Saturday, 6 December 2014

Hanya Kerana Kepalanya Besarrr

Assalamualaikum wbt dan hi :)

Saya doakan pembaca semua dalam rahmat dan redah Allah sekaliannya... :)

Cerita kopiah ni dah lama. Lama sangat. Biasalah dok draf aje entri tapi tak pos-pos langsung hihii...

JANJI KEPALA LEPASS!!

Just nak stori.. anak-anak saya especially yang lelaki ni kepala mereka agak besar berbanding kanak-kanak lain seusia mereka. Emm bukanlah bermaksud besar sebab penyakit tapi secara semulajadinya agak besar sedikit.

Saya dan suami biasa hadapi masalah masa nak cari baju melayu untuk perayaan hari Raya Aidilfitri.

Biasanya memang tak payah nak berangan nak tema color itu ini lah.. Design canggih manggih ke.. Memang jangan berharap sangat.

Kami selalu kena cari baju melayu yang dapat muat kepala Aliff dulu tak kisahlah warna apa, design apa, tak canggih, takat murah-murah, tak ada brand ke... Janji kepala lepas! Haha!

Kesian kan? :)

Semua jahit sindri
Lepas dah dapat cari baju yang lubang lehernya muat kepala Aliff, baruuuulah kami yang lain cari baju yang sepadan hihiii...

Bukan senang tau! Kadang-kadang berhari round kat jualan-jualan raya. Berbelas-belas kedai baju. Tapi memang susah nak jumpa.

So itu antara sebab saya dulu berkobar nak cari mesin jahit. Sebab nak jahitkan baju untuk Aliff. Tengok-tengok bila Ammar makin besar, ada harapan gak nak hadapi masalah yang sama. Masing-masing kepala besar.. Harap bukan 'besar kepala' dah la kan...

Wal'iyyazubillah...

KOPIAH TADIKA LITTLE CALIPHS 

Masa Aliff dapat uniform dan kopiah Tadika Little Caliphs, nampaknya memang Aliff tak dapat nak pakai kopiah tu. Super ketat! Sakit kepala Aliff. Nak pakaikan pun susah, nak tanggalkan balik pun tersekat gak hihi..


Ketatlah Ummy...
So dengan semangat dan mithalinya, Ummy cari kain stretchy macam kopiah tu (kalau tak silap kain jersey) kat Nagoya Rawang. Nak jahitkan kopiah baru.
  

Belek-belek cara jahitan kopiah lama, tengok taklah complicate sangat. Mudah aje. Cuma part 'bulat' tu tak mahir sangat.. Tapi boleh la.. Asalkan selesa di kepala :)

Ammar aje lah jadi model :)
Hmmm...

Nasib lah kan. Tiap anak lainlah sifatnya. Lepas ni memang semua baju kena custom made. Kasi tempah aje!

Maklumlah.. orang kaya-kaya :D

No comments:

Post a Comment