Skip to main content

EBM di Bulan Ramadhan

Kebelakangan ni hasil EBM memang kurang memberangsangkan. Tapi masih mencukupi untuk bekal Aliff di rumah mak. Kadang2 kene topup jugak dengan frozen EBM. Untuk buat stok buat masa sekarang memang zero. Aliff punya pattern menyusu berubah-ubah, kadang2 banyak kadang2 sikit. Tapi amaun yg die minum masih sama dalam 3.5oz setiap sesi, cuma sesi tu ada tambah atau kurang lah.

Untuk bulan puasa ni memang agak merunsingkan saya sebab pada hari2 biasa kalau ada skip makan atau kurang minum air, memang nampak hasil masa pam tu sikit amat. kadang2 cuma 1.5-2 oz aje..

Dulu2 saya pam 4 kali masa waktu pejabat. Kalau tak sempat jadi 3 kali. Sekarang ni jarang2 dapat 4 kali pam, selalu 3 atau 2 kali aje. Saya yakin sebab tu la hasil EBM jadi makin berkurangan.

Untuk puasa kali ni saya pastikan saya ambil sahur nasi. mesti nasi sebab saya tak boleh makan mihun/roti/mee sebab lepas tu pukul 9-10 pagi dah menggigil, pastu konfem buka puasa la. so memang nasi aje la. minum air 2-3 cawan (tu je yg mampu), kurma 2-3 biji je (tak lalu nak telan banyak2 =D), dan ambil vitamin. saya pastikan kali ni saya tak skip ambil vitamin masa sahur & berbuka sbb sebelum2 ni asek miss aje..memang kurang disiplin =D.

Mulai 1 Ramadhan, saya berazam untuk kembali pam 4 kali sehari di pejabat. selama ni saya tak pam masa di rumah. tu pun kekurangan saya. so pasni kene la rajinkan diri lebih sikit demi anak, insyaAllah..

hasil perahan hari pertama memang expected la..semua sesi dapat 3-3.5oz. last session dapat lagi sikit dalam 1.5oz aje hehe.. lepas setiap sesi pam saya sentiasa ucap "syukur alhamdulillah.. ini rezeki ALiff hari ni.."(gambar takde, lupe/malu nak snap hehe)

hari kedua alhamdulillah, ada perubahan sikit.. syukur syukur.. walaupun tak banyak mana tapi alhamdulillah..

::gambar yg atas tu kol 7.45am, yg bawah kol 10.30am, lagi 2 kali lupe nak snap tapi dpt 3.5oz kedua2 pun ::

hari ni hari ketiga yakni hari ni, baru 2 sesi pam, kol 8am & 10.30am. ada perubahan lagi.. hasil lebih meningkat. Syukur Ya Allah..


:: dua2 sesi dapat dekat 5oz, tak banyak mana kalau banding ngan org lain tapi syukur.. ::

Saya berazam untuk kembali menyimpan stok frozen. jadinya saya kene up kan bilangan sesi perahan, mungkin kene tambah 1-2 sesi di rumah pula =D..

DSaya berdoa pada Allah agar rezeki Aliff untuk terus menyusu tetap ada, banyak atau sikit saya tak kisah janji cukup. takpela buat masa ni tak dapat buat stok tapi bekal cukup. Dan mohon Allah permudahkan usaha saya untuk menyusukan Aliff sampai 2 tahun. Sebab saya percaya semua terjadi dengan izinNya.

Comments

  1. alhamdulillah liza..

    ada pasang surut kan production kita ni..
    btw, ayu sokong sangat klu liza nak upkan lg sessi pam kat rumah...sbb ayu pun mcm tu juga..klu tak, tak cukup la susu yg akan dibekalkan utk esoknya...rindunya nak buat stok frozen ni...selalu simpan stok hari jumaat je..sabtu n ahad, pulun perah @ pam utk bekal hari isnin plak..caiyok...caiyok....

    oh ya..guna tangan sbb cik N kiri luka + berdarah lagi laa..danial suka mengigit + menarik2 ni..huhu...sadis..sadis..

    ReplyDelete
  2. betul tu..memang ade pasang surut.

    samalah kita, Aliff pun kuat menggigit sekarang ni,die pun tarik2 gak. sekarang dah memang rasa sakit dah. belum sampai tahap luka aje ni..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ada jugak rezeki buat aliff... Aimee punya pun cukup2 jer dah lately ni.. siap akak kene cairkan lagi utk perbanyakkan... mudah2an dia sihat walafiat walaupun nampak sangat susu dah jadi kurang zat...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..banyaknya susu..selamat BF yaa..saya pun dah surut dah ni...dah tak cukup,terpaksa campur...tapi still bagi setakat yang ada...

    ReplyDelete
  5. maslina: alhamdulillah. nak kata banyak tu tidak la tapi masih mencukupi untuk bekal hari2..insyaAllah. nak BF memang kene cekalkan hati, kuatkan semangat, kekerapan perah susu perlu cukup, badan/fikiran kene sihat dan doa banyak2..berserah dan mohon pada Allah untuk permudahkan =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …