Tuesday 24 June 2014

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..

Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Siap ada request dah malam sebelum usrah tu :)
Usrah keluarga kami setiap bulan, belajar Al-Quran & tajwid
Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkan takoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> Takoyaki Pan

Buat 5 batch takoyaki untuk Hari Ibu.. almost 100 biji.. puas masing-makan :)
 Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih besar dan cantik bentuknya tapi harga mak aihhh... 3 biji RM5.30?? hadoii.. buat sendiri la nampak gayanya.. lagi berbaloi

Jadi penonton kat stall TakoTao Sunway Pyramid.. Akak ni kata dia belajar 2 bulan untuk cekap memusing-musing takoyaki ball tu.. Memang laju jer..
Sepupu pun siap komplen yang beli tu dah tak terasa sangat isinya, banyak letak kobis aje... Dan resipi yang saya guna tu rasanya lebih sedap dari yang dibeli kat luar... 

Dari apa yang saya perhatikan kat kiosk takoyaki, rasanya kobis yang banyak tu yang buatkan bentuknya bulat cantik :) 

So balik kampung husband di Redland haritu, bersemangat dia nak perkenalkan takoyaki ni kat family nya pula hehe... Masing-masing pelik gak 'nate gapo pulok nih' hihii.. tapi Alhamdulillah masing-masing boleh terima rasanya :)...

Resipi masih guna seperti yang saya pernah post sebelum ini dari LittleJapanMama

Takoyaki dah siap masak, sedia untuk dihias

RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam. 
4. Sediakan bahan lain/inti pula.

BAHAN INTI :
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat..

CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang (Dulu saya guna tisu dapur dicelup dengan minyak, tapi tengok kat stall diorang guna botol sos cam gambar bawah ni aje.. lagi mudah)


Guna botol camni untuk sos takoyaki & minyak masak juga
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis.  Saya tengok kat stall letak banyak giler kobis
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas


Nak lebih jelas caranya, boleh tengok video runnyrunny999 atau di post saya sebelum ini [klik sini]..

Dah drizzle dengan sos takoyaki dan mayonis

BAHAN HIASAN ATAS :

Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis Japanese - saya guna Kewpie
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga..
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea


Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi

Ditabur dengan ao-nori (serbuk seaweed)
Resipi sos ni saya ubahsuai sikit dari yang jumpa di beberapa blog.  Saya pernah tanya staff kat Aeon Jusco, dia kata "Takde jual sos ni kak..Kena tempah.."

oooo ok... huhuu...

Makcik saya komen, sos ni lagi sedap dari kat stall takoyaki. Biasanya kat stall cair aje.. dan sos ni sesuai nak buat sebagai perapan ayam ke.. :)


RESIPI SOS TAKOYAKI / OKONOMIYAKI


sos takoyaki homemade

1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk  mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)

notakaki
Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit.  Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..

Tabur bonito flake/ katsuobushi.. Takoyaki dah perfect!!
Yeay!!! dah siap sedia untuk dingapp!! 
Opss... sabar... Jangan lupa baca doa makan dulu ;)

Sekian, selamat mencuba!! :D


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

56 comments:

  1. arghhhh swdapnyerrrr....nak try juga

    ReplyDelete
  2. Salam..sis kia cair tu kira kicap masin la?ke mcm mme?

    ReplyDelete
  3. Sis kicap cair tu kicap masin ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam salmie,
      yup kicap cair rasanya masin so tak perlu nak tambah garam dah

      Delete
  4. nampak memang ebih sedap dari kt jusco tu..

    thanks sharing

    jemput ke blog nana :)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah my favourite. Nak buat tapi tak kesampaian.

    ReplyDelete
  6. Dap!dap!teringin nak try...tp mak aih....bebahannya byk sgt...huhuhu...tq for sharing ye...follow back k..hhehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. takde la banyak sangat.. tapi puas makan :)

      Delete
  7. nk resipi nie sbb suka sgt mkn takoyaki.. hehe

    ReplyDelete
  8. akk whisk tu ape kak???yg dalam cara buat adunan takoyaki....
    akk klo xde pan takoyaki ni boley ke msk jgk?????
    maaf tanye saye baru nk blajar masak ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. whisk tu pemukul telur :)
      kalau takde acuan takoyaki, tak dapat bentuk bulatnya.. dan tak jadi takoyaki..
      tapi jadi okonomiyaki (penkek jepun) :)

      Delete
    2. kak.. kalu guna dapur kuih cara tu blh x... hihi..

