Skip to main content

Cerita Mabuk Darah & Pitam =D

Seingat saya ini kali keempat saya pitam. Sebenarnya yang semalam ni tak pitam but almost pitam la.. And ni 1st time saya melawan rasa nak pitam tu..

Kali pertama saya pitam adalah masa form 2. Saya ingat hari tu hari Sabtu, ada Ko-Ku kat sekolah. Balik rumah masa tu ada mak sekali. Tengah hari. Sampai depan pintu rumah, saya tumbang. Sedar2 muka dah melekat dengan pasir semua. Bila mak tanya kenapa? saya kata sebab lapar kot pasal tak makan breakfast+lunch. So pastu mak kasi rm2 soh naik beskal beli laksa kat satu kedai tu.. so pergila saya naik beskal dengan keadaan masih pening2 lalat tu =D

Kali kedua, masa tu form 3. Tak sure hari Sabtu or Ahad, either one la sebab saya ingat saya nak gi kelas tuisyen kat Tutorial Institute (TI) kat State PJ. Dah siap2 dah dengan baju kurung purple nye. Mase tu tengah potong keledek nak digoreng. Nak pulak jadi kes, potongan terakhir tu terpotong sekali ngan jari telunjuk kiri saya. So berdarah la.. Basuh jari kat sinki, ambil tisu balut jari tu, pergi duduk kat ruang tamu jap. Pastu baru je berdiri balik nak jalan terus tumbang - pitam la.. Sedar2 ayah saya tengah tepuk2 pipi saya sambil panggil nama. And masa saya sedar tu saya tengah nangis. Entah apehal ntah.. Pas sedar tu, terus siap gi tunggu bas mini pink no.53 nak gi kelas tuisyen walaupun masih dlm keadaan mengong hehe.. Kesan dari tu, kepala saya masih rasa ada lekuk sikit hehe..

Kali ketiga adalah masa form 5. Berlaku kat makmal biologi. Hari tu ada ujikaji bedah katak, lipas and uji jenis darah sendiri. Saya kene uji darah. So tiap org kene cucuk jari sendiri and titiskan darah kat satu kad tu so dapat tau jenis darah and rhesus skali. Saya cucuk sekali tak keluar darah, cucuk kali ke2 pun takde darah keluar, then cucuk lagi kali ke3, masih gak takde darah keluar tapi tiba2 badan rasa seram sejuk cam dari kaki naik ke kepala.. then saya ingat last word saya sebut "alamak, dah start dah".. then tak ingat apa2..pitam. Tapi dlm lab tu yg sedar saya pitam tu just kawan2 around me. Yang lain2 tak perasaan pun hehe.. Cikgu Bio kata saya mabuk darah. So pas sedar tu saya disuruh balik asrama utk rehat. And memang dari tengah hari saya tidur sampai lepas isyak.. langsung tak sedar apa2.. Dan kesan dari tu badan saya banyak sakit sebab masa pitam langgar semua kerusi/stool yg keras2 dlm lab tu.

Dan latest, semalam. Ada inspection jambatan kat Kuala Pilah. Saya dah turun ke bawah jambatan tu and naik untuk bagi Murni turun pulak sebab boot pasar tu satu je. Pas pakai balik safety shoe, nak turun balik la kat abutment tu nak tengok diorg kat bawah jambatan tu. Silap langkah, terpijak kawasan semak yang hollow, terseliuh kaki kiri, jatuh. Terasa berdenyut kaki kanan, selak sikit kaki seluar tengok ada darah mengalir. Adoi luka pulak dah.. Tiba2 pastu kepala rasa berpusing. Cepat2 duduk. Rasa dah berpusing dah ni, saya tau saya akan pitam kalau saya berdiri. Saya nampak bende terdakat dengan saya, packer guardrail. OMG, saya kene jauhkan diri dari situ kot2 betul tumbang, taknak sangkut kat packer, lagi cedera parah. Bila rasa boleh stabil sikit, cepat2 bangun dan jalan laju2 ke Fortuner. Cepat2 bukak pintu and duduk. Kepala memang pusing tak ngat. Badan pun dah berpeluh2. Rasa cam takde udara, cam takleh nak bernafas dah. Dah rasa nak muntah gak. Minum air banyak2. Pejam mata sebab pening gile. Bila bukak mata saya tak nampak apa2 kat sekeliling. Just nampak warna putih aje and silau sangat. Murni hulur sunglasses tapi try pakai still nampak putih aje.. pass balik sunglasses tu. Lama pas tu baru silau tu hilang. Lepas ok je terus kepala pulak sakit cam migrain. Masih dizzy. So the next jambatan, saya just stay dalam kereta. Lepas habis inspection 2nd bridge baru gi Klinik Kesihatan Terachi untuk check. Sebenarnya saya taknak gi klinik sebab tau mesti kene injection hehe.. saya takut kene inject.. So memang kene injection vaksin die kata, tekanan darah rendah sikit, and cuci luka. And dapat ponston. Tu aje pun.. Tapi sakit kepala tu sampai harini tak hilang lagi.

