Saturday, 1 December 2018

MAHA 2018 - Kali pertama ke event MAHA

Assalamulaikum dan hello :)

Esok last day MAHA 2018. 

Tiap kali MAHA je plan nak pergi tapi saya spesis tak minat pergi tempat crowded orang. Nak pulak kalau nak bawa anak-anak yang ramai tu .

Tapi tahun ni semangat nk pergi sebab ada tempat memang nak pergi tengok. Cth: JoeJalil Concept. Nak tengok depan mata sistem tanam tak payah siram tu. 

Tapi kali ni sebab 1st time, husband ajak pergi berdua je. Tengok dulu sesuai ke tak. Dan saya jenis kalau nak bawa anak memang kena plan elok-elok, tak suka main redah je.

Plan awal nak park kereta dekat dengan mainhall A (Laman Tiba 1) tapi entah bila buka google maps sampainya ke pagar hujung lain. Laman Tiba 2. 

1st time pergi tak study betul2 nak tengok pempamer yang mana satu. Lepas ni boleh pergi lagi tapi memang kena studi dan plan. Sebab tempatnya besar sangat. Memang tak habis nak round satu-satu. Kena tau nak naik trem mana, laluan mana.

Kalau tengok kat FB Page MAHA 2018 ramai komplen pengurusan trafik. But then biasalah event yang beribu orang ni. Bukan organizer fully silap, kita yang pergi pun kena plan betul-betul.

Kena tau nak pergi mana, naik trem mana. Tanya je urusetia kat stesen-stesen trem tu. Urusetia pun akan announce. Tanya je. Semuanya helpfull. 'Nak pergi tengok lembu naik trem apa??' 'Nak gi dewan macam mana?' ' Nak pergi tempat Mok Cun camne?' 

Setiap trem dah set laluannya yang tertentu. Sila semak. Kalau malas, silalah bertanya okey :)

Kami pergi pukul 2.00pm++ dan balik 6.40pm. Sekejap aje.

Tempat yang sempat pergi,
Mainhall A
Agrotrade 1
Agrotrade 2
Empayar Makanan
Kulinari Hall
Laman florikultur

Sikit je. Kalau nak pergi banyak tempat lagi memang kena spend fullday kat situ.

Ok. Belanja sikit gambar.





























Friday, 30 November 2018

"Kak, jual shaklee lagi?..."

Assalamualaikum dan hello :)

Just nak bagitahu, saya dah tak aktif 'jual' Shaklee. Just aktif jadi pengguna sahaja. 

Bagitahu sebab sampai sekarang still ada few yang contact tanya pasal produk. Biasanya saya akan bagi nombor upline saya yang aktif untuk dapatkan maklumat lanjut.

Reason? sebab tak boleh nak bagi komitmen.

Saya dapati bila kita fokus untuk online business, kita perlu beri masa untuk 'be online'. Be it update status FB, IG, blog, rajin whatsapp, balas mesej customer serta merta dan banyak lagi. Realiti kedudukan hidup sekarang tak boleh nak buat macam tu. Tanggung jawab dan komitmen urgghh yang ada ni pun tak terpikul.

Sekarang nak fokus on tanggung jawab hakiki. Time kerja, kerja. Time di rumah, buat apa yang patut. Itupun still banyak yang tercicir. Mana tak nya, maghrib baru sampai rumah. Anak-anak nak itu ini. Rumah nak urus itu ini. Husband pandai-pandai layan diri sendiri haha... customer? tak tertengok mesej. So as a customer pun kadang rasa 'nyampahnya seller ni, nak meniaga ke tak?'. Tanya satu benda, 1jam baru jawab. Tanya lagi, 2jam lagi baru jawab. Minta maaf sangat-sangat.

Guna still guna. Kami dah bertahun. Kenal Shaklee pun dari masa saya sekolah. So means company ni dah establish lama. Bukan tenggelam timbul. Kat rumah boleh kata sentiasa ada Vita C, B complex, Ostematrix, Omega Guard, Alfalfa.

