Friday, 31 May 2013

Ammar Naufal : Aqiqah & solat hajat @ Tanah Merah

Tulis tangan aje huhuu... 

AsSalam...

Last week Jumaat balik Tanah Merah untuk buat aqiqah Ammar & solat hajat sekali.. Ni 1st time Ammar travel jauh/lama & 1st time nak jumpa mokcik2, tok2 kat denun :)

Rancang gerak lepas subuh tapi terlajak sampai 8.30pagi baru gerak. Alhamdulillah selamat sampai 9.30malam huhu.. lamanya tu bukan sebab jalan jem tapi dok berhenti2 sampai 4 kali.. standard la berjalan jauh dengan anak2 kecil ni.. 

Majlis, the next day (Sabtu) lepas zuhur..

Pagi2, kaum adam melapah kambing
Okay, untuk kenduri ni memang very simple. Malah saya tak sempat pun nak sediakan pape cam kek ke cupcake ke.. goodies pun yang mudah2 aje sebab tak cukup masa nak sediakan.. Yang penting dalam menghasilkan goodies tu, ada aktiviti yang membolehkan Husna & Aliff tolong buat.. Sebab diorg sangat bersungguh2 nak tolong.  So bagi diorang isikan semua gula2 & coklat dalam cawan tu. Mereka adalah sangat happy :D

Mak mertua sediakan 'nasi manis' (saya panggil wajik) & gula 1kg untuk setiap tetamu.  Masa awal2 kawin dulu saya terkejut tengok orang bagi gula/susu tin sebagai hadiah kawin.. sekarang dah tak terkejut daaah :)


Goodies : surah yasiin & coklat/gula2 dlm cwn plastik :)
Gambar tak banyak nak snap sebab majlis ni macam orang lelaki aje yang handle. Orang pompuan semua dok dapur aje.. Saya nak snap gambar dekat2 pun jadi segan le pulak.. Snap dari jauh aje yang mampu..

Tak nampak ape yang dibuat. Tahnik kot? :)
Sesi berselawat sambil pusing keliling tetamu yang hadir
 The next day, Ammar dibotakkan oleh Mok Nik nya (kakak husband).. Macam2 gaya nak mencukur kepala Ammar sebab dia dok gerak & kepala 'terpatuk2' (err ade ke ayat tu..)



Siap ponn.. 

Khusyuk dengar penerangan kakak Husna
Rupa baru saya.. Encem takk?? :)
Sepanjang kat Tanah Merah, Aliff & Ammar demam. Memang susah hati dibuatnya.. Sudahnya kami memang tak kemana2 pun.. just dok rumah jaga anak2 sakit. Husna kat Kelantan ok tapi sejurus sampai KL, dia pulak yang demam.. berlarutan sampai semalam, Alhamdulillah dah nampak ok..

Thursday, 16 May 2013

Projek Guna-semula : T-shirt lama --> seluar panjang Aliff

AsSalam...

Selepas mengambil 'hadiah' pada Jumaat lepas, memang berkobar2 sangatlah semangat nak mulakan projek.. macam-macam nak dibuat/dicuba..


Selepas menyelongkar plastik2 dalam 'stor', rupanya ada banyak gak baju2 lama yang tersimpan. Biasanya kalau baju dah buruk/lusuh sangat mak saya selalu jadikan 'kain buruk' untuk lap-lap la kan.. so saya pun simpan baju lama2 kat 'stor' kot-kot nak jadi 'kain buruk' di suatu hari nanti.. 

Tapi lepas saya discover projek guna-semula ni, saya ambil keputusan untuk gunakan t-shirt/baju2 lama saya/husband untuk di 'transform' jadi apa-apa yang boleh digunakan semula..

Saya mendapat inspirasi guna-semula ni selepas terjumpa banyak website luar yang mengaplikasinya sebagai satu kebiasaan.. Memandangkan saya pun lebih kurang macam mak saya yang suka la nak menyimpan lagi baju2 lama kot-kot boleh muat balik lepas kurus ke yang macam takde harapan pun.. :(, saya decide nak gunakan untuk guna-semula.. 

Projek pertama saya adalah 'Seluar Panjang Untuk Aliff'
Nak cari/beli seluar panjang untuk Aliff  memang satu masalah jugak sebab saiz Aliff ni bukan saiz 'standard'. Dia tak boleh pakai baju/seluar umur 4 tahun. Kadang2 baju ngam 3 tahun, seluar 2 tahun.. cam tu la.. Dan nak cari jual seluar panjang sahaja untuk lelaki macam agak rumit sikit.. 

Alaaaa takat nak pakai untuk tidur atau mandi kolam ke pantai ke, aci lah kann :)

Nota : Warna gambar2 tidak menggambarkan warna sebenar.. sebab kamera yang sebelum ni rosak dan telah dihantar untuk repair tidak lagi menghasilkan kualiti gambar seperti asal huhu..

Aliff with 'new' long pants

So, untuk projek 1st ni saya guna t-shirt lama saya je..


Caranya :
1) T-shirt dilipatkan dua..
2) Gunakan seluar sedia ada yang 'ngam' saiz.. Lipatkan 2 dan tekap pada t-shirt tadi (untuk dijadikan pola).. 
3) Lakar bentuk seluar pada t-shirt (guna kapur kain) dengan meninggalkan jarak 1/2inci untuk basi jahitan.. dan lebihkan 1 inci di bahagian atas pinggang untuk ruang letak getah..
4) Potong t-shirt
Bahagian bawah t-shirt, saya tak lebihkan 1/2inci sebab saya ambil hem/kelim sedia ada untuk jadi kaki seluar terus (takde nak jahit2 lagi)

nota : lupa nak snap gambar kepingan2 nye.. sorii..

Jahit..

Kebanyakan website tunjuk guna mesin serger (jahit tepi) aje untuk gabungkan kepingan seluar ni.. tapi saya takde serger ni pun... boleh aje guna mesin jahit biasa untuk kain t-shirt sebab die jenis tak berbulu2...


Dan pasang getah untuk pinggang..

Bergaya dengan seluar 'baru' :)

Friday, 10 May 2013

Sempena hari ibu : Hadiah terbaik buat ibu... (dan untuk bapa juga..)

 Salam Jumaat yang baroqah..

Seketika tadi dengar segmen sempena Hari Ibu di IKIM.fm.. sangat-sangat menyentuh hati.. 


Berbaktilah kepada ibu dan bapa selagi masih ada kesempatan.. 
jika ibubapa telah kembali menemui Ilahi, doakan mereka dan berbuat baik kepada rakan2 dan org2 tedekat dengan mereka.. 
Doakan ibubapa setiap kali selepas solat.. jadikan ia sebagai kewajipan.. 
layani dan sayangi ibubapa mertua, tiri sepertimana kita sayangi ibubapa sendiri..


doa untuk ibubapa

Berbuat baik kepada ibubapa + doakan kebaikan..
Berbuat baik kepada ibubapa + doakan kebaikan..
Berbuat baik kepada ibubapa + doakan kebaikan..


Antara doa-doa yang boleh diamalkan untuk kesejahteraan ibubapa dan keluarga kita..

Ustaz yang memberi talk tadi ada share amalan/doa yang beliau guna setiap kali sujud syukur.. 
Kalau tak silap pendengaran saya tadi Surah Al-Ahqaaf (Juzu'26, Ayat 15), berkaitan kewajipan menghormati ibubapa.




Boleh juga amalkan doa di bawah ni untuk jadikan keluarga kita dan keturunan kita (mak, ayah, adik, abang, kakak, suami, anak-anak, cucu cicit etc..) agar patuh dan tidak  meninggalkan solat.. Teringat kata-kata ustaz tu, sesiapa yang menjaga solat dengan baik, insyaAllah org tu memang akan baik perilakunya..

Doa tu adalah dari Juzu' 13, Surah Ibrahim, Ayat 40-41




Dan amalkan juga berdoa sebelum jima' supaya dijauhkan dari syaitan.. (ni semua org tau kot :))



Selamat beramal... 
Selamat Hari Ibu..