ia membantu dalam melegakan keradangan (inflammation) akibat mastitis. 

Bawang putih juga merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang sangat kuat. Tompok-tompok merah yang sakit tu adalah salah satu tanda radang. Kalau dibiarkan mungkin melarat. Jadi pengambilan bawang putih mentah dalam menu pantang tu membantu.

Caranya, bawang putih yang dah dikopek kulit tu dicincang dan campur dalam nasi putih panas yang kita nak
makan. Saya dulu makan tiap kali 3-4 ulas bawang putih cincang. Rasa memang tak sedap, pedas pedar tapi nak baik, telan juga..

cincang-cincang bawang putih mentah
Tapi tak semua orang suka bawang putih. So, kalau tak lalu nak telan bawang putih mentah, kat pasaran ada
pilihan supplemen garlic. Boleh gantikan dengan supplemen garlic tu.

Namun begitu, perhatikan juga reaction baby pada bawang putih. Baby maybe tak suka 'rasa' bawang putih bila menyusu. Dan sekiranya perut baby macam tak selesa atau ada kesan sampingan, stop pengambilan bawang
putih.

4. Teruskan Penyusuan Bayi Dengan Kerap Untuk Halang Bengkak Susu/ Mastitis Berulang

Ya, maybe akan sakit sikit tapi ini memang wajib dilakukan untuk pastikan saluran susu tidak berterusan tersumbat.

Dan selalu offer baby breast yang bengkak tu dulu. Kadang-kadang mungkin susu tak banyak keluar sebab ada saluran tersumbat tapi teruskan sahaja.


Pastikan bayi menyusu dengan kerap. Masa awal-awal pantang, susukan bayi setiap 2 jam sekurang-kurangnya.

Ini memang dapat elakkan dari bengkak susu berulang lagi.. dan yang paling penting dapat memastikan penyusuan bayi secara eksklusif sehingga 6 bulan dan seterusnya sehingga 2 tahun dengan pengenalan kepada makanan pepejal..

Jangan cuba untuk wean off baby (putus susu) dengan memberi susu tiruan kepada bayi atau memperkenalkan botol susu.  Dikhuatiri production susu akan berkurangan dan baby juga akan keliru puting (nipple confusion).  NO NO NO!...


Sekiranya bayi skip waktu menyusu, pastikan kita pam susu dan simpan mengikut cara penyimpanan susu yang disarankan.  Jika dibiarkan atau bayi kurang menyusu pada payudara yang sakit/bengkak ini, dikhuatiri susu akan berkurangan di payudara tersebut.


5. Berjumpa Dengan Doktor

Mastitis atau bengkak susu yang dibiarkan akan boleh menyebabkan jangkitan seterusnya terkumpul nanah atau terjadinya Breast Abscess.

Jadi jangan dibiarkan melarat. Berjumpa dengan doktor.  Mungkin akan diberi antibiotik. Kalau dibiarkan melarat mungkin memerlukan pembedahan membuang nanah.

6. Elak Dari Memakai Makaian Yang Ketat

Pakai pakaian yang longgar sahaja dan kalau boleh tak perlu pakai pakaian dalam supaya tidak memberi 'tekanan' pada breast.  Dan tidur dalam keadaan terlentang/ mengiring (bukan meniarap).


7. Minum Air Secukupnya dan Makan Makanan Berkhasiat Serta Cuba Dapatkan Rehat Yang Secukupnya  

Memang sewaktu tempoh berpantang, susah sangat nak dapatkan tidur yang mencukupi.  Tapi cubalah.. Mana-mana kerja yang kurang penting, tinggalkan atau dapatkan bantuan orang lain.


AKHIR KATA

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu kawan-kawan.. Semoga Allah permudahan penyusuan bayi saya dan kawan-kawan semua..

Penyusuan bayi pada saya bukanlah sesuatu yang mudah, semula jadi tanpa apa-apa masalah.  Kita ibu-ibu perlu ambil tahu dan dapatkan ilmu secukupnya tentang penyusuan bayi.

Saya memang tak berharap akan kena mastitis lagi untuk kelahiran bayi yang ke-empat ini.. Tapi since pengalaman 3 anak sebelum ni memang berlaku, jadi saya standby siap-siap supplemen Vitamin C dan Garlic Complex dalam tangan.


Thanks for reading :)

Sila 'Like' dan 'Share' sekiranya artikel ini bermanfaat untuk anda dan rakan anda :)

25 comments:

  1. tqs for thw info sis. saya mengalaminya sekarang. bdn seram sejuk n bahagian yepi buah dada sakit bila disentuh. terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. Tq. Info yg sangat bermanfaat. Saya juga mengalaminya. Terima kasih banyak2.

    ReplyDelete
  3. Sedang mengalaminya sekarang. Proses cerai suau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. awk cerai susu ketika baby umur berapa? Ketulan sudu dpt hilang tak? Sekadar bertanya kerana saya skg mengalami radang payudara dan amat sukar utk mengurangkan ketulan susu tersebut.. saya ada terfikir utk cerai susu..