So kalau nak cari produk boleh cari distributor lain. Kena dapatkan penerangan lengkap dulu dari mereka sebelum beli okey. Part ni yang saya tak boleh bagi komitmen. Takat ambil order dan pos, senang je. Macam jual kat shopee je. Tapi customer berhak dapatkan penerangan dulu sebelum membeli.. Dan memberi penerangan dengan jujur itu tanggung jawab distributor yang baik. Dan, ia perlukan komitmen yang besar.

Tapi kalau kawan-kawan or saudara nak minta kita belikan, ku belikan aje le hehehe...


Wassalam...

Wednesday, 28 November 2018

Impian 2018 - 2019

Assalamualaikum dan hello!

Punyalah lama tak boleh nak update apa-apa. Pasalnya blogspot kena blocked. Internet pun alahai lah.. sellloww amat kadang..

Okey dah nak masuk bulan 12 untuk tahun 2018. Bulan terakhir. Time ni rajin review balik impian yang tulis awal-awal tahun 2018. Banyak yang tercapai (Alhamdulillah), banyak jugak belum capai especially part diet hahahaha! Dok PJD lagi mengembang lagi ade lah haha!

Ni saya share 1muka senarai impian saya. Segan tapi tak apalah kot ada yang baik hati yang nak doakan kan hehe... Ada next page impian untuk 5 tahun dan wishlist materialistik saya hehehe tapi tak share lah haha!!

Senarai impian 2018 1st page

Antara impian 2018 yang tercapai:

1. Siapkan bilik anak-anak lelaki dan perempuan (cat dan susun atur) - target asal Mac tapi siap Julai (perempuan) & Ogos (lelaki)
2. Selesai aqiqah Ali 2 ekor kambing
3. Qurban lembu untuk Aidiladha. Target 1 ekor tapi tahun ni dapat buat 2 bahagian je. InsyaAllah next year!
4. Zara fully potty trained
5. Husna khatam AlQuran
6. Bercuti dalam negara 4 kali. Tapi dapat 2 kali je. Still, Alhamdulillah :)
7. Steam generator iron philips. Wishlist materialistic ni. Bertahun peram tapi akhirnya beli jugak. Sebab nak bayar cash.. Guna duit gratuiti kontrak last year. 
8. Daftar sspn-i anak untuk geran sepadan 500
9. Kos haji saved

Ada Impian yang masih kena continuously buat dan moga-moga diberi rezeki untuk laksana dengan istiqomah.  Ni impian kerohanian biasanya.

1. Sabar dan istiqomah dalam didik anak-anak solat
2. Baca Al_Quran setiap hari sekurang-kurangnya 1 helai
3. Solat dhuha dan tahajjud setiap hari
4. Sedekah at least setiap Jumaat

Untuk tahun 2019 belum mula list kan lagi impian. Mana yang tak berjaya tahun 2018 kena carry forward lah nampaknya.

Antara Wishlist/Impian/Target Tahun 2019 :

1. Kurangkan masa untuk medsoc 
2. Spend masa membaca buku

Rasanya tahun 2018 macam tersangat dibazirkan mengadap medsoc especially FB. Akhir-akhir ni try untuk kurangkan update apa-apa kat FB tp still ada IG. Cumanya FB banyak sangat info negatif. Tapi ada group FB yang bagus-bagus. Sayang juga.

Pulak tu bila office blocked banyak websites so apa-apa info nak cari, kena guna handphone. Dah guna handphone tu jadi meraban la menyimpang buka itu ini berminit-minit. Adehhh... 

Disebabkan banyak baca info dari FB atau internet, hobi sebelum ni membaca buku dah berkurang. Still minat beli buku dan konon berazam nak baca. Tapi sampai kesudah ada buku bertahun masih berbalut huhu...

Dulu still ada limitation jugak sebab kuota data internet just 1GB. Sikit giler haha.. so memang tak akan buka web macam youtube ke, video ke... La ni data ambil unlimited... hmmm memang bawa penyakit juga ni. Asyik tengok video online aje la gayanya... Kalau tahun 2019 nak berubah, memang kena downgrade la pakej internet hehehe...

Cuti sekolah pun dah mula. Nak ajar anak-anak tulis impian tahun 2019 dan buat vision board masing-masing cuti ni.

Thursday, 16 August 2018

Projek Men'Tauge' Dalam Kotak Susu

Assalamualaikum dan hello :)

Projek Men'tauge'


Ok tak ada dalam vocab BM perkataan mentauge tu hehe... suka hati je kan.. Nak sebut tanam tauge, macam tak tanam pun. Nak cakap bela tauge, macam pelik. So mentauge aje lah hehe..

Lately tengah semangat nak menanam bagai. Seronok dan bersemangat sebab jumpa officemate yang ada banyak minat yang sama. Macam ajaib je dapat jumpa orang yang kita boleh kongsi ilmu & hobi. Sebelum ni rasa 'sunyi' je hihi..

Ok back to tajuk asal.

Tauge. Ramai tak suka. Awat eh? Saya suka je hehe... tapi part nak cari yang segar cantik agak susah la. Biasa jumpa dah tak cantik sangat. Lama terendam. Kalau kat kedai la..

Dan kenapa nak try mentauge? sebab tauge antara tumbuhan/ sayur yang paling cepat boleh tuai. By hari ke-6 dah boleh makan. Sayuran lain paling awal pun dalam 4 minggu. Banyak cara kot orang mentauge ni. Ada dalam botol la, ada dalam tapis/bakul la, ada dalam kotak la dan lain-lain idea.

Untuk kali pertama mentauge ni saya cuba mentauge dalam kotak susu 1L. Senang aje.

Projek Men'Tauge' Dalam Kotak Susu

Bahan:
1 Kotak susu 1L - bilas bersih-bersih
1/4 cawan Kacang hijau - basuh bersih (saya sarankan kurangkan dari jumlah ni sebab terlalu padat kotak)

Cara :
1. Kacang hijau tu lepas basuh, rendam semalaman.
2. Kotak susu tu snip (potong kecik je) sikit bucu kotak untuk bagi air dapat mengalir keluar. Snip la 2 bucu ke..
3. Selepas kacang hijau dah direndam semalaman, toskan, masukkan dalam kotak susu.
4. Boleh masukkan ikut 'mulut' kotak (atau boleh juga koyakkan bahagian atas kotak tapi kena pastikan boleh tutup rapat balik.. em entah faham ke tak huhu)
5. siram kacang hijau
6. toskan air melalui lubang kecil kat bucu kotak yang di snip tadi. kena sendengkan sikit kotak.
7. letak tempat tak kena cahaya matahari (saya letak bawah sinki)
8. siram dengan kerap. paling kurang 2 kali sehari. (Saya siram tiap kali lalu kat sinki haha!)
9. siram, tos, siram, tos, siram, tos, siram, tos
10. ulang sampai hari ke-6 (mostly suggest hari ke-6 atau ada gak yang kata sampai panjang yang kita nak)
11. dah boleh tuai


Cara tuai?
Potong kotak baik-baik jangan sampai potong tauge sekali, keluarkan tauge, buang akar
basuh dan boleh masak dah... kalau ada lebihan, masuk dalam bekas, masuk air, tutup bekas, simpan dalam fridge.
cakkk :D

my tauge yeay!

keserabutan huhuhu

ni bangsa tinggi. banyak gak yang kemetot

akar die je dah 1/3 huhu


Saya buat ni hari ke-4 dah tuai. Tak menyabar. Sebab bila keluarkan 1 nampak macam dah panjang. Kotak pun kembung semacam dah. Tapi rupanya ada banyak saiz. Panjang pendek haha...

Masalah yang saya hadapi dengan cara kotak susu ni :

1. Tauge panjang pendek, tak seragam.
Andaian - Mungkin disebabkan 1/4 cawan kacang hijau tu terlalu banyak. So saya saran untuk masukkan kurang dari 1/4 cawan. Maybe boleh cuba 1/8 cawan je.

