Skip to main content

Egg Tart & Puff Pastry

Salam..

Maulud Nabi baru-baru ni, ada majlis bacaan Yassin dan tahlil + family gathering di rumah mak saya.. saya buat lagi Portugese Egg Tart ni. Saya masih guna ready made puff pastry jenama Kawan tapi kali ni saya guna jenis lain.

Rupa-rupanya ada 2 jenis..

Sebelum ni saya guna Puff Pastry Block yana mana kene roll/gelek/canai dulu then terap. Satu lagi jenis adalah Puff Pastry Square memang dah siap nipis just ambil dan letak kat acuan. Tak perlu roll/gelek/canai dulu. Saya rasa jenis square ni tak dijual kat Carrefour. Saya beli kat Giant. Kat Giant takde jenis block.


:: rupa packaging : kiri - jenis block, kanan -jenis square ::
:: rupa puff pastry: kiri - jenis block, kanan -jenis square ::

Jenis 'square' ni memang la senang. Just ambil 1 piece, letak dalam acuan tart, potong lebihan pastry (kalau nak la..tak potong pun takpe hehe..), cucuk2 base dengan garfu, isi filling 3/4 penuh dan bakar... kalau jenis block tu kene la canai dulu sampai dapat ketebalan yang dikehendaki baru boleh buat semua proses kat atas tu.. 1 lagi, thaw tak perlu lama2 sangat, as long as dah boleh bentuk, ok aje.. kalau tak nanti jadi lembik sangat and melekat2 kat tangan..

:: kali ni guna jenis square ::

Tapi kalau guna jenis ni, kulit pastry nye akan kembang besar sikit la.. (cam tebal sikit) berbanding yang saya buat sebelum ni, memang buat nipis2 so boleh letak banyak filling =D.. Kat bawah ni rupa egg tart yang dah siap...

:: rupa tart guna puff pastry square ::

siap ada rupa jongkong emas CNY aje kan hehe.. husband cakap die lebih suka yang sebelum ni.. kebanyakan feedback famili nak suruh improve rupa tart ni.. okay.. so pasni kene buat kulit die lebih nipis lah.. =D

Maulidur Rasul 2011 -
genap 2 tahun arwah atok tan kembali kerahmatullah.. pada hari yang sama juga rakan sepejabat saya allahyarham Mubin Ahmad Kamal kembali menemui penciptanya...
Al-Fatihah buat mereka..

Comments

  1. salam liza..thanks atas doa dan semangat sebelum ni.. =)

    wahh..aku suka egg tart.pas abes pantang le ar try.dulu aku duk mkn KFC nye egg tart je.hehe

    ReplyDelete
  2. ashra,
    sekarang pantang elok2.. pas tu boleh buat tart ni ok.. senang aje asalkan ada oven =D. ko pun mkn kfc nye ehh.. sedap kan? =D

    ReplyDelete
  3. Kalau guna Kawan puff pastry bentuk square, Apa maksud cucuk base dengan garfu? I dah buat hari no, I Tak cucuk dengan garfu, tapi I guna jari untuk tekan base base supaya lebih nipis. Ada beberapa biji punya base Tak masak, Apa Sebabnya? Thank u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi charlotte,

      dari pembacaan saya, base tak masak mungkin disebabkan puff pastry tu belum cukup thaw. cuba thaw 30minit (pd suhu bilik) sebelum guna/isi filling.

      oven juga perlu dipanaskan secukupnya (15-20minit) sebelum memasukkan puff pastry untuk dibakar.

      cucuk base dengan garfu tu bertujuan supaya puff pastry tidak terlalu kembang. masih akan ade layer2 nipis cuma tak kembang sangat :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih besar dan cant…

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …