Assalamualaikum dan hello :)
Uihh lama bersawang blog. Sori my blog hehe..
Ok just nak story lately ni bil telefon makkk aiiii mencanak2 tak tau la apesal. Tengok bil pun tak faham mana datang figure banyak2 tu.. Then 1 day mak snap gambar bil dia and whatsapp me tanya apa detail setiap satu yang ditulis. Bila tengok makkk aiii awat banyak sangat?.
Seingat-ingat masa daftar line family dulu commitment fee nya kalau tak silap RM5, lepas tu lama-lama naik jadi RM15 sebulan. Line ni tak including data. So yang add on data just me and my dad. Mak tak ambil data sebab kat rumah dah ada wifi. So katanya takyah. Kalau tak silap jadi monthly commitment dalam RM45 kot.
Tapi last bill yang diterima mak punya monthly fee RM58, ayah RM78. My bill sendiri pun tak berapa pasti berapa commitment fee. Patutla pelik monthly kadang2 ada gak tak sampai 50 but lately jadi lebih RM100.
Since mak not happy, kena cari option lain meaning tukar telco. Survey begins... ni survey bukan dari pandangan orang yang arif dengan benda2 related dengan telco. Based on apa yang diiklankan sahaja lah. Kalau tengok plan memang banyak fineprints. Tengok elok-elok la eh nanti terms and condition nya..
Kriteria yang menjadi keutamaan:
- Postpaid
- Coverage ok
- Call unlimited
- SMS unlimited
- Data paling koman 3gb
- Bil bulanan tak melebihi RM100
Dah tengok website masing-masing.
Celcom |
Digi |
U mobile |
U mobile unlimited |
Maxis |
Webe |
Webe Family |
Kita tulis atas kertas untuk compare.
Asalnya just survey 4 telco. Minta pendapat kawan2 masa kat UTM dulu, ada 2 member bagitau pasal Webe dan masing-masing kata berpuas hati. Masa tu macam tak pernah dengar Webe ni haha... So terus tengok website Webe. Menarik tertarik!.
Selepas pengamatan, pemikiran, pertimbangan, terutamanya dari segi coverage dan penggunaan harian, saya decide pilih Webe. Paksarela untuk husband and ayah haha... (actually dah tanya ayah dulu ok tak ;)). Tapi just untuk 3 line sahaja since mak kata taknak bil RM49 (dengan GST jadi RM53). Selepas bincang dengan adik, untuk mak saya pilih U mobile aje since itu menepati kriteria yang dia nak. Sebab adik kata mak selalunya guna phone ayah jeee haha.. Untuk penjimatan, kita ambil yang berbaloi dibayarlah hehe...
Memang rezeki rumah dekat dengan Sunway Pyramid, semua branch telco ada kat dalam tu. Settle semua dalam Sunway Pyramid je.. tapi hold dulu untuk line mak sebab bila asingkan 1 line, kena bayar upfront pakej baru. Guna dululah untuk 1 bulan ni.
Our new Webe |
Senang hati sekarang bila data unlimited, call unlimited, sms unlimited. Kalau dengan plan sebelum ni, data saya ada 1GB je kahkah. Memang tak install Youtube kat phone (takut anak buka and habiskan data haha..). Laa ni dah install balik tapi masalah bateri cepat habis pulak dah huhu.
Kesudahannya bertukar juga saya ke telco lain selepas setia dekat 10 tahun (dari zaman UTM) lagi.. Sebab kuciwa huhu.. Lepas ni kalau rasa tak best, kita kasi tukar lagi hehe...
Ok bai. Wassalam..