2. Tauge berserabut
Andaian - Mungin sebab bila siram tu, saya golek-golek, pusing-pusing kotak sebab nak bagi air rata pada smeua kacang. So bila membesar, ikut suka dia je tunggang terbalik haha

3. Nak buang akar tauge perghh parah
Andaian - Ada cara lain mentauge yang bolehkan kita potong direct akar tanpa perlu kutil satu persatu hehe..

4. Tauge tak segemuk yang kedai jual
Andaian - Maybe pekebun siram dengan air baja.. kot... Saya guna air paip biasa je... Atau maybe salah cara siram. Or maybe kurang siram. Ermm entah!

Masalahnya kecik aje, tapi hasilnya memang gembira sangatlah. Untuk 1 kotak tu hasilnya boleh 2 kali masak jugak lah. Dan yang penting rasa segarnya hahaha overr...

1st day - Side dish lawan dengan nasi ayam

2nd day - pasta goreng sempoi je

Sekarang saya tengah mentauge batch baru tapi kaedah lain pulak. Eksperimen lagi.  Nanti kita tengok hasilnya okehh! :D

Ok bai. Wasaalam...

Tuesday, 31 July 2018

Membebel je :)

Assalamualaikum dan hello :)

Uhh bersawang dah blog. Banyak benau perkara-perkara yang distract daripada blogging. Kesian.

KERJA

Dah hari terakhir bulan Julai 2018. Kira lebih kurang dah 5 bulan di bahagian baru dan cawangan baru.  Walaupun jambatan bukan asing dalam pengalaman kerja tapi banyak perkara yang kena belajar balik. Terasa nak sambung belajar ambil khusus pasal bridge pun ada. Tapi bila bukak buku banyak huruf kecik-kecik je jadi ngantuk huhu... Lama dah tinggal benda-benda design etc, rasa slow sangat nak pick up. Kena banyak makan Omega 3 ni hehe...

ANAK

Baru-baru ni hari terbuka sekolah kebangsaan dan KAFA Husna dan Aliff. Naik angin jugak jadinya bila tengok semua subjek prestasi makin menurun. Terutamanya Husna. Bukan takat turun tapi sangat teruk/ gagal. Kecewa. Tapi ada juga la silap sendiri sebab tak dapat nak bagi masa/ tumpuan untuk assist mereka belajar.

Tak tahu macam mana nak allocate masa. Balik rumah dah maghrib, banyak hal lagi nak urus, Aliff kadang pukul 9.30 malam dah tertidur. Terkejar-kejar.  Sekarang bincang dengan husband, untuk dinner saya taknak ambil tau. Tak kira lah sama ada husband nak masak atau beli. Tapi saya balik kerja, lepas solat maghrib dah nak ajak anak bukak buku je.  Argh stress!

RUMAH

Hajat nak makeover bilik no. 3 untuk jadikan bilik Husna dah tercapai. Berbulan-bulan jugak nak mengemas barang dalam bilik no.3 tu. Masa pindah rumah sumbat semua barang dalam bilik tu.

Sekarang semua barang-barang dari dalam bilik tu masih 'bertebaran' di ruang tamu/ dining adehh... Banyak barang kami dah buang dan ada yang let go pada orang. Masih banyak lagi nak kena let go. Rumah 1500 sqft pindah ke 770 sqft, hmmmmm stress nye lah.

Minggu ni start nak makeover bilik anak bujang pulak. Baru cat 1 panel dinding haha! Pastu Ammar hari-hari tanya bila nak siap bilik dia. Stress mak.

Banyak sangat benda yang nak di stress kan. Pastu makan banyak hahaha.. Dok la sekarang kena tegur dengan mak ayah sebab dah gemuk pastu tak mau diet. Dulu diet boleh. Sebenarnya rasa betul jugak kalau rumah serabut, otak pun serabut. So alasan untuk tak diet ok kan hehehe... Nanti lah diet hehe...

Sekian membebel :)

Tuesday, 13 March 2018

Resipi Airfryer : Ikan Bakar Tomyam -2 bahan aje

Assalamualaikum dan hello :)

Hehe over dak tajuk?
Tengah bajet-bajet belum busy ni,meh kita update blog sikit-sikit hihi :D.

