Tuesday 4 June 2013

DIY : Pasu Bunga Pen untuk Chekgu

AsSalam...

Happy belated Teacher's Day! 
hehe Hari Guru dah lepas dah pun ;)

Just nak share hadiah hari guru yang saya buatkan untuk teacher Husna.  Mula2 nak ajak dia buat sekali tapi disebabkan Husna demam pulak hari tu, takde la nak kacau.. bior rehat aje. Hadiah ni pun lewat seminggu bagi sebab perancangannya nak buat lain tapiii hmm.. hmm... pengurusan masa yang lemah sekarang membuatkan semua perancangan takat tinggal sebagai perancangan sahaja.. 

Masa school Husna celebrate Teacher's Day, Husna dah siapkan 6 kad ucapan untuk teachers nya.. So gift ni 'pelakon tambahan' aje la.. :)

Husna buat kad2 yang ada tulis THANK YOU tu + kolaj2 bentuk bulat/4segi etc.. 
Ni dia..
DIY Pasu Bunga Pen untuk Cikgu



Idea ni dapat dari Crafty Kitchen. Dia punya lagiii cute.. Ingatkan nak buat sejibik cam dia tapi tak jumpa pulak benda2 nya walaupun macam senang nak cari huhu...

Saya tak jumpa :
1. Glue gun (entah campak dalam kotak mana masa pindah rumah haritu, belum dijumpai lagi huhu)
2. Pasu seramik kecil
3. Wood decoration..
4. Kacang yang sesuai (sebenarnya rasa kalau letak kacang nanti lama2 kacang tu berkulat..errr entah la ye..)

So saya ubah suai & ganti mana-mana yang patut...

Barang & alat yang saya guna:




1. pelilit bunga warna hijau (floral tape)
2. pemotong dawai bunga.. (err tipu ni.. saya tak jumpa, so guna parang & chopping board hehe)
3. pen (yang ada tutup pen)
4. bunga plastik/hiasan

5. getah (rubber band)
6. cawan plastik IKEA
7. gula-gula & coklat

cawan plastik IKEA & gula-gula tu adalah dari baki gift Majlis Aqiqah Ammar Naufal (sebab tak cukup net nak balut huhuu)

Caranya mudah je.. 
1. Potong batang (dawai) bunga plastik dalam 2 inci panjang
2. Ikat batang bunga tu kepada pen dengan menggunakan getah (rubber band). Spread/jarak2 kan getah tu sepanjang batang bunga so that dia tak bulky kat satu point aje..
3. Lilit bunga & pen guna pelilit bunga hijau (floral tape). Panjang lilitan ikut suka tapi just pastikan tak mengganggu penutup pen untuk proses buka-tutup pen :)


4. Masukkan gula2 & coklat dalam cawan plastik
5. Cucuk pen yang siap ke dalam cawan..
6. Siap sudaa!


Sesuai juga jadi hadiah hari ibu :)

5 comments:

  1. kreatip nyer... diy gitu hadiah utk ticer husna yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ni tiru idea org lain je ni..pening gak fikir hadiah apa yg sesuai utk level kanak2 tadika ni..segan gak bagi hadiah biasa2 aje..

      Delete
  2. kreatif! yet sgt berguna utk cikgu2..bagus idea ni.

    ReplyDelete
  3. kreatif
    bgs liza.hehe.diy ni ajar ank tuk kreatif dan bijak mghargai tentang apa yg dibuatnya

    hehe.kena cth ko ni nti bila aleesya da skool

    ReplyDelete