Thursday, 22 May 2014

Jagalah Kesihatan Sendi Kita



Assalamualaikum..

Minggu lepas masa sampai rumah mak lepas kerja, mak bagitahu suruh bawa ayah ke klinik lepas isyak.
Katanya ayah tak boleh berdiri siang tadinya.
Bila saya jenguk ayah di bilik, kelihatan ayah berbaring je.. Mungkin sakit..


Cepat-cepat saya hubungi hubby suruh balik on-time so hubby boleh bawa ayah dan mak pergi klinik untuk pemeriksaan.

Tapi kemudiannya ayah taknak kami hantar. Dia hanya nak mak je yang temankan ke klinik. Mujur juga mak saya boleh memandu kereta. Jadi kami beralah, cuba memahami kehendak ayah. Mungkin malu nak tunjuk kesakitan tu pada anak menantu.

Kesokkan paginya, hubby call mak tanya keadaan ayah. Kata mak, doktor sahkan sakit kaki dan lutut tu disebabkan pelincir dilutut dah kurang.

Kiri : lutut yang masih ada pelincir, Kanan : pelincir lutut dah kering akan menyebabkan kesakitan lutut
Terus masa tu saya teringat kisah pembedahan lutut yang dialami oleh ibu rakan saya yang saya baca di blog.  Baca kisah tu saja pun dah buat bulu roma meremang. Seakan-akan terasa kesakitan tu..

kiri : lutut yang sihat, kanan : tulang atas bergesel dengan tulang bawah
Patutlah lutut ayah terasa sakit.  Tulang bahagian atas sudah mula 'bergesel' dengan tulang dibahagian bawah. Kesannya ayah dalam kesakitan dan kesukaran untuk berjalan seperti biasa sekarang.

Ayah pun tak pernah nak ambil sebarang supplemen untuk membantu membaiki pelincir/lendiran lutut. Biasalah, masyarakat kita hari ni terutamanya orang Melayu memang tak minat nak ambil supplemen. Tunggu sakit baru nak cari penyelesaian.  Bukankah mencegah lebih baik dan murah dari merawat?..

Malah menurut kata seorang doktor di seminar kesihatan yang saya hadiri semalam, bangsa Melayu hanya akan datang ke hospoital untuk rawatan bila keadaan kesihatan pada tahap kritikal. Bukan pada tahap-tahap awal. Contohnya pesakit kaser payudara Melayu hanya datang bila kanser dah tahap 4. Pada masa tu kebanyakan pesakit gagal diselamatkan kerana lewat mendapat rawatan.  Berbanding pesakit dari bangsa Cina dan India, ramai yang dapat diselamatkan/survive dari kanser kerana tindakan awal mereka untuk mendapatkan rawatan.


Memandangkan ayah tentunya tidak mahu kesakitan berlarutan dan seterusnya sekiranya masih juga sakit, terpaksa pula membuat pembedahan menukar kepala lutut seperti yang dialami oleh ibu rakan saya, saya menyarankan ayah untuk mengambil Set Kesihatan Sendi Shaklee disamping ubat yang dibekalkan doktor dan saya dan hubby akan pantau perkembangannya.  Namun sekiranya sakit masih berlanjutan, saya akan bawa lagi ayah untuk pemeriksaan lanjut.

Set Kesihatan Sendi Shaklee ni terdiri dari Advance Joint Health Tablet (AJHT), Omega Guard & Ostematrix



Malah untuk pencegahan awal, sekiranya anda sudah berusia 40 tahun keatas, anda boleh mencuba produk Advance Joint Health Tablet (AJHT), supplemen sendi PALING HOT! dari Shaklee.  Bukan setakat HOT, memang selalu OUT OF STOCK!




Disini saya kongsikan lagi 10 Kebaikan AJHT :

1) Menyokong keselesaan sendi
2) Membantu kekalkan tulang rawan
3) Memelihara tisu penyambung yang sihat
4) Melancarkan pergerakan harian
5) Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal)
6) Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
7) Anti radang semulajadi
8) Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi memberi kekuatan kepada struktur sendi
9) Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan
10) Membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen)


Omega Guard bertindak sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung

Ostematrix pula bertindak sebagai sumber kalsium terbaik. Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan.

Semoga, perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua :D

Sekiranya anda ingin menghadiahkan ibubapa anda dengan Set Kesihatan Sendi Shaklee, 
sila hubungi kami okay :)


No comments:

Post a Comment