Skip to main content

Kawan2 Kelas Bahasa Korea Part 1 ~ Dinner @ 궁정

Kelmarin (Selasa) adalah hari terakhir kelas bahasa part 1. Our chekgu 선생님 bawak kami pergi restoran makanan korea iaitu di 궁정(sebut gung jeong/jong) di PNB Darby Park, KL. Die dah siap booking semua. Kira kami sampai terus waiter die serve. Ingatkan kene order sendiri. Siap hafal camne nak order dlm bahasa korea hehe..


Tempat makan tu serupa je dengan dalam drama korea yang biasa tengok tu. Menarik. Makanan die ok la jugak, sedap. Ingatkan tak lalu gak nak makan tapi habis gak kami makan.. Meja saya ber8 org habis semua makanan, siap mintak tambah lagi hehe.. But meja sebelah, half aje yg habis.. malu2 ke or diet ke? hehe..

:: saya dengan chekgu Tiara Bang Ji Yeon ::
:: antara Banchan/sidedish ::

:: penuh meja dengan makanan::

Nak cerita pasal makanannye tak berapa pandai, tapi tau gak la certain makanan yg die hidang tu. Banyak gile side dish 반찬 diorang. Even chekgu 선생님 cakap takyah makan nasi die banyak2, makan lauk aje. Sebab kalau makan nasi tu, mmg extra kenyang and tak leh masuk bende lain dah..

Antara makanan yg ade green onion pancake (pajeon) 파전, kimchi 김치, Stirfried dried anchovy side dish (myulchibokkeum) 멸치볶음, Kimchi stew (kimchi chigae) 김치찌개, Doenjang jjigae (bean paste vegetable stew) 된장찌개, Japchae (stir fried noodles with vegetables) 잡채, Spinach side dish (Sigeumchi namul) 시금치나물 and few others yang saya tak tau nama. Yang grill tu sotong & ayam - cicah ngan sesame oil, letak dalam salad, letak banchan and doenjang, bungkus2 pastu masuk mulut.. haha.. betul2 cam dalam drama =D..

Minuman barley tea ala2 green tea gak kot. Best. Leh datang lagi =D:: kami ::

Comments

  1. wahhh rajin nyer ko p class bahasa korea...
    aku tau satu 3-4 je..
    annyeong hasseyo = hello
    kamsamida = tq
    bien = sorry
    Saranghaeyo = I LOVE YOU

    =p

    ReplyDelete
  2. yani:
    ok la tu.. kira basic2 tu..
    1. hello/apa khabar/selamat pagi,tgh hari etc.. sama je = annyeonghaseyo/annyeonghasimnika
    2. tq = kamsahamnida/komawoyo/komawo
    3. sorry = mianheyo/mianhe (tp deorang slalu ckp sound cam bianhe)
    4. i love u = like what u write, perfect!! sarangheyo/sarange

    tapi our chekgu tak allow kitorang tulis/baca romanized version sebab pronounciation akan jadi tak betul. wajib tulis and baca hangeul aje =D

    ReplyDelete
  3. bes gile..enjoy je kan.ni yang lagi cepat pandai ni..hehe.

    pasni tgk citer korea da tak ya tgk subtitles da.hehe

    ReplyDelete
  4. ashra: lom sampai tu lagi. tp certain ayat dlm drama tu ada la phm sket2. tunggu aku khatam blaja sampai part 3 la kot baru leh paham banyak =D

    ReplyDelete
  5. Wah, bestnye kat mana kelas ni? boleh share tak..minat la...

    ReplyDelete
  6. dian: belajar ni kat Uitm shah alam. Memang uitm ade offer kelas bahasa ketiga ni =D

    ReplyDelete
  7. dah check ke tmpt mkn tu halal ke x? jgn sbb excited sgt psl nk bljr bhs korea, smp agama tolak tepi.

    ReplyDelete
  8. en.anwar jai,
    terima kasih sebab mengingatkan =D. saya selalu cari info sebanyak boleh sebelum pergi tu. kalau en.anwar ade bukti kukuh pasal restoran ni tak halal, sila majukan. boleh saya sebarkan2 pada kawan2 lain. supaya kita takde buat dosa berkali2.

    dan yang pasti excited belajar bahasa asing tiada kene mengena dengan tolak agama ke tepi en.anwar. kita cari ilmu, tak berdosa kan?

    terima kasih sekali lagi ye atas peringatan sesama umat =D

    ReplyDelete
  9. wahhhh. bestnye dpt blaja bhs korea. kelas terbuka lagi x? emel me plizzz
    susianne89@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sew anne,
      boleh dapatkan maklumat dari uitm shah alam.
      ni program under uitm :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …