Hari ni baru masuk kerja setelah 4 hari bercuti untuk urusan majlis bertandang adik lelaki saya weekend lepas..
::cerita sedih tentang majlis::
Lepas zohor Sabtu masing2 sibuk menguruskan persiapan majlis. Saya tengah pasang langsir pintu bilik pengantin. Nenek saudara saya (dipanggil Tok Ncik) dinasihatkan oleh makcik2 saya untuk ke klinik untuk drip sebab keadaannya cengkung dan tak bermaya sebab dengarnya dah sebulan Tok Ncik tak lalu nak makan.
Sebelum ke klinik Tok Ncik ke bilik air dulu. Keluar saja kat pintu bilik air, Tok Ncik rebah, sempat disambut Ende (makcik). Mak saya dah meraung2 beristighfar kerana keadaan Tok Ncik serupa masa arwah Atok Tan (atok saya) meninggal. Situasi yang sangat serupa. Tok Ncik dipapah ke ruang tamu dan saya hanya mendengar masing2 mengajar Tok Ncik mengucapkan dua kalimah syahadah. Saya terpandang makngah saya mencapai surah Yassin dan saya terus ke bilik untuk sama-sama membacakan surah Yassin.. dalam hati masih berdoa Tok Ncik tak apa2..
saya sendiri tak pasti bila saatnya Tok Ncik menghembuskan nafas terakhir dikelilingi adiknya (nenek saya), anaknya makYang dan anak2 saudaranya (mak&makcik2 saya). Yang saya tau hanya tangisan memenuhi ruang tamu kami.. bila doktor yang dipanggil mengesahkan Tok Ncik telah pergi dijemput Ilahi, semua orang berkumpul diruang tamu dan membacakan surah Yassin.
Mak menghubungi semua ahli keluarga di kampung untuk persediaan pengkebumian. Jenazah disempurnakan di Masjid Al-Husna Bdr Sunway, dan dibawa ke Kuala Selangor untuk dikebumikan seusai solat Asar.
Rasanya sedih bila tak semua ahli keluarga bersama-sama untuk urusan jenazah disebabkan hal kenduri sedangkan MakYang dan Tok Ncik tak pernah gagal untuk hadir mana2 majlis kami. Hanya sebahagian keluarga saya dapat sama2 sehingga pengkebumian, sebahagian lagi termasuk mak saya dan saya juga menguruskan hal kenduri kahwin (sebab masak2 petang tu).. Majlis berinai yang sepatutnya dijalankan malam tu dibatalkan dan diganti dengan kenduri tahlil. Semua ahli keluarga yang ke Kuala Selangor untuk pengkebumian, kembali semula ke Sunway untuk kenduri tahlil.
Hiba rasanya melihat MakYang yang datang dari Seremban bersama-sama Tok Ncik untuk memeriahkan majlis kami tetapi tidak menduga takdir yang telah ditentukan.. (pemergian arwah memang mengejut sebab Tok Ncik takde sakit apa2.. cuma tak lalu makan tu aje..) Tabahnya MakYang dan keluarganya, tetap hadir untuk kenduri tahlil di rumah kami malam tu dan juga majlis persandingan adik saya pada keesokan harinya..
untuk MakYang sekeluarga, takziah dari kami sekeluarga. Maafkan kami kerana tak dapat bersama-sama MakYang melalui dugaan ini..semoga arwah TokNcik ditempatkan dikalangan para solihin.. insyaAllah..
::arwah Tok Ncik (kiri) dan atok tine (nenek saya) masa majlis meraikan anak yatim 2nd syawal lepas::
::cerita masam2 kelat tentang majlis::Ni merupakan kenduri perkahwinan kedua dalam keluarga saya sebab ni adik saya yang kedua..(yg 1st tentulah kenduri kawin saya =D).. kali pertama kami ambil katering aje dan kali ni ibu bapa saya (ke mak saya aje yg decide ehh?) memutuskan untuk CUBA buat masak2 sendiri, tak ambil katering.. ok..sebelum ni cuci tangan kaki aje..kali ni nak try buat semua..
hasilnya?? memang AMAT KELAM KABUT.. makcik2 + adik2 saya memang masam mencuka aje masing2.. pasal semua AMAT TAK SETUJU bila mak decide nak buat sendiri.. memang tak dinafikan memang semua kelam kabut, tak terurus..malah kami2 sendiri pun tak sempurna la..
dan selepas majlis selesai (walaupun semalam masih sibuk mengemas rumah mak yang bersepah dengan peralatan majlis), semua orang memutuskan untuk ambil katering aje untuk kenduri2 selepas ni..(well..kami tak diskus ngan mak ayah pon =D)
liza, takziah.. sedihnye baca entry ko nih.. actually nak tanye pasal status ko kat fb.. mcm dapat agak, tp x sure.. semoga tabah menghadapi dugaan ni..
ReplyDeleteeh, walaupun kelam-kabut ngan persiapan kawen yang diuruskan sepenuhnya oleh family members je, tp sumenye dah selesai.. tahniah! mesti lega kan??
ninie,
ReplyDeletememang sedih sangat hari tu..sebab tiba2 aje.. sebelum tu arwah elok aje borak2. paling sedih tengok makcik aku ngan nenek aku.tapi mak aku cakap die rasa bersyukur sbb arwah meninggal dikelilingi ramai saudara mara.
persiapan kawin mmg kelam kabut. dah selesai memang lega tapi mmg over exhausted. =D
takziah ye,liza..
ReplyDeletedalam kemeriahan majlis kawin,adakala terselit dukanya..
papepun,tahniah tuk adik ko.moga bahagia kekal ke anak cucu. =) pasni ko rest la k?sure penat giler..
ashra: terima kasih.. ya kita manusia boleh merancang, Allah lebih tahu apa yg Dia dah aturkan.
ReplyDelete