Wednesday, 20 October 2010

Saya punya Pognae Baby Carrier =D

Dulu lamaaa saya ushar2 mende alah ni.. mase tu menimbang2 nak amek Pognae atau Ergo. Dua2 nampak cun tapi Ergo harga die 2 kali ganda Pognae. Siap rasa nak beli ikut ebay pasal lagi murah and lebih banyak choice dari segi warna dan pattern. Pognae ni adalah keluaran Korea.

Bende ni adalah sejenis baby carrier dari keluarga SSC (soft structured carrier). sebelum ni saya just guna RS (ring sling) dan masih guna lagi RS ni. Decided untuk rembat SSC sebab tak larat nak gendong aliff dengan sebelah bahu aje. aliff makin berat dan lasak. hubby lak tak reti nak guna RS, so saya je yg guna RS. Sekarang RS guna kalau untuk jangka masa pendek boleh la.. macam dari parking ke rumah kat tingkat 5 tu ke..

so beli Pognae ni kat MLO kat Wangsa Maju bulan puasa lepas. Habis keje 4.30 terus shoot gi sana tapi sesat barat pulak. kedai bulan puasa ni tutup kol 6pm. sampai kedai dalam 5.50 dah. terus tengok2 jap, pilih color, soh salesperson tu terangkan sikit2 (sebab saya dah abeh survey kat internet sebelum tu) and bayar terus.. pantas dan tuntass!! hehe..

Gambar2 ni antara aksi kesayangan2 saya dengan Pognae.. gambar saya tak banyak sebab saya le tukang amek gambo hehe =D


:: mase mula2 beli try test jalan2 kat Pyramid::

:: Aliff tengah test drive Pognae ::

:: kalau budak kecit, tangan dok bawah lagi ok ::

:: kat Floating,Semporna - tengok le gaya posing Husna kat belakang nun ::

:: try back carry aliff ::

:: dok le terliuk lentok camtu.. seriau ayahnya ::

:: cakk!! aliff kat belakang ni ummy.. ::

:: kalau malas/penat nak babywear, bawak diorang dlm stroller aje camni hehe ::

Monday, 18 October 2010

lensaMama's Cutest Baby in Diapers

Kali ni saya nak join contest!!.. jom kawan2!! sempat lagi ni =D

Sesape berminat boleh klik sini

Tarikh tutup : 20 Oktober 2010..

Penganjur contest : lensaMama
Penaja bersama : Tiny Toes Shoppe, Pinky Frog Shop dan Funky Mama



:: gambar2 Aliff kat atas ni baru je ambil semalam ;D ::


:: gambar Aliff masa genap umur 7 bulan ::


Child's name : Aliff Rayyan bin Abdullah
Date of birth : 4 October 2009

Saya memilih untuk menggunakan Cloth Diaper kerana ianya mesra alam, mampu milik, boleh guna semula sehingga bayi 3 tahun, malah lampin juga lembut pada kulit bayi dan mempunyai corak dan warna-warna terang yang sangat menarik. Walaupun setakat memakai Cloth Diaper dan baju, anak saya tetap kelihatan comel dan kemas. Tak pakai seluar pun takpe =D

Friday, 15 October 2010

pasang surut dalam breastfeeding (@_@)

:: ini budak Aliff Rayyan manyak manja oooo ::

Assalamualaikum..

Dah lama saya tak cerita apa2 pasal breastfeeding. Nape yer..

Rupa-rupanya memang sahih semua cerita tentang pasang surut dalam breastfeeding. Kalau tak kuat semangat memang boleh stop terus aje. Aliff Rayyan dah pun setahun. Paling tak tahan habit dia yang kadang2 menggigit sekuat hati nya tu. Eiiii ringan aje tangan nak lepuk..

Sekarang PISA saya memang sedang berhibernasi sebab saya fully on Harmony sekarang (saya memang fail part perah pakai tangan, which is the best way). Rasa cam rugi aje kan tapi nak buat camne. Asek luka aje. Suction PISA agak kuat (berbanding Harmony), so kadang2 start pam aje terus keluar berdarah. Memang perit la. Tapi tetap gigih nak teruskan selama yang boleh. Teringat masa kat Sabah aritu, tertinggal krim sapu, masa Aliff lepaskan, menitik2 darah..ergghh sakit woo..

Stok EBM?
hmm.. sejak asek2 luka, baik kejap luka balik, memang tak meriah sangat EBM. Sekarang ni tengah berusaha nak stokkan balik EBM kat freezer. Few weeks back memang stok dah jadi zero. Apa yang pam hari ni, bagi besok. Maybe salah satu sebab tak dapat maintain stok EBM was sebab saya practice bagi fresh EBM aje. Kalau lebih baru simpan. Ada one time tu tetiba Aliff minum extra pulak, so EBM dah jadi ngam2 aje. EBM yang dok stok dulu2 memang cukup time, lebur aje.. tetibe rasa nyesal tak guna frozen EBM dulu (oh nyesal sekarang tiada gunanya..hehe..) kalau tak, sure stok still banyak, kalau tak pun, masih steady lagi la.. Frozen EBM saya sekarang? hmm ade la dalam 5 kali minum aje..(syukur alhamdulillah =D)

Bos/u-mate saya selalu dok tanya bile saya nak keluar utk audit/outstation.. errr, dalam keadaan kritikal sekarang memang takley la kot..ape le Aliff nak minum nanti..stok pun takde. kalau pergi audit, paling singkat pun 3 hari. Biasa2 seminggu. Ohoho..lom boleh lagi pergi..

Takpe takpe.. sekarang saya dalam misi menambah stok frozen EBM. Pas dah banyak nanti, saya akan gi audit ok boss?..

Saya akan berusaha lebih gigih!!
Doakan saya kawan2..
=D

Wednesday, 13 October 2010

Bolehke jadi superwoman??

saya dalam dilema...
.
.
nak teruskan
.
.
atau berhenti terus..
.
.
atau kadang-kadang buat..
.
.
kadang-kadang tak buat..
.
.
atau bila rajin, buat..
.
.
bila malas, takyah buat..


.
.
kalau camtu baik berenti aje terus..
.
.
errrkk...


dah lama saya berfikir. makin lama makin serabut. kenapa terasa cam nak berhenti? sebab saya rasa penat. btw, memang la penat kan.. siang kerja, malam kerja. siang jadi fulltime kuli orang, balik rumah keje sebagai full time isteri, full time ibu yang breastfeeding, pastu part time bizwoman (boleh ke gelar camtu? =D).

kalau di list kan yang mana priority yang mana tidak, dah tentu kerja baking dok bawah sekali. tapi bila ada order, kerja tu letak antara top priority pulak sebab tu amanah orang.. so tugas mane pulak yang akan dok bawah skali? tugas sebagai isteri? or sebagai ibu? or kuli orang? dilema kan? sebab semua adalah amanah dan tanggung jawab yang berat..malah amat berat..


:: sesi cake-cutting mase wedding adik saya ::

:: orang kuat JariJemariEVENTS. thanks tolong setup meja kek =D ::

.
.
.

So nak teruskan kerja baking or takyah?
urgghhh.. serabutt!!

Tuesday, 12 October 2010

Cerita Sedih.. Masam Kelat..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni baru masuk kerja setelah 4 hari bercuti untuk urusan majlis bertandang adik lelaki saya weekend lepas..

::cerita sedih tentang majlis::

Lepas zohor Sabtu masing2 sibuk menguruskan persiapan majlis. Saya tengah pasang langsir pintu bilik pengantin. Nenek saudara saya (dipanggil Tok Ncik) dinasihatkan oleh makcik2 saya untuk ke klinik untuk drip sebab keadaannya cengkung dan tak bermaya sebab dengarnya dah sebulan Tok Ncik tak lalu nak makan.

Sebelum ke klinik Tok Ncik ke bilik air dulu. Keluar saja kat pintu bilik air, Tok Ncik rebah, sempat disambut Ende (makcik). Mak saya dah meraung2 beristighfar kerana keadaan Tok Ncik serupa masa arwah Atok Tan (atok saya) meninggal. Situasi yang sangat serupa. Tok Ncik dipapah ke ruang tamu dan saya hanya mendengar masing2 mengajar Tok Ncik mengucapkan dua kalimah syahadah. Saya terpandang makngah saya mencapai surah Yassin dan saya terus ke bilik untuk sama-sama membacakan surah Yassin.. dalam hati masih berdoa Tok Ncik tak apa2..

saya sendiri tak pasti bila saatnya Tok Ncik menghembuskan nafas terakhir dikelilingi adiknya (nenek saya), anaknya makYang dan anak2 saudaranya (mak&makcik2 saya). Yang saya tau hanya tangisan memenuhi ruang tamu kami.. bila doktor yang dipanggil mengesahkan Tok Ncik telah pergi dijemput Ilahi, semua orang berkumpul diruang tamu dan membacakan surah Yassin.

Mak menghubungi semua ahli keluarga di kampung untuk persediaan pengkebumian. Jenazah disempurnakan di Masjid Al-Husna Bdr Sunway, dan dibawa ke Kuala Selangor untuk dikebumikan seusai solat Asar.

Rasanya sedih bila tak semua ahli keluarga bersama-sama untuk urusan jenazah disebabkan hal kenduri sedangkan MakYang dan Tok Ncik tak pernah gagal untuk hadir mana2 majlis kami. Hanya sebahagian keluarga saya dapat sama2 sehingga pengkebumian, sebahagian lagi termasuk mak saya dan saya juga menguruskan hal kenduri kahwin (sebab masak2 petang tu).. Majlis berinai yang sepatutnya dijalankan malam tu dibatalkan dan diganti dengan kenduri tahlil. Semua ahli keluarga yang ke Kuala Selangor untuk pengkebumian, kembali semula ke Sunway untuk kenduri tahlil.

Hiba rasanya melihat MakYang yang datang dari Seremban bersama-sama Tok Ncik untuk memeriahkan majlis kami tetapi tidak menduga takdir yang telah ditentukan.. (pemergian arwah memang mengejut sebab Tok Ncik takde sakit apa2.. cuma tak lalu makan tu aje..) Tabahnya MakYang dan keluarganya, tetap hadir untuk kenduri tahlil di rumah kami malam tu dan juga majlis persandingan adik saya pada keesokan harinya..
untuk MakYang sekeluarga, takziah dari kami sekeluarga. Maafkan kami kerana tak dapat bersama-sama MakYang melalui dugaan ini..semoga arwah TokNcik ditempatkan dikalangan para solihin.. insyaAllah..

::arwah Tok Ncik (kiri) dan atok tine (nenek saya) masa majlis meraikan anak yatim 2nd syawal lepas::

::cerita masam2 kelat tentang majlis::

Ni merupakan kenduri perkahwinan kedua dalam keluarga saya sebab ni adik saya yang kedua..(yg 1st tentulah kenduri kawin saya =D).. kali pertama kami ambil katering aje dan kali ni ibu bapa saya (ke mak saya aje yg decide ehh?) memutuskan untuk CUBA buat masak2 sendiri, tak ambil katering.. ok..sebelum ni cuci tangan kaki aje..kali ni nak try buat semua..

hasilnya?? memang AMAT KELAM KABUT.. makcik2 + adik2 saya memang masam mencuka aje masing2.. pasal semua AMAT TAK SETUJU bila mak decide nak buat sendiri.. memang tak dinafikan memang semua kelam kabut, tak terurus..malah kami2 sendiri pun tak sempurna la..

dan selepas majlis selesai (walaupun semalam masih sibuk mengemas rumah mak yang bersepah dengan peralatan majlis), semua orang memutuskan untuk ambil katering aje untuk kenduri2 selepas ni..(well..kami tak diskus ngan mak ayah pon =D)

::semua orang nampak tak terurus..baju pun colorful, tak ikut tema langsung::


::masa saya kawin..semua comel2+pakai ikut tema..hijau =D::

Thursday, 7 October 2010

Aliff Rayyan dah 1 Tahun!!


Hari ini 7 Oktober 2010..dekat sebulan tak tulis pape..
Hari Isnin lepas, 4 Oktober 2010 merupakan hari lahir Aliff Rayyan yang pertama!!
wah!! sudah setahun anak bujangku itu rupanya.. sekejap aje masa berlalu.. rasa macam baru aje lahirkan Aliff.. dan Alhamdulillah saya dapat menyusukan Aliff sampai sekarang..syukur..
ok tu je nak bagitau..=D


Aliff dah ade 7 batang gigi
Setiap kali nak tumbuh gigi, mesti perangai menggigit ummy datang balik
Dah pandai cakap Ta-ta
Boleh lambai kat orang
Berjoget2 bile dengar lagu
Suka buat muncung2 sambil aksi comel2
Suka tarik rambut kakak bila kakak tido
Banyak mengeluarkan bunyi/bercakap tapi tak faham
Masih suka duduk bawah meja/kerusi