Luka takla teruk mana, kaki terseliuh tu tak bengkak pun. Masa mula2 je takleh nak berdiri. Pastu ok je. Tapi yang buat teruk sebab saya mabuk darah tu. Ingatkan dah tak mabuk dah sebab dah 12 tahun tak kene.. tapi silap. Kalau takat luka sikit, darah keluar sikit, mmg takde mabuk pun tapi semalam teruk lak mabuknya. Kalau orang lan yang luka berdarah saya tak pitam ye, tapi sendiri luka boleh pitam hehe.. Darah tu not including period & nifas okeh.. sebab tu takde jadi pape.

And hari ni saya datang keje pasal tak dapat MC kan =D.. but Murni yang sama2 skali tu pulak yg MC.. apa kes?? haha!!! =D

Comments

  1. alhamdulillah, nasib baik xjadi ape2 sbb ko cpt bertindak..

    aku dulu pernah 2 kali pitam.. skli time form 5 & skali lagi time peknen.. mmg kite xnampak ape2, badan seram sejuk, nafas tercungap2 tp leh dgr bunyi sekeliling.. rasa horror plak...

    pst: terachi tu dh dekat la ngan kg aku =p.. hehehe

    ReplyDelete
  2. siannya ko..
    penat sgt ke?rehat2 la k?mkn biar cukup kalu low blood?..

    ke..mabuk lain?hehehe..mana lah tau kan,dari dua ke tiga lak..hehe

    ReplyDelete
  3. yani : alhamdulillah.. sebab dah ada pengalaman pitam so cepat2 bertindak la =D. ko pun ade pengalaman gak eh.. scary kan? sebab tak sedar pape.

    ko pun kg dekat ngan terachi ye.. same kampung ngan ayu ipin ke? sbb die pun kata dekat ngan kg die.. =D

    ReplyDelete
  4. ashra : rasanya bukan sebab penat tapi psl penyakit mabuk darah tu. sebelum gi site tu aku dah breakfast siap2 dah. hal pregnant tu insyaAllah tak mungkin hehe.. takpe, aku kasi can kat ko dulu =D

    ReplyDelete
  5. liza..aku la tu..terror ko teka ye..blog aku tulis utk suka2 diri sendiri, bkn utk publish to public, tu yg mls nk introduce diri..hehe..

    sape cikgu bio ko dulu?

    ReplyDelete
  6. alahai liza.. cam menakutkan la kalo org mabuk darah nih kan.. ye la,, buatnye pitam time xde org, adeh! xnak imagine yg bukan2.. ishh aku nih~~

    ReplyDelete
  7. nazlia: aku tengok blog ko dulu, kalau tak mmg tak tau pun.
    cikgu bio tak silap aku en.syed. ade kan nama en.syed? aku tak ingat la =D

    ReplyDelete
  8. ninie: mmg bahaya. sebab mabuk darah ni tiba2 aje. jarang sempat prepare diri sebelum tumbang hehe..

    ReplyDelete
  9. uishhh.pernah kena sekali masa tu tengah pregnant danial...1st time plak tu kena...tapi, tak le pitam betul2 cuma hampir2 pitam..time tu tengah jalan2 syok pi shopping kat jalan tar...tetiba je rasa panas naik sampai kepala..mujur la member ada..so, cepat dia tolong ayu duduk n berehat jap...huhu..suami dapat tau, terus marahkan ayu..tu ar..ada hati gak nak pi jalan2 ..

    ReplyDelete
  10. ayu: nasib baik ada kawan sekali. kalau sorang2 pitam memang bahaya.. selalu org pregnant senang nak pitam kan? =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …