Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!
Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'
Hihiii...
Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!
Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'
Hihiii...
Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!
Siap ada request dah malam sebelum usrah tu :) |
Usrah keluarga kami setiap bulan, belajar Al-Quran & tajwid |
Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..
Tapi disebabkan takoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...
Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> Takoyaki Pan
Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih besar dan cantik bentuknya tapi harga mak aihhh... 3 biji RM5.30?? hadoii.. buat sendiri la nampak gayanya.. lagi berbaloi
Tapi disebabkan takoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...
Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> Takoyaki Pan
Buat 5 batch takoyaki untuk Hari Ibu.. almost 100 biji.. puas masing-makan :) |
Jadi penonton kat stall TakoTao Sunway Pyramid.. Akak ni kata dia belajar 2 bulan untuk cekap memusing-musing takoyaki ball tu.. Memang laju jer.. |
Sepupu pun siap komplen yang beli tu dah tak terasa sangat isinya, banyak letak kobis aje... Dan resipi yang saya guna tu rasanya lebih sedap dari yang dibeli kat luar...
Dari apa yang saya perhatikan kat kiosk takoyaki, rasanya kobis yang banyak tu yang buatkan bentuknya bulat cantik :)
So balik kampung husband di Redland haritu, bersemangat dia nak perkenalkan takoyaki ni kat family nya pula hehe... Masing-masing pelik gak 'nate gapo pulok nih' hihii.. tapi Alhamdulillah masing-masing boleh terima rasanya :)...
Resipi masih guna seperti yang saya pernah post sebelum ini dari LittleJapanMama
Takoyaki dah siap masak, sedia untuk dihias |
RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)
Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa
1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan lain/inti pula.
BAHAN INTI :
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat..
CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang (Dulu saya guna tisu dapur dicelup dengan minyak, tapi tengok kat stall diorang guna botol sos cam gambar bawah ni aje.. lagi mudah)
Guna botol camni untuk sos takoyaki & minyak masak juga |
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis. Saya tengok kat stall letak banyak giler kobis
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas
Nak lebih jelas caranya, boleh tengok video runnyrunny999 atau di post saya sebelum ini [klik sini]..
Dah drizzle dengan sos takoyaki dan mayonis |
BAHAN HIASAN ATAS :
Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis Japanese - saya guna Kewpie
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga..
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea
Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi
Ditabur dengan ao-nori (serbuk seaweed) |
oooo ok... huhuu...
Makcik saya komen, sos ni lagi sedap dari kat stall takoyaki. Biasanya kat stall cair aje.. dan sos ni sesuai nak buat sebagai perapan ayam ke.. :)
RESIPI SOS TAKOYAKI / OKONOMIYAKI
sos takoyaki homemade |
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)
notakaki:
Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit. Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..
Tabur bonito flake/ katsuobushi.. Takoyaki dah perfect!! |
Yeay!!! dah siap sedia untuk dingapp!!
Opss... sabar... Jangan lupa baca doa makan dulu ;)
Sekian, selamat mencuba!! :D
Terima kasih kerana sudi membaca :)
* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
arghhhh swdapnyerrrr....nak try juga
ReplyDeletesila try ahkak gojes :D
DeleteSalam..sis kia cair tu kira kicap masin la?ke mcm mme?
ReplyDeleteSis kicap cair tu kicap masin ker?
ReplyDeletewsalam salmie,
Deleteyup kicap cair rasanya masin so tak perlu nak tambah garam dah
nampak memang ebih sedap dari kt jusco tu..
ReplyDeletethanks sharing
jemput ke blog nana :)
tako tao tu sedap gak :)
DeleteYa Allah my favourite. Nak buat tapi tak kesampaian.
ReplyDeletelepas ni bole buat :)
DeleteDap!dap!teringin nak try...tp mak aih....bebahannya byk sgt...huhuhu...tq for sharing ye...follow back k..hhehehehe....
ReplyDeletehehe.. takde la banyak sangat.. tapi puas makan :)
Deletenk resipi nie sbb suka sgt mkn takoyaki.. hehe
ReplyDeletesila sila..
Deletesedap kan takoyaki :)
akk whisk tu ape kak???yg dalam cara buat adunan takoyaki....
ReplyDeleteakk klo xde pan takoyaki ni boley ke msk jgk?????
maaf tanye saye baru nk blajar masak ni....
whisk tu pemukul telur :)
Deletekalau takde acuan takoyaki, tak dapat bentuk bulatnya.. dan tak jadi takoyaki..
tapi jadi okonomiyaki (penkek jepun) :)
kak.. kalu guna dapur kuih cara tu blh x... hihi..
Deletenoraine, kalau dapur kuih cara berlekuk2 kan? tak jadi bulat lah nanti.
Deleteboleh je nak guna buat style kuih cara citarasa jepun hehe.. rasa insyaAllah sedap je :)
Kak , mana nak dpt topong tu ? Yg tabur atas tu . Ikan kan ? Bonito flake ya nama nya . Mana nak dpt ?
ReplyDeleteya. namanya bonito flake..
Deleteboleh cari di aeon jusco/ aeon big
Takoyaki memang TERBAEKKK!! Tapi kalau susah2 sangat nak cari dapur takoyaki & bahan-bahan kering utk masak Takoyaki,skrg dh ada org jual secara online jenis set macam sushi kit tu.cuba google www.mamyaimi.com.my
ReplyDeletewah sedapnya..selalu beli je kat giant 4 biji rm 4,80..hihi.. oo baru tau itu org panggil bonito flakes... hiihhi
ReplyDeletesedapp.. cubalah :)
DeleteThanks for sharing. Dh cuba. Jadi! Haha
ReplyDeletetahniah!! hihii
Deletekalu tanpa acuan nk buat cm na ek ? ada solution x ?
ReplyDeleteboleh buat versi lempeng. tapi kena kurangkan air.
Deletetapi namanya bukan takoyaki lah.. jadi okonomiyaki ;)
Assalamualaikum...kIcap Cair guna jenama apa ya?
ReplyDeletewaalaikumussalam..
Deletesaya pernah guna beberapa jenis brand asalkan ada logo halal.
boleh juga guna kicap jepun kikkoman tapi kawan saya yang duduk di jepun bagitau, cari yang ada tulis rumi/english. kalau tulisan jepun sahaja dikhuatiri tak halal.
wallahua'lam.
slm hi sis..td ade try mkn mmg sedap...skali buka blog mudah nk cri bhan2 tp kt kedai td..dia da siap bulat2 kan tau..pastu msuk dlm acuan...sama je ke cara bancuhan @ kene kurangkan air...
ReplyDeletewsalam..
Deletekalau kat gerai tu biasa dia dah buat half-cooked. tu yang nampak dah siap bulat-bulat.
sebab ambil masa nak masak kalau dari scratch.
lama pulak customer menunggu :)
adunannya/cara bancuhannya serupa :)
Hi.. bonito flakes tu nk dpt mn eh?. Tq
Deletehai.. :)
Deletebonito flakes selalu beli kat jusco/ aeon big
Teringin mau buat takoyaki sendiri. terima kasih dengan resepi :)
ReplyDeletesilalah cuba :)
DeleteSalam..hi sis..tumpang tanya..sotong 2 kena rebus sikit x?
ReplyDeletewsalam.. sis rebus sikit. tak lalu nak makan sotong mentah. ikut selera masing2 ok :)
Deleteyg resepi nak buat sos okonomiyaki
ReplyDelete3/4 cawan kicap cair tu.. kicap kikkoman ker? atau kicap masin biasa
cik unknown,
Deletepaling bagus kikkoman. tapi sy guna kicap cair biasa je :)
Thanks for sharing (y)
ReplyDeletecông ty xuất khẩu lao Ä‘á»™ng nháºt bản,
xuất khẩu lao Ä‘á»™ng nháºt bản
xuất khẩu lao động đà i loan
Sis nk tny inti 2 nk rebus dlu ke...n then hncurkn ke or mcm mne..
ReplyDeletekalau sotong/sosej biasa rebus dulu (tak lalu nak makan mentah :))
Deletekalau takat crabstick tu akk microwave kan kejap. kalau rebus nanti serap banyak air, so takoyaki jadi lembik berair. susah nak bulat2 kan nanti
lupa, tak payah hancur2 kan. kalau nak terasaintinya potong chunk besar2 sikit dalam 1.5cm ke.. kalau hancur tak rasa intinya :)
DeleteRasa bersemangat pulak nak makan takoyaki. Nak cuba-cuba buat juga la ni..
ReplyDeletesila sila.. dah buat boleh share link kat sini :)
DeleteSalam sis sy dh try tp x jd pon (sy dpt resipi dr ig) pastu sy tgk la blog sis plak resipi dia sma ja tp x jd jgak tepung tu x mau garing dok jd tepung jgak
ReplyDeleteWsalam..
Deletetak berapa faham dok jadi tepung jugak tu. Dia patut jadi garing di luar (tapi taklah keras garing macam pisang goreng) dan lembut didalam. Yang garing diluar tu, minyak yang main peranan (sentiasa drizzle semasa golek-golek) :D
assalamualaikum sis..
ReplyDeletenk tanya utk masak takoyaki tu sis guna acuan@"kuali" yang macammana yerrr.
waalaikumussalam..
Deleteguna acuan jenama Trio (beli di Lazada). boleh tengok kat link ni http://norlizaothman.blogspot.my/2014/03/berjaya-membuat-takoyaki.html
boleh juga guna pan lain (bukan elektrik) yang masak atas dapur. Tapi kena pandai main api besar kecil lah :)
Sis.. nak tanye.. yg asam jawa tu pakai berapa banyak? Segenggam ker or sikit saje?
ReplyDeletesikit je dalam 1 sudu kecil (teaspoon).
Deleteboleh adjust ikut kesesuaian tekak :)
Alat takoyaki tu beli Kat mana ye Kak
ReplyDeleteakak beli kat Lazada je (acuan/pan).
Deleteyang stick tu just guna lidi sate dua batang ikat getah :)
Akak, nak tanya sos tu tahan berapa lama ye?
ReplyDeletetahan lama juga (tapi tak pernah kira pulak).
Deleteyang pasti kena simpan dalam peti ais (bawah) :)
sis guna kicap cair brand apa yer
ReplyDeletekicap cair ikutlah mana yang available kat tempat sis dan halal.
Deleteapa yang ingat dah pernah guna cap aeon big, puteri, tiger.
tapi setiap brand warna (gelap/kurang gelap) dan tahap kemasinan berbeza.