Ni menu time tak de benda sangat kat rumah. Simple je 2 bahan.
Ok ok 3 bahan kalau termasuk ikan nya lah..

 AirFryer : Ikan Bakar Tomyam 2 Bahan Je

Bahan:
Ikan
Perencah tomyam Adabi
Daun limau purut
2 bahan aje ni
Cara:
1. Lumurkan perencah tomyam kat ikan
2. Koyak-koyak sikit daun limau purut dan susun sekali dengan ikan dalam aluminium foil. Tak ada aluminium foil boleh guna daun pisang atau apa-apalah. Tujuan nak 'tadah' kuahnya sikit je hehe..
3. Air fryer suhu 200darjah 15 minit. Check dah masak belum, kalau belum boleh tambah sikit lagi masa.
guna ekor ikan siakap je
ikan siakap kami tu saiz besau punya :)
guna airfryer je
Simple dan instant sungguh kan.. Dan rasanya sedap. Sesuai la untuk mak-mak berkerjaya yang tak menang tangan nak buat segala benda. 

Sebelum ni saya tak rajin sangat beli pes-pes segera ni. Selalu bajet buat dari scratch konon-kononnya.. Tapi dah anak berderet ni kena minimumkan masa kat dapur. Sebab banyak lagi tugas dan tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan dan lebih priority.

Hidup ini bukan setakat untuk makan hehe...

Monday, 12 March 2018

Rezeki 2018, Alhamdulillah.. setelah 9 tahun kontrak

Assalamualaikum dan hello ;)

Macam biasa dah ada sawang-sawang sikit ni huhu.

Alhamdulillah berkat kesabaran selama almost 9 tahun to be exact 8 tahun 11 bulan 12 hari (walaupun tak lah berapa nak sabar pun), dengan izin Allah saya berjaya mendapat lantikan tetap dan dah lapor diri bermula 26 Februari 2018 yang lepas.


Ya, memang tempoh yang lama hampir 9 tahun kontrak di Jabatan ni. Tak apa, saya redha dan anggap ini ujian dan dugaan untuk saya dan keluarga saya.  Kalau tak, 16 Mac akan datang ni merekodkan saya 9 tahun kontrak huhu.

Saya tak anggap ini hasil usaha saya sendiri, tapi entah mungkin sahaja mana-mana doa individu-individu tertentu yang Allah makbulkan.. Wallahua'lam.. Memang ramai saudara, rakan dan bosses yang mendoakan.. :D

Saya sendiri sebenarnya dah tak ambil kisah dengan status kontrak saya. Saya dah berserah, saya cuma setkan dalam hati saya, saya akan buat kerja terbaik yang saya boleh sumbangkan dan Lillahita'ala..

Walaupun tiada manusia yang iktiraf, biar Allah sahaja yang balas.. Asal rezeki walaupun tak banyak, tapi masih berkat untuk seisi keluarga..

Saya percaya semua ini rezeki. Just buat yang terbaik. Improve mana-mana kesilapan dan interview sebelum ini. Interview memang banyak kali dah. Entah berapa kali saya sendiri tak kira. Maybe 7 atau 8 atau 9 kot?

Kalau asyik mengira-ngira kegagalan, takut buat kita lebih down..

Ada seorang rakan interview yang bagi tips kat saya so tak rasa down sangat kalau gagal interview. Katanya anggap pergi interview tu macam hobi. So taklah rasa ralat sangat kalau gagal hehehe.. mujarab juga barangkali :) Dan rezeki juga rakan tu juga berjaya interview ini.. Alhamdulillah..

Apa pun saya bersyukur sangat walaupun masih sedih sebab masih ada rakan seperjuangan yang masih sangkut dengan taraf kontrak. Saya doakan mereka diberi kekuatan dan kesabaran dan insyaAllah berjaya juga mendapat lantikan tetap dalam masa terdekat.

InsyaAllah amin...