      Delete
    3. noraine, kalau dapur kuih cara berlekuk2 kan? tak jadi bulat lah nanti.
      boleh je nak guna buat style kuih cara citarasa jepun hehe.. rasa insyaAllah sedap je :)

      Delete
  9. Kak , mana nak dpt topong tu ? Yg tabur atas tu . Ikan kan ? Bonito flake ya nama nya . Mana nak dpt ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. namanya bonito flake..
      boleh cari di aeon jusco/ aeon big

      Delete
  10. Takoyaki memang TERBAEKKK!! Tapi kalau susah2 sangat nak cari dapur takoyaki & bahan-bahan kering utk masak Takoyaki,skrg dh ada org jual secara online jenis set macam sushi kit tu.cuba google www.mamyaimi.com.my

    ReplyDelete
  11. wah sedapnya..selalu beli je kat giant 4 biji rm 4,80..hihi.. oo baru tau itu org panggil bonito flakes... hiihhi

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing. Dh cuba. Jadi! Haha

    ReplyDelete
  13. kalu tanpa acuan nk buat cm na ek ? ada solution x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat versi lempeng. tapi kena kurangkan air.
      tapi namanya bukan takoyaki lah.. jadi okonomiyaki ;)

      Delete
  14. Assalamualaikum...kIcap Cair guna jenama apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      saya pernah guna beberapa jenis brand asalkan ada logo halal.

      boleh juga guna kicap jepun kikkoman tapi kawan saya yang duduk di jepun bagitau, cari yang ada tulis rumi/english. kalau tulisan jepun sahaja dikhuatiri tak halal.

      wallahua'lam.

      Delete
  15. slm hi sis..td ade try mkn mmg sedap...skali buka blog mudah nk cri bhan2 tp kt kedai td..dia da siap bulat2 kan tau..pastu msuk dlm acuan...sama je ke cara bancuhan @ kene kurangkan air...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      kalau kat gerai tu biasa dia dah buat half-cooked. tu yang nampak dah siap bulat-bulat.
      sebab ambil masa nak masak kalau dari scratch.
      lama pulak customer menunggu :)

      adunannya/cara bancuhannya serupa :)

      Delete
    2. Hi.. bonito flakes tu nk dpt mn eh?. Tq

      Delete
    3. hai.. :)
      bonito flakes selalu beli kat jusco/ aeon big

      Delete
  16. Teringin mau buat takoyaki sendiri. terima kasih dengan resepi :)

    ReplyDelete
  17. Salam..hi sis..tumpang tanya..sotong 2 kena rebus sikit x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. sis rebus sikit. tak lalu nak makan sotong mentah. ikut selera masing2 ok :)

      Delete
  18. yg resepi nak buat sos okonomiyaki
    3/4 cawan kicap cair tu.. kicap kikkoman ker? atau kicap masin biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik unknown,
      paling bagus kikkoman. tapi sy guna kicap cair biasa je :)

      Delete
  19. Sis nk tny inti 2 nk rebus dlu ke...n then hncurkn ke or mcm mne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sotong/sosej biasa rebus dulu (tak lalu nak makan mentah :))
      kalau takat crabstick tu akk microwave kan kejap. kalau rebus nanti serap banyak air, so takoyaki jadi lembik berair. susah nak bulat2 kan nanti

      Delete
    2. lupa, tak payah hancur2 kan. kalau nak terasaintinya potong chunk besar2 sikit dalam 1.5cm ke.. kalau hancur tak rasa intinya :)

      Delete
  20. Rasa bersemangat pulak nak makan takoyaki. Nak cuba-cuba buat juga la ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila.. dah buat boleh share link kat sini :)

      Delete
  21. Salam sis sy dh try tp x jd pon (sy dpt resipi dr ig) pastu sy tgk la blog sis plak resipi dia sma ja tp x jd jgak tepung tu x mau garing dok jd tepung jgak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      tak berapa faham dok jadi tepung jugak tu. Dia patut jadi garing di luar (tapi taklah keras garing macam pisang goreng) dan lembut didalam. Yang garing diluar tu, minyak yang main peranan (sentiasa drizzle semasa golek-golek) :D

      Delete
  22. assalamualaikum sis..
    nk tanya utk masak takoyaki tu sis guna acuan@"kuali" yang macammana yerrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      guna acuan jenama Trio (beli di Lazada). boleh tengok kat link ni http://norlizaothman.blogspot.my/2014/03/berjaya-membuat-takoyaki.html

      boleh juga guna pan lain (bukan elektrik) yang masak atas dapur. Tapi kena pandai main api besar kecil lah :)

      Delete
  23. Sis.. nak tanye.. yg asam jawa tu pakai berapa banyak? Segenggam ker or sikit saje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit je dalam 1 sudu kecil (teaspoon).
      boleh adjust ikut kesesuaian tekak :)

      Delete
  24. Alat takoyaki tu beli Kat mana ye Kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak beli kat Lazada je (acuan/pan).
      yang stick tu just guna lidi sate dua batang ikat getah :)

      Delete
  25. Akak, nak tanya sos tu tahan berapa lama ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahan lama juga (tapi tak pernah kira pulak).
      yang pasti kena simpan dalam peti ais (bawah) :)

      Delete
  26. sis guna kicap cair brand apa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. kicap cair ikutlah mana yang available kat tempat sis dan halal.
      apa yang ingat dah pernah guna cap aeon big, puteri, tiger.
      tapi setiap brand warna (gelap/kurang gelap) dan tahap kemasinan berbeza.

      Delete