      Delete
    2. wsalam. ketulan tu biasa dapat hilang tapi kalau memang keras danlama mungkin ambil masa lama sikit untuk hilang sepenuhnya. kena sentiasa urut/sikat sambil pam/menyusu.
      kalau baby masih nak menyusu sayang pula nak cerai susu. semoga Allah mudahkan urusan A'ai :)

      Delete
  4. ada yang kata makan lecithin pun boleh membantu utk legakan bengkak susu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ada juga dengar.
      terima kasih untuk info :)

      Delete
  5. Terima kasih sis.
    Memang menyusu ni kena banyak sabar, ujiannya pelbagai. :)

    SOALAN LAZIM IBU MENYUSU

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ujiannya macam-macam..

      insyaAllah tiap satu titis susu moga ada pahala buat kita ibu-ibu ini :)

      Delete
  6. Good info :)

    Pernah mengalaminya, Allah saja yang tahu sakitnya bila miss B keras macam batu.
    Sampai demam-demam.

    Kena banyak gali ilmu :)

    ReplyDelete
  7. thanks for the infos :) hari tu pertama kali terkena bengkak susu, memang sangat panik dan taktau nak buat ape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time kena memang tak tau nak buat camne. tapi kita belajar dr pengalaman. next baby dah tau dah nak buat apa :)

      Delete
  8. Salam kak.saya tgh mengalami bengkak susu.then tuam ais.hilang radang.masalah saya skrg kawasan radang ade ketulan keras.sage tuam panas.tapi still ade.susu pun making kurg.ape perlu saye buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      maaf sangat lama tak tengok blog so tak jawab..

      saya share experience je ye..
      kalau jadi radang, memang kita tuam sejuk tapi jangan sejuk je dengan masa lama. sbb akan jadi ketulan.
      ketulan tu boleh hilang bila kita tuam panas/suam dan sambil2 pam dan urut (maybe guna sikat etc)
      ia akan ambil masa sikit tapi insyaAllah akan hilang sepenuhnya

      Delete
  9. Tq Sis Atas perkongsian ni... Sy pon kena Mastitis ni sangat sakit, pergi swasta doc hanya bg ubat bgkak, demam dan antibiotik.. Dh dkt sbulan msh bgkak, cuma xsakit, tp risau kalau2 mlarat... Xnk jmpa doc pakar tkot kne bedah... So sis consume Shaklee tu ok x? Kalau susut bgkak, sy nk try set shaklee ni.. Tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalau pergi klinik dia akan bagi ubat2 tu..
      bengkas susu memang biasa berlaku asalkan bukan yang teruk (sampai demam, keluar nanah etc)

      kalau bengkak amalkan tuam sejuk dan panas tu berselang2.
      set shaklee untuk membantu, insyaAllah tapi masih kena buat tips2 tu..

      saya doakan semoga dipermudahkan urusan menyusu ya sis

      Delete
  10. saya nk tny pndangan semua...skrg sy mengalami bgkak susu...sy bru 3hari bersalin paksa sbb baby sy meninggal dlm perut diusia kndungan 7bulan..mcm mne sy nk atasi bgkak susu nie ye?? sakit sgt..tp susu xkluar lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kes macam puan ni saya sarankan minta bantuan doktor. sebab apa yang saya tahu ada ubat untuk stopkan susu.

      tapi kalau bengkak, saya saran untuk pam susu keluar dan tuam sejuk.
      untuk stopkan pengeluaran susu, tak perlu pam sehingga breast kosong, cuma pam sekadar untuk kurangkan bengkak tu.

      sebab kalau pam sehingga breast kosong, ia akan merangsang hormon untuk lebih hasilkan susu lagi.. so pam hanya sekadar bagi kurang bengkak.

      saya doakan puan diberi kekuatan atas kehilangan bayi yang dikandung, dan insyaAllah moga Allah beri ganti yang lebih baik lagi.. salam takziah buat puan sekeluarga..

      Delete
  11. Tq sis.adakah pesakit akan rasa lengoh lengoh tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lenguh tangan sahaja tak pasti. tapi kalau dah bengkak macam ni rasaseluruh badan sakit/lemah :)

      kalau lenguh tangan tu berlainan dari lenguh2 biasa, lebih baik rujuk doktor.

      Delete
  12. Salam sis. Sy terpaksa berhenti kan susu badan kerana perlu outstation selama seminggu. Baby berusia 5bulan. Sy cuba cara sis dgn pakai kubis utk keringkan susu. dan sy alami bengkak susu. Adakah sy perlu perah/pam susu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.
      pendapat saya, outstation tak semestinya kena stop susu. boleh pam dan simpan. cuba cari info penyimpanan susu perahan. ada guideline nya.

      Kalau niat nak sambung menyusu semula bila dah tak outstation, masa outstation ni kena pam dan simpan (atau buang). Tujuan untuk maintain supply susu.

      Tapi kalau memang nak stop kan susu secara kekal/ cerai susu, tak boleh buat secara mendadak. memang akan bengkak susu tu. pam sekadar kurang bengkak. Susu akan berkurang dan stop terus nanti.

      Tapi baby baru 5 bulan.

      Wallahua'lam.. Semoga dipermudahkan.

      Delete