Friday, 28 September 2012

Keputusan temuduga..

Assalamualaikum...
Jumaat dah.. syukur alhamdulillah...

Pasal interview haritu, keputusan dah keluar. Walaupun belum keluar official letter.. 

Result : tak berjaya.. 
Perasaan : sure kecewa.. 

rasa sedih juga sepanjang hari.. cuba muhasabah diri banyak-banyak, doa banyak-banyak supaya dapat ketenangan.. so rasa sedih disimpan saja, sekarang masa untuk planning masa depan pulak. 

  • Kontrak kerja habis = 15 Disember 2012
  • Due date bersalin = 25 Januari 2013 (mungkin awal sebab ada GDM & sejarah anak2 sebelum ni lahir awal)
  • Waktu pantang = 2 bulan ~ anggaran akhir Mac 2013
  • Mula kerja semula = April 2013


So dari pertengahan Disember 2012 - akhir Mac 2013 nampaknya tiada pendapatan bulanan.. komitmen banyak..
hmmm kena buat emergency/backup plan sekarang ni.. 

Oh Allah, bantulah & permudahkanlah urusan hambaMu ini..

Monday, 10 September 2012

Temuduga.. doakan saya berjaya :)


Assalamualaikum...

Selamat hari raya!! errr dah terlewat ke?? ;)

Saya telah hadir utk temuduga utk jawatan tetap Sabtu 1 September lepas. Sekarang jawatan saya bertaraf kontrak sejak Mac 2009 dan kontrak bakal berakhir 15 Disember 2012.

Ni dah masuk kali ke-5 temuduga tapi sebelum2 ni rezeki belum berpihak pada saya.. Kali ni adalah peluang terakhir sebab ada dengar berita cgpa utk calon perempuan akan jadi 3.5. Haruslah screening pun tak lepas dah lepas ni..

Temuduga sudah.. Sekarang cuma tinggal masa untuk doa & tawakkal sahaja..

Kawan2..tolong doakan saya lulus temuduga tu ya
Terima kasih in advance :D

........................................................................................................................................................
Pada hari temuduga saya sempat google tips temuduga dari Dr. Hj. Fadzillah Kamsah :
Baca :

  1. Al-Fatihah
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1000 Dinar
  4. Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir