Assalamualaikum dan hello :)
Semoga anda sihat dan ceria hendaknya :)
Kembali bersiaran.
Kali ni still cerita Penang Trip lagi.. entri lepas pasal hotel kan.. yang ni pasal makan pulak. Since pergi Penang pun disebabkan urusan kerja, jalan-jalan cari makan ni hanya dapat dijalankan lewat petang atau malam sahaja lah..
So di hari pertama di Pulau Pinang ni, husband ajak makan malam di Nasi Kandar Line Clear. Kalau nak cari makan-makan sedap ni patutnya tinggal kat hotel sekitar Georgetown ni. Macam tahun 2012 saya ke Pulau Pinang juga atas urusan kerja juga. Masa tu saya menginap di Hotel Cititel. So kedai Nasi Kandar Line Clear ni memang takat jalan kaki aje, sekejapan dah sampai.
Dah disebabkan trip kali ni menginap di Holiday Inn, Batu Feringghi, jauh sikitlah perjalanan jalan-jalan cari makan ni :)
Takpe takpe.. kita ikutkan aje la.. nanti ada yang kempunan tak dapat pergi :)
Kedai Nasi Kandar Line Clear ni terletak di Jalan Penang. Kalau guna GPS, lokasinya di 5.419769, 100.332458. Bukan pun unit kedai yang proper pun. Macam gerai yang dok celah antara 2 kedai. Tu yang member pergi dok pusing-pusing tak jumpa.
Kedai buka 24 jam. Pagi petang siang malam boleh pergi lah.. :)
So kalau bawa kereta tu, kalau dah lalu depan Hotel Cititel tu, bawa slow slow sikit kereta ya.. nanti terlepas kedainya. Kedai terletak di sebelah kiri anda. Tempat parking sebelah kanan anda. Ni jalan sehala je.
Pandangan dari tempat letak kereta |
Dari gambar atas ni, nampak tak kedainya? Tak nampak kan?. Bukan kedai yang ada tulis 'Nasi Kandar' tu tau.. tapi yang sebelah kirinya tu. Gerai di tepi kedai.
Mujur juga saya dah pernah pergi so tak ada lah tercari-cari. Depan kedai (seberang jalan) Nasi Kandar Line Clear ni ada tempat letak kereta berbayar. So park kereta kat situ. Then melintas la jalan. Parah juga nak melintas dengan anak-anak kecil dengan stroller nya sebab kereta laju-laju je.. Taknak slow pun. Alhamdulillah masa nak melintas balik tu ada akak macam ala-ala Rela pulak tolong tahankan kereta untuk kami melintas.
Pilih meja palinggg belakang. Meja panjang besar dengan bangku panjang. Alhamdulillah Zara lena aje sepanjang masa makan. Dah siap-siap susukan Zara dulu bagi kenyang :). Masa kami sampai tu belum lah peak hour rasanya sebab masih banyak pilihan tempat duduk.
Temankan Aliff ambil makanan.. |
Tempat pilih makanan. Saya pun tak snap gambar-gambar makanannya.. Jenis penyegan (bukan malas eh) nak snap gambar dalam restoren hihii... Dan tak ambil perhatian sangat makanan apa yang ada. Sebab kalau nasi kandar, standard yang saya ambil lauk ayam goreng, kobis goreng dan bendi rebus (kalau ada). Then kuah campur-campur. Tu aje :)
Aliff lagi best!. Tak nak makan kat kedai, nak bungkus. So dia order nasi separuh DAN kobis goreng AJE.. chehh...
nak sayur tu.. nak sotong satu.. tu kepala ikan satu hehe.. |
Ok so ini lauk saya hehe...
Nasi + ayam goreng + bendi + sayur kobis goreng kuning + kuah
orang kedai tersilap, ingat saya pun nak bungkus so dia letak dalam plastik dah hehe.. |
Ni lauk husband..
Lebih kurang aje dengan saya cuma tambahan seekor sotong aje..
Husna, makan apa dari pinggan kami la.. minta extra pinggan aje. Tak terhabis pun seorang-seorang nak makan sepinggan nasi tu. Banyak gak!
Nasib baik la meja tu besarrr.. Ammar tak nak duduk atas kerusi |
Dah makin ramai pelanggan datang |
Overall, kalau nak tanya sedap ke tak? emm boleh la.. sama kot macam kat KL hehe.. soriiii tak pandai judge makanan lah huhuu.. Tapi bolehla nak cuba-cuba kan :)
~Trip kali ni still tak dapat nak rasa Nasi Kandar Beratur. Sebab buka lewat malam kan, tak rajin nak bawa anak-anak kecil keluar lewat camtu lah.. Kalau lain kali duduk Cititel maybe nak try juga later.. errr bile tu? hehe..
Cerita berkaitan :
Terima kasih kerana sudi membaca :)
* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.